Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan

Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan – Ketahui Kesan Seumur Hidup Yang Terpaksa Ditanggung Dengan Pembuangan Tiroid.

Masalah tiroid terdiri daripada Hipertiroid (hormon Tiroid lebih) dan Hipotiroid (hormon Tiroid kurang).  Hormon ini adalah hormon  hormon Thyroxine (T4) dan Triodothyronine(T3) yang dikeluarkan dibahagian kelenjar endokrin pada leher.

Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan - Ketahui Kesan Seumur Hidup Yang Terpaksa Ditanggung Dengan Pembuangan Tiroid.
 

Rawatan Masalah Tiroid

Hipertiroid dan Hipotiroid memerlukan rawatan yang berbeza. Lakukan pemeriksaan tiroid jika anda mengalami simptom diatas. Ujian pemeriksaan boleh dilakukan di mana-mana hospital.

 

Jenis rawatan untuk Hipertiroid:

1.Ubat-ubatan seperti Carbimazole dan Prophythiouracil yang mana ia berfungsi untuk menyekat pengeluaran hormon tiroid berlebihan. Propanolol pula digunakan di permulaan rawatan bagi mengurangkan kadar denyutan jantung.

 

2.Radioaktif Iodine (RAI)yang mana ia berfungsi memusnahkan sel-sel kelenjar tiroid. Risiko utama rawatan ini adalah berkemungkinan banyak sel-sel tiroid terhapus dan menyebabkan kegagalan pengeluaran hormon tiroid yang mencukupi dan hipotiroidisme terjadi.

 

3.Pembedahan membuang sebahagian atau keseluruhan kelenjar tiroid. Risiko bagi rawatan ini adalah seperti kecederaan saraf dan kekurangan pengeluaran hormon tiroid iaitu hipotiroidisme yang mana pil hormon tiroid perlu diambil bagi mengawal keadaan hipotiroidisme.

 

Jenis rawatan untuk Hipotiroid

1.Levothyroxine –Fungsinya bertindak seperti hormon tiroid. Ia mempunyai kesan yang lebih panjang dan potensi yang lebih konsisten. Pesakit yang lebih berusia atau mempunyai penyakit berkaitan jantung lebih sensitif kepada hormon tiroid. Kesan sampingan ringan ubat ini seperti kegelisahan, tubuh bergetar, lemah otot, banyak berpeluh, jantung berdegup laju, penurunan berat badan dan beberapa keadaan lain yang hampir menyamai simptom hipertirodisme.

 

2.Liothyronine-Ubat ini ialah sediaan sintetik bagi hormon T3. Ia mempunyai waktu bertindak yang lebih cepat berbanding levothyroxine. Oleh sebab itu, ia sesuai digunakan untuk kes-kes hipotirodisme yang lebih serius dan memerlukan kesan T3 yang lebih pantas.

 

Apakah Kesan Pengambilan Ubat Carbimazole?

Antara kesan sampingan pengambilan ubat carbimazole yang boleh berlaku ialah sakit tekak, ulser mulut, demam, lebam, jaundis (tapi jarang berlaku), loya, deria rasa terjejas (hilang rasa), sakit kepala, sakit sendi, “rash” alahan pada ubat dan keguguran rambut. Satu kesan sampingan luar biasa ubat ini adalah pengurangan sel darah putih dalam badan yang amat diperlukan untuk mempertahankan badan dari jangkitan kuman.

 

Oleh itu, jika anda mengalami demam dan sakit kerongkong selepas mula mengambil ubat anti tiroid, anda patut menghubungi doktor anda untuk pemeriksaan fizikal dan ujian darah.

 

Kesan Pembedahan Tiroid Kepada Tubuh

Dianggarkan satu daripada setiap 250 pembedahan tiroid berlaku kerosakan kepada saraf laring, saraf yang mengawal suara. Gejala utama termasuklah kesukaran mengeluarkankan suara. Biasanya, perubahan suara bersifat sementara dan akan kembali normal dalam masa beberapa minggu, perubahan kekal jarang berlaku.

 

Gejala yang biasanya muncul pada minggu pertama selepas pembedahan:

  • Kebas dan rasa kesemutan di sekeliling bibir, tangan, dan bahagian bawah kaki
  • Rrasa sakit yang teruk di dalam leher
  • Kekejangan otot
  • Sakit kepala yang teruk
  • Kebimbangan (perasaan)
  • Kemurungan, emosi yang tidak stabil

 

1.Pembuangan Sebahagian

Hanya sebahagian tiroid yang rosak dan dibuang. Kebanyakkan tidak memerlukan ubat/hormon. Ada Sesetengah kes tiroid berulang.

 

2.Pembuangan Penuh

Kesemua tiroid perlu dibuang. Kesannya pesakit terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat untuk mengantikkan hormon.

 

Sebolehnya lakukan rawatan tiroid tanpa pembedahan atau hanya pembedahan separa. Walau bagaiman pun dapatkan nasihat pakar jenis rawatan yang diperlukan.

 

Apakah Kesan Pembuangan Tiroid Kepada Wanita

Hal yang diperkatakan adalah mengenai kehamilan selepas menjalani pembedahan keseluruhan tiroid dan pengambilan ubat Thyroxine. Ini kerana keadaan lain adalah sama dengan pesakit lelaki.

 

Bagi wanita, tahap hormon tiroid yang rendah boleh mengganggu ovulasi dan seterusnya menjejaskan kesuburan atau peluang untuk hamil.  Ada juga kesan lain iaitu masalah haid yang tidak teratur.

 

Selepas pembedahan penuh Thyroidectomy, doktor yang merawat akan terus menggantikan hormon tiroid anda dengan pil hormon tiroid iaitu Levothyroxine  sodium. Peskit  perlu mengambilnya setiap hari untuk seumur hidup. Walaupun begitu, dengan memastikan tahap hormon tiroid adalah di bawah kawalan, kebarangkalian untuk mengandung masih ada.

 

Bagi seseorang wanita hamil yang hypothyroidism (rendah), pemantauan rapi tahap hormon tiroid semasa mengandung juga boleh menggalakkan perkembangan janin yang normal dan mengurangkan risiko keguguran.

 

Penjagaan Pemakanan  Pesakit  Hipotiroid (hormon rendah)?

1.Keperluan kalori 25-30 kcal x berat badan. Harus diingat hypothyrodism menyebabkan kadar metabolisme tubuh menurun. Oleh itu, pengambilan makanan harian perlu dikawal kerana penurunan metabolisme ini akan menyebabkan berlakunya berat badan berlebihan.

 

2.Keperluan protein 1-1.2 gram x berat badan. Sekiranya ada gejala anemia, perlu mengambil makanan tinggi protein serta vitamin B12 atau asid folik.

 

3.Hadkan pengambilan makanan yang boleh menganggu fungsi ubatan goitre iaitu kobis, brokoli, kacang soya, kacang tanah dan bunga kobis.

 

4.Digalakkan mengambil suplemen mineral seperti Zink dan vitamin B-complex yang berfungsi membantu kelenjar tiroid berfungsi dengan baik.

Sumber KKM
Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan

 

Pemakanan yang bernutrisi lengkap ini mampu mengatasi masalah tiroid. Bagaimana untuk memastikan makanan harian anda lengkap? Dapatkan vitamin semulajadi dari Shaklee, yang terbukti berkesan dan 100% selamat. Sebolehnya pilih Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan.


ubat tiroid

 

Ramai yang sembuh dari masalah tiroid dengan vivix. Sangat sesuai untuk kedua-dua jenis tiroid. Hipotiroid dan Hipertiroid.  Ini adalah salah seorang yang mengambil Vivix, Doktor mengsahkan beliau bebas tiroid. Hanya dengan mengamalkan vivix  selama 14 hari bersama rawatn doktor.

Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan

Perlukan vitamin, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *