Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil

Kencing kotor (UTI) selalunya mudah terjadi kepada ibu hamil, walau bagaimanapun ia boleh juga dijangkiti kepada wanita yang tidak hamil. Peratus jangkitan lelaki pula lebih rendah dari wanita. Ini kerana sistem kencing wanita yang lebih terbuka dan salur urethra yang pendek. Jom ambil tahu bagaimana jangkitan berlaku untuk Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil dengan berkesan.

Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil
Kencing kotor atau urinary tract infection (UTI) berlaku akibat jangkitan kuman dalam salur kencing iaitu buah pinggang, pundi kencing, ureters, (salur yang menghubungkan buah pinggang dengan pundi kencing) dan urethra (saluran dari pundi kencing ke keluar badan).

Punca UTI ini adalah jangkitan bakteria dari kulit dubur yang merebak ke salur kencing. Seterusnya membiak di dalam sistem kencing. Pencegahan sangat penting untuk menghalang bakteria terus merebak hingga ke bahagian pundi kencing seterusnya buah pinggang.

Kenapa Wanita Hamil Lebih Mudah Dijangkiti UTI

Ibu hamil lebih mudah mendapat jangkitan UTI berbanding wanita normal kerana:
Perubahan hormon yang tinggi ketika hamil menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah, seterusnya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing.
Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing menyebabkan pengaliran air kencing makin tersekat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpan.
Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih kandungan gula (kerana perubahan hormon) menyebabkan kuman bakteria mudah membiak.
 

Simptom Kencing Kotor

Sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil.
Kerap ke tandas dan tidak dapat mengawal kencing
Kencing tidak lawas (rasa tak puas).
Sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan dibahagian pinggang.
Sakit ketika bersetubuh.
Perubahan kuantiti air kencing (berkurangan atau berlebihan).
Jika keadaan yang semakin melarat ibu akan mengalami gejala:
Kenaikan suhu badan.
Rasa sejuk dan panas berselang seli.
Loya dan muntah.
Air kencing berwarna keruh, berdarah atau berbau.

 

Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil

 

Kesan Kencing Kotor

Ibu yang terkena kencing kotor ketika hamil mudah merebak ke buah pinggang. Kesan buruk jika kencing kotor tidak dirawat ketika hamil akan mengakibatkan:
Jangkitan kuman pada buah pinggang (pyelonephritis). Ia adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian/keguguran kandungan.
Bayi berisiko lahir awal dan mempunyai berat badan yang rendah jika ibu ada komplikasi pyelonephritis.
Itulah antara sebabnya mengapa setiap kali pemeriksaan, ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan air kencing mereka. Dapatkan rawatan doktor dengan segera jika mengalami simptom simptom UTI. Amalkan pemakanan/suplemen yang boleh menguatkan antibodi ibu.

Langkah Awal Mencegah Jangkitan

1. Menjaga kebersihan diri sangat penting agar tidak mudah dijangkiti kuman. Antaranya:
-Teknik mencuci perlulah dari hadapan ke belakang untuk mencegah kuman masuk ke dalam salur kencing.
-Jaga kebersihan dengan kerap menukar pantyliner, tuala wanita atau seluar dalam jika kotor.
-Buang air kecil dan basuh bersih sebelum dan selepas berjimak.
-Elakkan pemakaian seluar yang terlampau ketat dan kain yang tidak serap peluh.
2. Antibodi tubuh 
-Jaga kesihatan diri dengan senaman dan pemakananya yang lengkap bernutrisi.
-Ambil suplemen untuk menyokong sistem imum tubuh seperti antibiotik semulajadi.

Langkah Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil Jika Terkena Jangkitan

Jika merasa sakit atau ada seperti simptom yang dibincangkan,  langkah yang perlu anda lakukan adalah:
  1. Pastikan minum air kosong sebanyak mungkin.
  2. Elakkan dari menahan kencing, perbuatan ini boleh menyebabkan bakteria terus membiak.
  3. Kurangkan makanan manis dan minuman berkafien
  4. Ambil Vitamin C (250-500mg), CarotoMax(Beta-carotene- 25,000-50,000 IU), Zinc (30-50mg) dan Garlic Complex setiap hari  untuk membantu melawan jangkitan kuman
  5. Berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

    credit: Dr.Zubaidi.com

Set Kencing Kotor Shaklee

Bagaimana ibu boleh Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil dengan berkesan? Keperluan untuk mengatasi jangkitan kencing kotor adalah berkesan dengan vitamin semulajadi.  Anda boleh mendapatkannya dari produk shaklee yang terbukti secara klinikal.
Lengkap kesemua vitamin yang disarankan oleh doktor.  Bagi pemilihan vitamin C perlu memastikan ia berupaya untuk dilepaskan secara berperingkat (sustained release) dalam badan untuk memastikan tubuh menerimanya setiap masa. Untuk info lanjut atau vitamin konsultansi boleh hubungi Nora (0197064120)
Atasi Kencing Kotor Ketika Hamil

Jom sihat bertenaga

sepanjang kehamilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *