Berkesankah Kawal Kencing Manis Dengan Shaklee

Pada masa sekarang diabetis atau kencing manis menyerang tidak kira usia, kanak-kanak, orang dewasa atau warga tua. Jom kenali diabetes dan ketahui cara kawal kencing manis dengan Shaklee. Terbukti berkesan dengan kajian Landmark study.

Diabetes dikategorikan kepada 3 jenis:
1. Type I- Tubuh badan tidak boleh menghasilkan insulin secara semulajadi
2. Type II- Tubuh badan boleh hasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik
3. Gestational diabetes mellitus (GDM) – semasa kehamilan

Diabetes disebabkan paras glukosa dalam darah yang tinggi. Paras glukosa pula bergantung kepada diet dan berapa banyak kuantiti yang dimakan. Ia juga bergantung kepada paras insulin yang dihasilkan dan keberkesanan dalam memproses glukosa.

90% orang yang ada kencing manis biasanya type II iaitu badan boleh menghasilkan insulin tetapi tidak dapat berfungsi dengan baik atau tidak mencukupi. Asalnya normal tetapi disebabkan diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Karbohidrat yang dimakan akan dicernakan menjadi glukosa, glukosa seterusnya akan masuk ke salur darah untuk diagihkan kepada sel/organ yang memerlukan sebagai sumber tenaga.

Insulin boleh dikatakan sebagai kunci yang membuka pintu pada sel untuk glukosa masuk ke dalam organ. Glukosa yang sampai ke dalam sel berfungsi sebagai tenaga untuk  digunakan oleh sel sel. Apabila insulin tidak mampu untuk membuka kunci, glukosa hanya terperangkap dalam darah, maka diabetes/kencing manis berlaku pada seseorang.


Paras glukosa yang tinggi memaksa pankreas menghasilkan lebih banyak insulin. Lama kelamaan pankreas terbeban (oxidative stress) dan terjadinya keradangan pada pankreas. Akibatnya pankreas tidak lagi boleh menghasilkan insulin. Kesannya diabetes semakin kritikal maka muncul lah komplikasi komplikasi seperti:
1. Rosak buah pinggang, 
2. Serangan jantung
3. Rabun atau buta
4. Saraf-potensi lumpuh atau strok
5. Darah tinggi 
6. Sex dysfunction
Tahap kritikal adalah kematian akibat dari komplikasi diatas.

Kanser Dan Diabetes

Komplikasi diabetes yang boleh dilihat secara fizikal adalah kerosakkan sel sel seperti luka yang sukar sembuh. Kerosakkan sel sel ini pula ada kajian yang menyatakan boleh menyumbang kepada kanser.

Kaitan ini boleh diterima kerana kanser juga adalah kerosakkan sel, sel yang tidak normal yang membiak dalam tubuh manusia. Elakkan dari diabetes boleh mengurangkan faktor risiko kanser. Kedua dua ini boleh dicegah dengan pengambilan vitamin shaklee secara konsistan.

Faktor-faktor Diabetes

1.Obesiti
Lemak dalam badan boleh menyekat insulin dari membuka kunci pada sel untuk glukosa masuk kedalam, iaitu tidak boleh diproses secara normal.

2.Diet yang tidak sihat
Kuantiti gula dan karbohidrat yang tinggi menyebabkan glukosa berlebihan dalam darah dan tidak digunakan oleh organ. Amalkan diet yang sihat dan kurangkan gula mampu membantu mengawal paras glukosa

3.Stres/Tekanan
Keadaan tubuh badan yang tertekan akan menghasilkan hormon adrenaline yang merangsang lebih banyak glukosa dihasilkan.

4. Tidak Bersenam
Ini juga merupakan faktor penyebab kepada diabetes, walaupun kita amalkan makanan sihat tetapi tidak bersenam juga menyumbangkan faktor diabetes. Apabila kita bersenam, sel-sel dalam badan akan membuat lebih banyak reseptor (kunci) insulin yang terapung dan melekat pada bahagian luar sel-sel otot dan organ-organ lain. Insulin yang banyak ini akan mengurangkan rintangan insulin untuk membuka pintu atau membawa masuk glukosa ke dalam sel/organ.
Jika kita berhenti  bersenam secara tetap, bilangan reseptor insulin pada permukaan sel-sel akan berkurang sedikit demi sedikit. Kesanya pengakutan glukosa kedalam sel akan turut menurun.

5. Penggunaan ubatubatan steroid
Pengambilan ubat yang berpanjangan boleh mengubah chemical reaction dalam badan, kesannya ada yang menyebabkan insulin tidak dapat berfungsi dengan baik dan terjadinya diabetes.  Keadaan ini memerlukan pesakit untuk mengambil/cucuk insulin secara rutin.

Langkah Rawatan Diabetes

Bagi pesakit diabetes kronik, sangat perlu mengikuti jadual pemeriksaan doktor untuk mengelakkan komplikasi yang teruk. Penggunaan ubat atau insulin tidak boleh diabaikan sebelum keadaan terkawal. Komplikasi diabetes boleh memberi impak yang sangat besar kepada keupayaan tubuh seseorang. Oleh itu cegah atau kawal kencing manis dengan shaklee dari awal.


Bagaimana kawal kencing manis dengan shaklee

Antara suplemen atau vitamin yang dicadangkan adalah vivix yang kaya dengan polifenol. Atau multivitamin, Bcomplex, zink,ESP (rendah GI) dan vitamin C.

Polifenol/Vivix dan Diabetis:

1.Memperbaiki keseimbangan glukosa dalam darah Paras glukosa akan dibetulkan mengikut sistem badan yang normal.
2. Kurangkan rintangan insulin  Vivix berupaya membetulkan fungsi kunci/reseptor insulin supaya glukosa boleh masuk dalam sel dan tak terkumpul di salur darah sahaja
3. Melindungi pankreas – Membaik pulih pankreas yang sudah merosot dan terbeban supaya boleh berfungsi semula dengan baik. Ini sangat penting untuk elak dari mencucuk insulin secara rutin.
4. Membaiki rembesan insulin – Keadaan pankreas yang normal membolehkan insulin dihasilkan secara normal oleh badan dan mengurangkan rintangan pda insulin.
5. Meningkatkan keseimbangan– Metabolisme dan fungsi tubuh
6.Merawat sel – Keadaan sel yang sudah rosak/luka berkesan dipulihkan dengan polifenol dalam vivix.

Vitamin Lengkap Untuk Membantu Pemulihan Diabetes:

1. Vitalea Multivitamin – Mengandungi 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum.

2. B-Complex – Membantu menukarkan makanan kepada tenaga serta mengelakkan kelesuan. Menjaga kesihatan saraf otak.

3. Zinc Complex – Meningkatkan sistem imun badan. Menolong penyembuhan luka dan pertumbuhan organ. Terutamanya luka kaki akibat kencing manis atau pembedahan. Lagi berkesan jika digantikan dengan Vivix

4. Vitamin C – Anti-oksidan semulajadi. Berupaya mengekalkan integriti sel badan. Menggalakkan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sihat. Menghalang kerosakan buah pinggang.

5. GLA Complex (untuk wanita) – Mengurangkan simptom seperti gatal, bengkak, menggelupas, kekeringan dan simptom sakit sendi. Berkesan untuk kemurungan. Membantu pesakit kencing manis daripada kebas-kebas dan semut-semutan di tangan dan kaki.

6. Energizing Soy Protein (ESP) –  Glisemik indeks yang rendah tapi mampu memberikan kekenyangan serta tenaga yang berpanjangan, sesuai untuk pesakit kencing manis yang ingin mengawal paras gula dalam darah. Membekalkan tenaga. menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot. Membekalkan asid amino lengkap untuk keperluan sel sel badan.

Walau bagaimana pun pengambilan air kosong yang banyak setiap hari adalah WAJIB dan jaga pemakanan harian anda

Testimoni Vivix 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *