4 Cara Detok Usus Secara Semulajadi – Buang Kerak Usus

Jom kempiskan perut dan buang segala toksin dalam usus. Amalkan cara detok usus dengan air detok. Kebaikkan yang lain seperti lawas membuang, turun berat badan dengan berkesan. Ada juga sesetengah orang berkesan untuk menghilangkan jerawat.


Detok usus penting untuk memastikan toksin di dalam perut tidak merebak dan dibuang sepenuhnya bersama najis. Ada juga kerak toksin melekat pada usus, kesan fizikalnya perut kelihatan buncit.
Jom amalkan cara detok usus dengan air detok, semulajadi, mudah dan ringkas tanpa belanja besar.

Timun Lemon
1/2 batang timun
1 biji lemon
2-3 batang daun pudina
1 gelas besar air
Basuh bersih timun dan lemon, potong dan masukkan kedalam air
Biarkan campuran tersebut semalaman di dalam peti sejuk sebelum diminum.
Kebaikkanya
Lemon membantu menghilangkan toksin semasa proses pencernaan didalam usus. Lemon juga kaya dengan Vitamin C yang boleh cerahkan kulit.

Strawberi Basil
8 biji strawberi segar
1 biji lemon (jus)
Beberapa helai daun basil segar
1 gelas besar air (1L).
Mulakan dengan satu gelas besar air  mineral/masak (suhu bilik). Campurkan bahan-bahan lain dalam gelas, kacau perlahan-lahan dengan sudu kayu/pastik, simpan selama 3 hingga 4 jam untuk membolehkan semua bahan sebati/bertindakbalas sebelum diminum
Kebaikkannya
Strawberi mengandungi antioksidan yang tinggi, kalium, vitamin C, dan lain lain nutrien. Ada kajian yang mengatakan Basil mempunyai bahan anti-radang dan antibakteria.

Halia Pudina
1 biji timun (dihiris nipis)
2 inci halia segar (dikupas)
2 biji lemon (jus)
10 hingga 12 helai daun pudina segar
Sedikit garam Himalaya (Garam Bukit)
1 gelas besar air (1L)
Campurkan kesemua bahan diatas, kacau. Biarkan selama 4 jam sebelum diminum.
Kebaikkannya
Halia boleh digunakan untuk memperbaiki pelbagai penyakit seperti perut yang gatal dan sakit tekak kerana bersifat anti-radang, membuang angin.

Mangga, Lemon dan Nenas
1/3 gelas nenas dan mangga dipotong dadu.
2-3 hirisan lemon
1 gelas besar air (500ml)
Campurkan kesemua bahan, kacau dan biarkan dalam 30minit sebelum diminum. Nenas dan mangga mudah sebati jadi tidak perlu dibiar lama.
Kebaikkannya
Nenas adalah penuh dengan bromelain iaitu enzim anti-radang. Mangga membantu meningkatkan penghadaman dan boleh mengempiskan perut.

Hasil Yang Lebih Berkesan

Air detok boleh diminum setiap masa mengantikan pengambilan air kosong. Setiap hari kita perlu mengambil air minimun 6-8 gelas sehari. Bagi mereka menghadapi sembelit boleh mengambil herblax, yang mengandungi daun senna bersama sama untuk mengatasi masalah membuang. Lawas dan mudah setiap hari

Herblax kaya dengan gabungan herba-herba yang juga mampu membuang kerak usus secara semulajadi, lembut tanpa rasa ‘gigitan’ pada perut. Kesannya perut lebih kempis dan badan lebih bertenaga.

Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *