Tips Pantas Hilangkan Sakit Senggugut

Senggugut adalah sakit berdenyut atau kekejangan kronik di abdomen bahagian perut dan ke bawah. Ada yang sampai ke peha dan kaki. Selain itu ada mereka yang mengalami loya, muntah, sakit kepala, atau cirit-birit. Senggugut ini boleh terjadi sebelum dan semasa haid. Apa Tips Pantas Hilangkan Sakit SenggugutJ om ketahui bagaimana ia terjadi dulu.

Tips Pantas Hilangkan Sakit Senggugut

 

Kenapa Kekejangan Ketika Haid Atau Senggugut Berlaku?

Kajian perubatan juga tidak pasti kenapa sesetengah wanita mengalami haid yang menyakitkan dan yang lain tidak. Tetapi beberapa faktor yang berkaitan dengan kesakitan yang teruk termasuklah mempunyai anak pertama sebelum umur 20 tahun, atau mempunyai lebih hormon prostaglandin, iaitu hormon yang mempengaruhi rahim wanita.
Faktor lain termasuk ketumbuhan dalam rahim, endometriosis (ketumbuhan tisu rahim yang tidak normal), dan penggunaan ubat pencegahan kehamilan.

Langkah Pantas Ubat Senggugut

1.Terdapat banyak ubat ubat moden yang membantu meringankan kesakitan senggugut tetapi perlu diambil berterusan. Antaranya Nonsteroidal anti-radang (NSAIDs) selalu disyorkan oleh doktor untuk mengatasi rasa sakit senggugut. Ubat ini membantu menurunkan pengeluaran prostaglandin seterusnya mengurangkan kesakitan.
2.Memanaskan bahagian perut dan bahagian bawah boleh melegakan kesakitan. Kaedah yang boleh digunakan seperti bertungku, botol air panas atau meletakkan tuala panas dengan suhu 40C.
3.Urut bahagian rahim dengan minyak aromaterapi kira-kira 20 minit dapat membantu mengurangkan kesakitan. Cara urutan untuk senggugut dengan menekan titik-titik tertentu dan bergerak di sekitar perut, sisi, dan belakang.
Kawasan titik ini adalah adalah 4 jari dari pusat anda kebawah. Sebelah tangan menekan secara lembut dan sebelah tangan bergerak disekeliling abdomen hingga ke betis/buku lali.
Penggunaan jenis minyak juga memberi kesan, ini dibuktikan dengan satu kajian iaitu dua kumpulan wanita senggugut menggunakan minyak aroma semulajadi dan satu kumpulan mengambil minyak sintetik. Kumpulan yang menggunakan minyak semulajadi mengalami pengurangan kesakitan yang sangat ketara, dan tiada perubahan kepada kumpulan minyak sintetik. Antara minyak yang dijamin semulajadi baby oil.

Makanan Yang Perlu Dielakkan

Bukan hanya ketika haid, tetapi sepanjang masa untuk mengelakkan keradangan atau kembung iaitu:
1.Makanan berlemak
2.Alkohol
3.Minuman berkarbonat/bergula
4.Kafein
5.Makanan masin

Makanan Yang Membantu Atasi Senggugut

Antaranya air halia, teh pudina dengan tambahan lemon. Untuk rasa manis ambil buah-buahan seperti strawberi atau raspberi. Petua orang tua tua dahulu buah yang berkesan adalah nenas. Boleh mempercepatkan proses haid.
Amalkan juga herba dalam diet, ubat herba ini mengandungi sebatian anti-radang dan antispasmodik yang dipercayai pakar pakar untuk mengurangkan kontraksi otot dan bengkak pada dinding rahim.

1. Kayu manis

Ambil 420 mg kapsul kayu manis dua kali sehari selama tiga hari pertama ketika haid.

2. Halia

Potong sekeping kecil halia dan masukkan ke dalam air panas untuk diminum. Membantu menghilangkan ketegangan otot. Ada kajian mendapati dengan mengambil 250 mg serbuk halia empat kali sehari selama tiga hari membantu hilangkan kekejangan. 

3.Makanan yang tinggi kalsium

produk tenusu
bijan
badam
sayuran hijau berdaun

4.Air

Penting untuk mengekalkan cecair dalam tubuh dan mengelakkan kembung yang menyakitkan semasa haid. Air panas atau suam lebih baik untuk kekejangan, kerana cecair panas meningkatkan aliran darah dan boleh melegakan otot.
Makanan berasaskan air untuk meningkatkan penghidratan tubuh iaitu salad,saderi, timun, tembikai, beri (strawberi, blueberry, raspberi)

5.Zat Boron

Kajian terhadap 113 pelajar mendapati boron juga boleh mengurangkan kekejangan dan kesakitan senggugut.
Makanan dengan kepekatan tinggi boron termasuklah avokado,mentega kacang, kacang peas. Anda juga boleh mengambil suplemen boron, jika diet anda tidak cukup.

Pengambilan Vitamin Untuk Menghilangkan Senggugut

Pengambilan vitamin secara konsistan adalah lebih baik sebagai ganti ubat senggugut moden. Ia membantu untuk mengatasi senggugut sepenuhnya berbanding ubat penahan sakit yang hanya seketika. Ia juga bagus untuk meningkatkan kesihatan wanita. Kesan ubat penahan sakit pula memberi kesan buruk yang lain.
 
1.Ostematrix
Membantu mengurangkan kekejangan otot semasa haid. Lengkap dengan kalsium, magnesium dan boron.
2.Gamma Linolenic Acid,GLA Complex
Menstabilkan hormon wanita, ini kerana wanita senggugut tidak boleh menukarkan asid linolenik kepada GLA.
3.B-complex
Membantu menstabilkan emosi dan tekanan serta membaiki kesihatan rahim
4.Pepper Mint Ginger Plus
Melegakan otot perut, buang angin dan keselesaan dalam perut.

Senaman

Senaman menghasilkan endorfin dalam badan. Sebab itu senaman berkesan untuk mengurangkan kesakitan haid. Bagi sesetengah individu senaman lagi berkesan daripada ubat senggugut (penahan sakit).
Aktiviti yang sederhana seperti berjalan, yoga boleh melepaskan endorfin secara lembut. Kajian penyelidik mendapati tiga jenis yoga yang berbeza iaitu kobra, kucing, dan ikan membantu mengurangkan intensiti dan tempoh kesakitan semasa haid.
Tips Pantas Hilangkan Sakit Sengugut
 
Oleh itu, amalkan gaya hidup sihat iaitu bersenam, jaga pemakanan dan amalkan vitamin yang betul boleh mengatasi senggugut. Inilah Tips Pantas Hilangkan Sakit Sengugut tetapi perlulah konsistan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *