Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Apakah Punca Berlaku Serangan Jantung

Bagaimana berlakunya serangan jantung?. Serangan jantung berlaku apabila satu atau lebih saluran arteri koronari tersumbat dengan plak kolesterol. Keadaan ini yang menyebabkan serangan jantung yang paling tinggi. 

Ketika serangan jantung, salah satu daripada plak kolestrol ini boleh pecah dan kolesterol mengalir bersama aliran darah. Kawasan plak yang pecah pula akan berlaku pembekuan darahJika bekuan darah cukup besar, ia boleh menghalang aliran darah melalui arteri koronari sepenuhnya. Kesannya boleh membawa maut.
Penyebab lain serangan jantung adalah kekejangan arteri koronari yang menyebabkan aliran darah ke bahagian otot jantung terhenti. Penggunaan tembakau dan dadah antara punca yang menyebabkan kekejangan otot jantung yang mengancam nyawa.
Serangan jantung juga boleh berlaku di arteri jantung ketika pembedahan arteri.
  

Apakah Punca Berlaku Serangan Jantung – Faktor Risiko Serangan Termasuk:

Umur yang semakin berusia lagi berisiko. Lelaki yang berumur 45 tahun ke atas dan wanita berusia 55 tahun ke atas lebih tinggi risiko mempunyai serangan jantung daripada lelaki dan wanita yang lebih muda.
Merokok atau pengambilan tembakau dan pendedahan asap rokok jangka panjang meningkatkan risiko serangan jantung.
Tekanan darah tinggi dari semasa ke semasa, boleh merosakkan arteri jantung anda dengan mempercepatkan aterosklerosis. Tekanan darah tinggi pula disebabkan oleh obesiti, merokok, kolesterol tinggi atau diabetes.
Tahap kolesterol darah iaitu lipoprotein berkepekatan LDL tinggi akan menyekat arteri. Ia sejenis lemak dalam darah yang disebabkan diet anda. Walau bagaimanapun, lipoprotein berkepekatan tinggi HDL mengurangkan risiko serangan jantung.
Diabetes iaitu tahap gula darah yang tinggi dan tidak terkawal akan meningkatkan risiko serangan jantung.
Sejarah keluarga yang mengalami serangan jantung. Jika adik-beradik, ibu bapa atau datuk nenek mempunyai serangan jantung awal (umur 55 tahun untuk saudara lelaki dan umur 65 tahun untuk saudara perempuan), anda mungkin berisiko tinggi.
Kurangnya aktiviti fizikal atau tidak bersenam secara rutin boleh dikatakan sebagai punca utama. Gaya hidup yang tidak aktif menyumbang kepada paras kolesterol dalam darah yang tinggi dan obesiti. Individu yang bersenam secara tetap mempunyai kecergasan kardiovaskular yang lebih baik, dan mengurangkan risiko serangan jantung. Manfaat bersenam juga menurunkan tekanan darah tinggi.
Obesiti atau berat badan berlebihan boleh menjadi punca dengan paras kolesterol, tekanan darah tinggi dan diabetes. Dengan kehilangan hanya 10 peratus berat badan anda sudah dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
Tekanan berterusan dan emosi tidak stabil boleh meningkatkan risiko serangan jantung.
Penggunaan ubat haram seperti pil kuruskan badan, ubat perangsang, kokain atau amphetamine, boleh mencetuskan kekejangan arteri koronari yang boleh menyebabkan serangan jantung. 
Sejarah preeklampsia. Keadaan ini menyebabkan tekanan darah tinggi semasa mengandung dan meningkatkan risiko penyakit jantung sepanjang hayat.
Sejarah individu yang pernah menhadapi autoimun, seperti rheumatoid arthritis atau lupus. Keadaan seperti arthritis rheumatoid, lupus dan keadaan autoimun yang lain boleh meningkatkan risiko serangan.
Tanda-tanda dan gejala serangan jantung termasuk:
1.Kesakitan di dada atau lengan dan mungkin merebak ke leher, rahang atau belakang.
2.Mual, senak, pedih ulu hati atau sakit perut
3.Sesak nafas
4.Peluh sejuk
5.Keletihan
6.Sakit kepala yang kuat atau pening tiba-tiba

Komplikasi Serangan Jantung

1.Komplikasi adalah kegagalan jantung untuk berfungsi dengan normal. Ia disebabkan oleh kerosakan jantung semasa serangan. Kerosakan ini boleh menyebabkan:
2.Irama jantung yang tidak normal (aritmia) yang boleh disamakan seperti ‘litar pintas elektrik mengakibatkan degupan jantung yang tidak normal. Ada yang menjadi serius hingga membawa maut.
3.Ketika serangan jantung boleh merosakkan tisu jantung yang begitu banyak sehingga otot jantung tidak dapat mengepam darah keluar dari jantung. Kegagalan jantung mungkin bersifat sementara, atau ia boleh menjadi kekal.
4.Kawasan otot jantung yang lemah akibat serangan jantung boleh pecah, meninggalkan lubang di bahagian jantung. Jika pecah akan membawa maut.
5.Masalah injap jantung yang rosak semasa serangan jantung boleh menyebabkan masalah kebocoran yang teruk.

Langkah Mencegah Serangan Jantung

Bagi individu yang penah mengalami serangan jantung sebelum ini perlu melakukan pemeriksaan rutin dengan doktor anda dan konsisten dengan ubat-ubatan yang dibekalkan. Pengambilan ubat boleh mengurangkan risiko serangan jantung seterusnya dan membantu fungsi jantung yang lebih baik.
Faktor gaya hidup iaitu elakkan semua faktor risiko serangan. Kekalkan berat badan yang sihat, amal diet sihat, tidak merokok, rutin senaman secara teratur, menguruskan tekanan dan kawalan emosi yang boleh menyebabkan serangan jantung, seperti tekanan darah tinggi, kolesterol dan kencing manis. Jaga makan sebaiknya dan amalkan suplemen yang dijamin serta terbukti selamat, berkesan.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: