Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Petua Cegah Gout Yang Berkesan – Kenal Pasti Puncanya

Gout adalah keradangan yang sangat menyakitkan sendi terutamanya di bahagian kaki dan buku lali yang disebabkan oleh pembentukan kristal asid urik. Bagi mereka yang pernah diserang sakit gout, antara Petua Cegah Gout Yang Berkesan yang boleh diamalkan adalah mengamalkan diet rendah purin. Bukan hanya diet seimbang. Makanan yang diambil juga mestila diteliti agar tidak menyumbang kenaikkan asid urik dalam badan.

Petua Cegah Gout Yang Berkesan - Kenal Pasti Puncanya

Petua Cegah Gout Yang Berkesan – Kenal Pasti Puncanya

Penyebab gout adalah asid urik, manakala penyumbang asid urik pula adalah makanan yang mengandungi purin yang tinggi. Purin dihasilkan secara semulajadi di dalam tubuh dan juga terdapat dalam makanan tertentu.

 

Satu pertiga daripada asid urik dalam tubuh disebabkan oleh purin yang diperolehi dari makanan dan minuman. Jika diet harian mengandungi purin tinggi, tahap asid urik juga akan lebih tinggi dalam badan.Kesannya boleh mengakibatkan gangguan seperti gout atau batu ginjal.

 

Bagaimana Cara Nak Elak Gout?

Sekiranya anda pernah diserang gout, makanan yang dimakan sangat sangat memberi kesan, sama ada mengurangkan kesakitan atau menyakitkan lagi kesan gout. Oleh sebab itu, anda perlu teliti dengan makanan yang diambil.

 

Berikut adalah makanan yang perlu dielakkan.

1.Bir/Alkohol

Meminum bir adalah salah satu penyebab penyakit gout. Bukan sahaja meningkatkan kadar asid urik,tetapi juga menyukarkan  badan untuk mengkumuhkan  bahan ini daripada dalam.

 

2.Makanan Laut

Elakkan dari selalu mengambil  makanan laut yang purin tinggi seperti kerang, ikan pari, ikan hering dan ikan tuna.

 

3.Daging Merah

Elakkan dari selalu memakan daging merah tetapi boleh diambil sekali-sekala. Daging pada bahagian kaki lebih baik kerana rendah purin dari bahagian lain.

Daging ayam turki dan angsa juga mengandungi purin lebih tinggi daripada jenis protein lain, jadi lebih baik dielakkan.

Ayam dan itik adalah pilihan yang paling selamat. Walau bagaimanapun, elakkan dari memakan kulit.

 

4.Hati

Elakkan apa apa jenis daging organ seperti hati, buah pinggang, limpa. Bukan sahaja purin yang tinggi tetapi juga kandungan toksin.

 

5.Minuman Bergula

Elakkan minuman manis dan kandungan fruktosa tinggi, seperti minuman soda atau minuman dari buah manis. Pemanis akan merangsang tubuh untuk menghasilkan lebih banyak asid urik.

 

6.Asparagus

Sayuran juga ada yang mengandungi purin yang tinggi. Asparagus, bayam, kacang dan cendawanmengandungi purin yang tinggi daripada sayur-sayuran lain. Tetapi ada kajian yang menunjukkan purin daripada sayuran tidak menyumbang kepada gout. Sayuran hijau yang lain membantu dalam membersihkan purin dari badan dengan lebih mudah.

Sebaiknya elakkan masakan yang bergoreng dan dipanggang. Masakan yang terbaik adalah stim, rebus dan celur. Ini bukan sahaja petua cegah gout tetapi baik untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

 
Petua Cegah Gout Yang Berkesan - Kenal Pasti Puncanya
 

Terdapat banyak makanan yang boleh dimakan jika anda mengikuti diet rendah purin. seperti roti, bijirin, dan pasta. Makanan lain termasuk:

  • Susu rendah lemak, yogurt, dan keju
  • Kopi (tanpa gula)
  • Telur
  • Kentang
  • Sayuran hijau.

 

Sayuran berdaun sangat baik untuk membersih asid urik dalam darah, juga buah-buahan terutama buah sitrus yang kaya dengan anioksidan.

 

Makanan yang kaya vitamin C juga boleh membantu mengurangkan tahap asid urik. Tetapi tidak boleh berlebihan. Contoh buah ceri, ada kajian membuktikan dengan memakan ceri risiko serangan gout berkurang.

 

Minum 12 hingga 16 cawan air iaitu 2-3 liter setiap hari. Pilih jus, teh hijau dan amalkan >>>ubat gout<<<  ini ketika gejala gout menyerang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: