Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Ketahui Punca Kulit Berjeragat Agar Mudah Dihilangkan

Jeragat atau pigmentasi terjadi seiring dengan penambahan usia. Tetapi ia boleh dielakkan dan dihilangkan sepenuhnya jika kaedah rawatan kulit berjeragat yang betul dilakukan. Ketahui juga punca kulit berjeragat agar mudah dihilangkan dengan berkesan.

Ketahui Punca Kulit Berjeragat Agar Mudah Dihilangkan
 

1.Sinaran UV

Kulit yang sentiasa terdedah kepada sinaran matahari (UV) akan menjadikan kulit lebih gelap atau keradangan kulit. Apabila tahap keradangan tinggi, melanosit akan aktif. Jika melanosit aktif, ia akan mengeluarkan melanin.
Sebab itu kita boleh lihat orang yang lebih berusia selalunya mempunyai jeragat yang lebih teruk seiring dengan pertambahan usia. Ini kerana mereka lebih lama terdedah kepada sinaran UV.

2.Kerosakan Sel Kulit

Kesan jerawat dipicit dengan cara yang salah boleh menyebabkan kerosakkan pada kulit. Apa-apa jenis kerosakan kulit, tubuh akan mengatasinya dengan menghasilkan reaksi keradangan iaitu pengaktifan melanosit dalam kulit kita.
Selain dari tindak balas keradangan, kulit yang cedera tidak dapat dipulihkan dan terhasilnya pigmentasi. Apabila pigmen kulit tidak boleh diperbaharui, pigmen yang lebih gelap terhasil di kawasan yang rosak.

3. Alahan

Jika anda menghadapi apa-apa jenis reaksi alahan, kulit lebih mudah terdedah kepada keradangan. Elakkan kerengsaan kulit yang berpanjangan. Keadaan ini mengaktifkan sel-sel melanosit yang mengakibatkan jeragat/pigmentasi. Apa-apa jenis penyakit kulit seperti ekzema juga boleh menjadi faktor pigmentasi.

4.Kosmetik atau skincare

Sebarang bahan penjagaan kulit yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri amat berbahaya. Bukan hanya menyebabkan pigmentasi pada kulit tapi kesihatan tubuh. Sebarang produk yang mengelupas berisiko tinggi kulit berjeragat.

5. Ubat ubatan

Terdapat banyak ubat yang menyebabkan pigmentasi sebagai kesan sampingan. Retinoid topikal, antibiotik, ubat hormon, serta ubat-ubatan kemoterapeutikal boleh menyebabkan pigmentasi.
Ini berlaku kerana ubat itu menyebabkan perubahan hormon dalam badan, yang boleh membawa kepada pengaktifan sel melanosit. Apabila sel-sel aktif pengeluaran melanin akan berlebihan.

6. Genetik

Bagi kebanyakkan individu, jeragat atau pigmentasi disebabkan oleh faktor keturunan. Sekiranya terdapat seorang dalam keluarga menghadapi hiperpigmentasi yang teruk, anda juga berisiko. Oleh itu ambil langkah pencegahan awal terhadap faktor atau punca keradangan kulit seperti diatas. Terutamanya pendedahan cahaya matahari yang berterusan, perubahan hormon atau kerosakan kulit.
  
Ketahui Punca Kulit Berjeragat Agar Mudah Dihilangkan

 

Rawatan Kulit Berjeragat

Rawatan yang berkesan perlu dilakukan secara luaran dan juga dalaman. Penting untuk Ketahui Punca Kulit Berjeragat Agar Mudah Dihilangkan.

Rawatan luaran kulit berjeragat untuk luaran boleh berjumpa pakar dermatologi. Untuk keadaan yang teruk, ahli dermatologi mungkin menetapkan biopsi kulit untuk mendignosis rawatan yang sesuai.
Rawatan dalaman untuk kulit berjeragat adalah membetulkan hormon dan juga struktur sel kulit dengan makan tambahan yang boleh membantu secara semulajadi. 

Keperluan Untuk Kulit Sihat Bebas Jeragat

Antara keperluan wajib untuk memperbaiki pigmentasi sel kulit

➤Kolagen untuk menyokong struktur kulit yang sihat dan tegang.
➤Vitamin C untuk merangsang penghasilan kolagen dalam badan dan melawan radikal bebas.
➤GLA Complex untuk perbetulkan masalah hormon yang menyebabkan masalah jeragat.
➤Vivix pula kaya dengan anti oksidan untuk menghalang dan memulihkan sel yang rosak.
➤Protein untuk membina sel kulit yang sihat.
Dijamin 100% Selamat dan Berkesan
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: