Punca HB Darah Rendah – Walaupun Dah Ambil Zat Besi

Hemoglobin yang rendah sebenarnya satu penyakit iaitu anemia. Anemia boleh terjadi kepada sesiapa tidak kira lelaki atau wanita.  Tidak kira peringkat umur termasuk kanak kanak. Ibu hamil lebih mudah menghadapi anemia. Oleh itu kita perlu atasi Punca HB Darah Rendah dari awal untuk mengelakkan anemia.  

 
Punca HB Darah Rendah - Walaupun Dah Ambil Zat Besi

Punca HB Darah Rendah – Walaupun Dah Ambil Zat Besi

Kesan anemia sangat membimbangkan, produktivi dan kualiti seseorang akan terjejas iaitu bermasalah untuk fokus ketika berkerja, belajar dan tugas harian yang lain kerana mudah pitam, tidak bertenaga. Bagi ibu hamil boleh membahayakan nyawa anak dan ibu.

 

Penghasilan Hemoglobin memerlukan zat besi. Oleh tu kadar serapan zat besi dalam badan yang optimum sangat penting. Walau bagaimana pun, ada kajian yang mengatakan Punca HB Darah Rendah – Walaupun Dah Ambil Zat Besi kerana disebabkan kekurangan asid folik dan vitamin B12, oleh  itu sangat digalakkan bagi ibu hamil mengambil vitamin B Complex yang lengkap kesemua vitamin B.

 

 

Bagaimana Meningkatkan Serapan Zat Besi?

Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan vitamin C bersama zat besi (iron) akan meningkatkan lagi kadar Hemoglobin dalam badan berbanding pengambilan hanya zat besi. Dan juga pengambilan bersama protein haiwan iaitu daging, ayam dan ikan. Keperluan nutrisi untuk naikkan HB:

  • Zat besi
  • Asid Folik
  • Vitamin C
  • Vitamin B-complex
Elakkan pengambilan zat besi bersama kopi, teh (kafaein), garam, magnesium dan kalsium yang mengikat zat besi, ini bermakna kadar serapan zat besi berkurang.

 

Disarankan untuk mengambil tablet zat besi bersama vitamin C dari sumber semulajadi sebagai suplemen tambahan. Amalkan pemakanan yang seimbang. Lebihkan pengambilan kurma, delima dan buahan lain dan sayuran hijau yang mengandungi zat besi yang tinggi.

 

Pemilihan vitamin juga mempengaruhi paras Hemoglobin, iaitu yang mudah diserap dan dihasilkan dari bahan bahan semulajadi yang terbaik, seperti sustained release vitamin C yang dilepaskan secara berperingkat dalam badan dan memastikan Vitamin C dibekalkan setiap masa dalam badan, bukannya diserap sekaligus.

 

Vitamin Zat besi pula kebanyakkannya mempunyai bau dan rasa yang kuat,  kandungan zat besi yang tinggi. Tetapi sukar diserap oleh badan. Kesannya tindak balas dengan ibu hamil akan muntah, sebab itu penting  memilih yang mudah diserap dan juga tanpa bau yang kuat.  Formula iron yang terbaik seperti multivitamin(with iron)

 

 

Kesan HB Darah Rendah

Oksigen dibekalkan keseluruh anggota badan melalui sel darah merah (hemoglobin). Kekurangan hemoglobin menyebabkan kurangnya oksigen dalam darah, seterusnya mengurangkan oksigenasi sel sehingga proses metabolisma menurun dan fungsi sel tidak optimal. Kesannya kadar serapan zat zat lain dari makanan juga menurun.

 

Apabila ini berterusan iaitu metabolisma badan berkurang, selera makan seseorang juga berkurang. Keupayaan tubuh untuk memproses makanan yang diambil juga berkurang. Kesan fizikal mula dirasai iaitu mudah pitam, penat tidak bertenaga. Disamping itu, zat besi juga penting untuk hati dan sumsum tulang

 

Bagi ibu hamil keadaan HB Darah Rendah yang berterusan, akan berisiko dengan keguguran, perkembang otak bayi, dan masalah kuning/ jaundis ketika lahir. Juga membahayakan nyawa ibu ketika bersalin. Ketahui Kesan anemia kepada ibu dan bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *