Bagaimana Hilangkan Kudis Buta

Kudis buta adalah sejenis jangkitan pada kulit yang disebabkan kutu hama (Sarcoptes Scabies) . Tidak kira orang dewasa atau kanak kanak. Kutu betina akan masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari dan meninggalkan bahan-bahan buangannya, telur dan najis hama ini. Kitaran ini akan berulang ulang, jadi Bagaimana Hilangkan Kudis Buta.

Bagaimana Kudis Buta Berjangkit

Kudis buta selalunya berisiko pada mereka yang tinggal dalam suasana sesak seperti asrama dan pusat asuhan. Kebiasaannya sentuhan yang kerap memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil. Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian juga berisiko tinggi untuk dijangkiti. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.

Tanda Tanda Jangkitan

Jangkitan kudis buta akan meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal dan reaksi imunologi pada kulit. Kudis buta biasanya berkait dengan :
  • Bintik-bintik kecil berair – kesan track scabies dalam kulit dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari tangan atau kaki.
  • Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  • Kegatalan kulit– yang teramat sangat, lebih teruk di waktu malam dan selepas mandi air panas.
  • Garisan hitam-beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
  • Garis halus – muncul kemerahan di bawah kulit.
 

Kawasan yang biasa dijangkiti (kudis buta) kutu hama:

  • Dicelah-celah jari, tapak tangan
  • Bahagian dalam pergelangan tangan
  • Kawasan kemaluan, punggung
  • Sekitar pusat.
  • Celah-celah ketiak.
  • Siku, kaki dan buku lali.

Bagaimana Nak Hilangkan Kudis Buta Dengan Berkesan

Cara nak atasi kudis buta, anda perlu mengetahui bagaimana jangkitan kudis buta berlaku iaitu melalui medium seperti:
1. Pakaian, cadar atau apa-apa material yang digunakan oleh pesakit  mestilah dibasuh dengan air panas dengan caburan sabun untuk membunuh scabies, larva atau telur yang menyebabkan kudis buta.
2. Masukkan barangan yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya dua minggu untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas, jika boleh didedahkan pada cahaya matahari.
4. Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Rawatan  Nak Hilangkan Kudis Buta

Pastikan pesakit kudis buta mendapat rawatan doktor. Kutu hama boleh hidup selama-lamanya pada permukaan kulit jika tidak dirawat dengan sewajarnya. Semua ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal bersama dengan mereka yang dijangkiti perlu mendapatkan rawatan walaupun tidak menunjukkan apa-apa simptom penyakit kudis buta. Ini kerana simptom kudis buta hanya akan muncul dua hingga enam minggu setelah dijangkiti kutu hama. Oleh sebab itu, mereka perlu melakukan pemeriksaan bersama sama untuk mengatasi jangkitan ini sepenuhnya.

Cucian luar juga sangat membantu untuk membunuh hama. Gunakan Basic H, iaitu cucian yang beralkali untuk neutralkan jangkitan kudis buta pada kulit. Tetapi jangan lupa atau ambil remeh langkah membasmi untuk hapuskan kutu hama disemua tempat yang anda tinggal.

Pemulihan dengan lebih berkesan boleh dibantu dengan mengambil suplemen yang bersesuaian. Manfaatnya untuk meningkatkan antibodi tubuh melawan jangkitan daripada merebak dan memulihkan luka. Antaranya Vitamin C terbukti melidungi sel tubuh, Garlic complex dan Nutriferon untuk antibodi semulajadi. Vivix untuk pulihkan sel sel yang rosak.

Kesan kesan luka dan parut pada kulit pula akan hilang dengan lebih cepat  jika amalkan herba blend.

Bagaimana-Hilangkan-Kudis-Buta

Perlukan vitamin dan konsultan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *