Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Punca dan Kesan Masalah Haid Tidak Teratur Pada Wanita – Bahayakah Jika Dibiarkan?

Tempoh haid tidak teratur mempunyai dua keadaan, variasi dalam bilangan hari tiba lebih awal dalam sebulan atau lewat melangkau beberapa bulan.


Sebenarnya, kebanyakan wanita akan mengalami masalah haid tidak teratur pada satu ketika dalam hidup mereka. Keadaan ini ada yang menimbulkan masalah kesihatan yang lain tetapi ada juga yang tidak.

Punca Biasa Masalah Haid Tidak Teratur

Kitaran haid adalah antara 28 – 35 hari, pendarahan haid pula biasanya antara 3 – 7 hari. Tempoh kitaran dan pendarahan adalah berbeza bagi setiap wanita. Jika tempoh anda tiba-tiba berubah berbanding dari kebiasaan sebelum ini, ia diktakan tempoh anda tidak teratur. Haid anda mungkin terjadi lebih awal dari yang dijangkakan, atau tidak muncul sama sekali.
Berikut adalah 4 sebab punca masalah haid tidak teratur:
1.Ubat-ubatan (drugs)
2.Tekanan dan emosi tidak stabil
3.Menopause
4.Olahraga atau sukan melebihi kemampuan individu
5.Pencegahan Kehamilan (hormon)

Petanda Haid Tidak Teratur – Apakah maksudnya?

Selalunya tidak memberi apa-apa makna yang serius. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah individu disebabkan gejala masalah kesihatan yang lain seperti:
1.Masalah Tiroid
Tiroid yang terlalu aktif atau kurang aktif boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang dapat menekan ovulasi anda.
2.Diabetes
Kesan diabetes iaitu paras gula yang terlalu tinggi boleh menganggu tempoh haid.
3.Penyakit Menular Seksual
Masalah seksual dan bahagian intim wanita.
4.Kehamilan
Period yang tidak teratur kadang-kadang boleh jadi anda sudah hamil.
Sentiasa lakukan pemeriksaan kehamilan jika anda fikir tiada masalh kesuburan.
5.Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) – Masalah Kesuburan
PCOS terjadi kepada 5-10% wanita yang mempunyai sindrom ini ketika didiagnosis. Inilah sebabnya mengapa sangat penting untuk melakukan pemeriksaan doktor jika anda mengesyaki kitaran haid tidak teratur
Apakah itu Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)?
Selain daripada haid yang tidak teratur, individu yang mempunyai PCOS, hormonnya tidak seimbang dan selalunya terdapat cyst kecil pada ovari. 
gejala lain PCOS adalah:
Jerawat
Pertumbuhan rambut berlebihan pada muka dan badan
Tekanan darah tinggi
Kemurungan dan kecemasan

Bagaimana Betulkan Tempoh Haid?

Untuk betulkan kitaran dan tempoh haid, perlu stabilkan penghasilan hormon dalam badan. Ini kerana kitaran haid dikawal oleh hormon terutamanya hormon estrogen. Hormon yang dihasilkan dalam badan ada masa turun dan naik disebabkan faktor seperti:

– Tekanan, gaya hidup yang sibuk boleh melepaskan hormon stres, yang boleh mengganggu pengeluaran estrogen dan menyebabkan tempoh haid lambat atau cepat.

– Pemakanan dan pemakanan yang tidak sihat boleh memberi kesan kepada tubuh. Kenaikkan berat badan atau kehilangan berat secara tiba-tiba, serta kekurangan nutrien juga boleh menyebabkan haid yang tidak teratur.

– Ubat dan kontrasepsi; Kaedah pencegahan hormon kehamilan seperti pil atau suntikan boleh menjejaskan kitaran haid anda. Boleh hentikan pengambilan pencegahan ini.

– Menopause, adalah fasa dalam kehidupan anda di mana turun naik hormon yang tinggi adalah normal. 

Olahraga yang berlebihan juga boleh menyebabkan haid yang tidak teratur, ini kerana pelbagai hormon dilepaskan ketika bersukan berlebihan yang akhirnya mengandungi hormon estrogen.Dapatkan nasihat pakar tahap olahraga yang diamalkan.

-Betulkan keadaan hormon anda dengan pengambilan ubat atau suplemen semulajadi seperti GLA complex yang terbukti berkesan untuk perbetulkan kestabilan hormon

GLA Complex











1.Mengawal paras hormon estrogen dan testostron iaitu hormon lelaki dan wanita
2.Membentuk prostaglandin yang membantu atasi simptom PMS seperti kesakitan, mood swing dan sakit payudara.
3.Mengatasi masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
4.Membantu menghadapi simptom menopause seperti tekanan, ketidakhadaman, insomnia dan 
proses penuan.
5.Menggalakkan kesihatan
6.Menyokong sistem imun


                                         
 Dapatkan Pemeriksaan Doktor Untuk Mengesan Masalah Kesihatan Yang Lain, Amalkan Gaya Hidup Dan Diet Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: