Kanser Servik – Ketahui Punca Jangkitannya

Kanser servik juga dikenali kanser pangkal rahim. Angka menunjukkan kanser pangkal rahim (serviks) merupakan kanser pembunuh kedua tertinggi wanita di Malaysia, bermakna masih ramai yang tidak berusaha mencegah penularan penyakit ini.



Punca Kanser Servik

Bagaimana wanita mendapat kanser serviks? Apa yang menyebabkan kanser serviks?
Hampir semua kanser serviks disebabkan oleh jangkitan salah satu bakteria HPV. Jangkitan HPV biasa terjadi tetapi tidak semua menyebabkan kanser. 
Terdapat lebih daripada 100 jenis HPV, hanya beberapa jenis sahaja yang dikaitkan dengan kanser. Jenis HPV lain menyebabkan ketuat pada kulit atau alat kelamin. Jenis HPV yang dikatakan “berisiko tinggi” sahaja menyebabkan kanser serviks serta kanser zakar pada lelaki. HPV juga boleh menyebabkan kanser mulut, tekak, dan dubur di kalangan lelaki dan perempuan.
Jangkitan HPV tersebar melalui hubungan seksual atau sentuhan kulit ke kulit. Banyak kajian menunjukkan jangkitan HPV adalah perkara biasa dan majoriti akan dijangkiti HPV. Walau bagaimanapun jangkitan ini biasanya disembuhkan oleh antibodi badan manusia.
Sesetengah jangkitan HPV yang berterusan dan menyebabkan perubahan pramatang dalam sel-sel serviks. Perubahan ini menyebabkan kanser servik atau ketuat genital. Ia boleh dikesan dengan pemeriksaan secara rutin (pemeriksaan Pap smear). Satu sampel diambil dari servik dengan berus atau swab semasa pemeriksaan rutin pelvik dan dihantar ke makmal untuk analisis.

Human Papillomavirus, HPV

Terdapat 100 jenis bakteria papillomavirus lebih kurang 40 jenis boleh menjangkiti kawasan kelamin seperti vulva, vagina, serviks, rektum, dubur, zakar, dan skrotum. Serta mulut dan tekak anda. Jenis HPV ini tersebar semasa hubungan seksual. Jenis HPV lain boleh menyebabkan ketuat biasa seperti ketuat tangan dan ketuat plantar pada kaki, tetapi ini tidak dijangkiti secara seksual.
Jangkitan HPV ini bermula di bahagian pangkal rahim (serviks) dan boleh merebak jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan. Daripada 40 HPV hanya 15 jenis yang boleh menyebabkan kanser, termasuk jenis biasa ditemui iaitu HPV 16, 18, 45 dan 31.
Gabungan HPV jenis 16 dan 18 dikenal pasti menyumbang 70 peratus daripada kes kanser seluruh dunia

Walau bagaimanapun, ada juga faktor lain yang meningkatkan risiko kanser servik dikalangan wanita, antaranya:
1. Jangkitan HIV
2. Sistem imun yang rendah
3  Jangkitan Chlamydia (bakteria negatif)
4. Berat badan berlebihan
5. Penggunaan jangka panjang kontraseptif oral
6. Mempunyai tiga atau lebih kehamilan jangka panjang
7. Hamil pertama sebelum umur 17 tahun
8. Kemiskinan (Gaya hidup tidak sihat dan tidak melakukan ujian rutin)
9. Sejarah keluarga kanser serviks
10.Merokok

Simptom Kanser Servik

1. Pendarahan faraj yang tidak normal
2. Pendarahan selepas seksual
3. Pendarahan antara tempoh haid
4. Tempoh haid yang sangat lama
5. Sakit ketika hubungan seks
6. Kesakitan Pelvik
7. Pelepasan cecair faraj yang tidak normal

Langkah Pencegahan Kanser Servik

Kanser serviks secara umumnya disebabkan oleh hubungan kelamin dan jangkitan HPV. Dengan mengamalkan hubungas seks ‘monogamy’ dan tidak bertukar-tukar pasangan, anda boleh mengelakkan kanser ini. Selain itu:
-Ambil vaksin HPV untuk mencegah kanser servik
-Lakukan ujian pap smear secara rutin untuk mengesan tanda-tanda awal kanser serviks
-Jaga kebersihan bahagian intim dan elakkan faktor risiko kanser servik diatas.
Jaga kesihatan diri, tingkat sistem imun badan dengan suplemen yang betul. Contoh seperti nutriferon untuk baiki sistem imun badan, vitamin C melawan radikal bebas dan Vivix untuk memulihkan sel sel yang rosak akibat kanser.

Langkah langkah pemeriksaan pap smear


” Langkah pencegahan 

dan rawatan kanser”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *