4 Cara Mengelak Serangan Jantung – Ramai Yang Melakukan Faktor Risiko #8 Tanpa Sedar

Serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Jadi bagaimana Cara Mengelak Serangan Jantung? Pencegahan terbaik adalah dengan memahami risikonya terlebih dahulu.

4 Cara Mengelak Serangan Jantung
 

Apakah Risiko Serangan Jantung

1.Umur.
Faktor risiko yang paling tinggi untuk penyakit kardiovaskular adalah usia, semakin berusia semakin besar risiko anda. Ini kerana paras kolestrol boleh meningkat dengan bertambahnya usia.
2.Keturunan atau genetik.
Sejarah ahli keluarga yang mengalami atau meninggal dunia akibat penyakit jantung, diabetes atau stroke, risikonya lebih besar. Terutamanya yang menghidap diabetes, risiko serangan meningkat secara mendadak.
3.Merokok atau selalu terdedah kepada asap rokok.
Perokok atau mereka yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko penyakit jantung lebih tinggi. Dan juga  penyakit paru-paru, penyakit vaskular periferal dan strok.
4.Tekanan darah
Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi, adalah “pembunuh senyap” kerana ia tidak mempunyai tanda atau gejala pada kebanyakan individu. Tekanan darah tinggi menyebabkan lapisan dalaman saluran darah anda merosot. Semakin tinggi tekanan darah ( BP) anda semakin tinggi risiko serangan jantung.
5.Tahap kolesterol.
Kolestrol dalam darah yang tidak normal adalah penyumbang utama kepada penyakit kardiovaskular. Kolestrol ini ialah LDL (kolesterol jahat), tetapi HDL (kolesterol baik) penting untuk kesihatan jantung. Semakin rendah LDL dan semakin tinggi HDL jantung akan lebih  sihat dan kuat.
Paras kolesterol dalam darah ditentukan oleh 3 faktor:
-Jumlah kolestrol yang dihasilkan oleh hati ( genetik)
-Jumlah kolestrol yang diserap dari saluran usus (jenis makan yang diambil)
-Usia,kolesterol meningkat dengan usia. Jika individu yang berisiko, ubat-ubatan selalunya diperlukan untuk menurunkan LDL atau meningkatkan HDL anda. Cara yang selamat adalah konsisten dengan minyak ikan omega yang kaya HDL, elak sebarang pengambilan ubat (drugs) tanpa rujukan doktor.
6. Hadkan kalori -Jaga berat badan
Obesiti menyumbang kepada masalah diabetes, seterusnya menyebabkan penyakit kardiovaskular. Obesiti disebabkan oleh pengambilan kalori yang berlebihan dan pembakaranya kurang daripda yang diperlukan oleh badan. BMI untuk berat yang terbaik antara 18-25.
7. Kurang bersenam
Kajian menunjukkan bahawa berjalan dua batu sehari adalah optimum untuk kesihatan menyeluruh, atau minimum selama 30minit. Kebaikkannya mampu untuk membakar kalori dalam badan dan mengaktifkan organ yang memberi manfaat kepada kesihatan. Jika senaman tidak dapat mengawal atau mengurangkan berat badan, anda perlu mengubah diet harian. Selain itu, senaman adalah salah satu langkah terbaik untuk atasi  kemurungan dan masalah emosi.
8. Pilih ubat/pil dengan bijak.
Kesan pengambilan ubat sangat mempengaruhi keadaan jantung. Antara yang banyak dilakukan adalah pengambilan pil untuk kurus dan untuk putihkan kulit.
Info bahan adalah “semulajadi” tidak membuktikan manfaat kesihatannya. Kebanyakkannya adalah arsenik yang sangat berbahaya yang boleh merosakkan buah pinggang dan jantung.
  

Jika kesemua faktor risiko diatas difahami dan dielakkan, pastinya anda terhindar dari serangan jantung. Kesimpulannya kita perlu mengamalkan:
 
1. Makanan sihat untuk jaga kesihatan, kawal kolestrol,berat badan,diabetes dan darah tinggi.
2. Senaman dijadikan rutin dan kewajipan
3. Elak tekanan dan kawal emosi
4. Penjagaan jantung iaitu pemeriksaan secara berkala dan suplemen seperti polifenol untuk jantung sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *