Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Kenapa Sangat Bahaya Demam Denggi Kali Kedua

Demam denggi adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes. Demam denggi mula dikesan dalam tahun1700-an. Pada mulanya denggi wujud di kawasan beriklim tropika, tetapi sudah merebak ke seluruh dunia.

 Gejala dan Tanda-tanda Denggi

Gejala utama denggi muncul 3 hingga 15 hari selepas gigitan nyamuk seperti demam panas, ruam dan sakit kepala yang teruk. Gejala lain adalah kesakitan sendinodul limfa yang bengkak, keletihan. 

Sebarang jangkitan virus tiada ubat atau antibiotik khusus untuk merawatnya. Ia bergantung kepada keupayaan antibodi tubuh individu. Sebab itu tempoh pemulihan untuk melawan virus denggi adalah berbeza. 
Walau bagaimana pun, ada juga pesakit tidak menunjukkan tanda tanda awal seperti diatas, hanya demam biasa tanpa ruam atau gejala lain. Mereka hanya tersedar apabila kedaan melarat seperti:
1. Sakit sendi yang teruk.
2. Sakit otot dan tulang.
3. Pendarahan ringan.
4. Sakit tulang belakang.
Oleh sebab itu, penting untuk melakukan ujian darah apabila demam yang berlarutan 3 hari ke atas.

Rawatan Pesakit Denggi

Tiada rawatan khusus untuk penyakit bawaan virus termasuk virus denggi. Antibiotik hanya diberi untuk penyakit akibat jangkitan bakteria. Rawatan di hospital hanya untuk merawat simptom yang dihidapi.
Virus denggi hanya boleh ‘dihapuskan’ oleh antibodi manusia dalam tubuh secara semulajadi. Oleh itu, penting untuk kita semua mempunyai sistem pertahanan antibodi yang kuat.

Bahayanya Serangan Virus Denggi Kali Kedua

Sesiapa yang diserang demam denggi kali kedua lebih merbahaya, virus denggi sudah boleh bermutasi dan menyebabkan sistem antibodi badan tidak kenal dan tidak boleh menghapuskannya.

Bagaimana Virus Denggi Menipu Sistem Imum

Demam denggi boleh sembuh sendiri tanpa apa-apa ubat, tetapi komplikasinya ada yang boleh membawa maut. Jadi demam denggi mesti diambil serius.
Apabila virus denggi masuk dalam badan, ia akan menjangkiti sel-sel badan termasuk sel imun. Sel imun yang mula-mula dijangkiti dipanggil Langerhan cell yang berada dekat dengan kulit. Denggi melepaskan RNAnya ke dalam sel tersebut dan menukar struktur sel yang dijangkiti supaya kehadirannya sebagai ‘musuh’ tidak disedari. Sel antibodi sudah tidak kenal bahawa sel bersebelahan sudah ‘sakit’ dan kemudianya sel itu sendiri pun terjangkit.
Apabila sel-sel yang dijangkiti oleh virus denggi bergerak dalam cecair limfatik, virus denggi akan mengambil kesempatan untuk menjangkiti sel lain, termasuk sel-sel dinding saluran darah sehingga menyebabkan kebocoran pada salur darah.
Ketika ini virus denggi baru mula membiak. Tempoh pembiakan atau incubation period biasanya mengambil masa 4-7 hari walaupun boleh berlanjutan hingga 2 minggu. Ini memberi peluang virus denggi untuk menjadi banyak dalam aliran darah dan dipanggil viremia.
Pada peringkat ini seseorang akan mula menunjukkan simptom seperti demam panas yang boleh mencapai suhu 38-40 darjah, batuk selsema dan sakit-sakit sendi, kurang selera makan dan mungkin muntah-muntah.
Tempoh demam ini berlanjutan dalam 4-6 hari, pesakit mula berasa sihat. Pada fasa ini bilangan virus denggi mula menurun. Persoalannya bagaimana ia boleh menurun?
Sel-sel imun dah dijangkiti dan musnah, siapa yang melawan virus denggi? Rupanya badan kita masih ada pertahanan lain iaitu protein yang dipanggil interferon. Interferon mampu merencatkan pembiakan virus. Oleh itu penting untuk memastikan interferon dalam tubuh kita mencukupi dengan pengambilan nutriferon.

Makanan dan Minuman Yang Menjadi Kebiasaan Pesakit Denggi

Kebiasaan yang selalu diamalkan oleh pesakit denggi adalah mengamalkan makanan dan minuman ini:
1. Ekstrak daun pepaya boleh digunakan untuk merawat demam denggi.
2. Sup ketam dan bawang putih, seeloknya tanpa garam.
3. Air 100plus (kawal cecair/elektrolit badan)
Walaupun begitu, tiada kajian khusus membuktikan keberkesannya. Ada yang menyatakan ekstrak daun betik yang berlebihan dalam tubuh boleh meninggikan kadar toksik badan.

Pencegahan Denggi

Pencegahan demam denggi memerlukan kawalan atau pembasmian nyamuk yang membawa virus. Langkah yang perlu dilakukan adalah:
1. Jaga kebersihan kawasan luar dan dalam rumah. Buang semua objek yang boleh menakung air dan tidak digunakan atau terlangkupkan bekas yang boleh menakung air. Sedikit air yang terkumpul cukup untuk nyamuk bertelur.
2. Elak berada di kawasan luar rumah di waktu nyamuk Aedes sedang aktif.
3. Kurangkan aktiviti outdoor di kawasan terbabit Denggi.
4. Jauhkan diri dari kawasan pembinaan, kawasan yang paling banyak Aedes.
Tingkatkan sistem imun (antibodi) diri dan ahli keluarga dengan nutrisi yang optimum. Jauhi makanan ringan terutamanya kanak-kanank untuk meningkatkan antibodi tubuh.
Komplikasi denggi sangat merbahaya seperti salur darah bocor akibat kepekatan darah dalam tubuh yang tidak normal. Terbaru ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: