Bagaimana Cara Menghilangkan Bulu, Misai di Wajah Agar Tidak Tumbuh Lagi.

Rambut muka atau misai yang brlebihan pada wanita dikenali sebagai hirsutism dalam bidang perubatan. Keadaan ini pasti tidak selesa kepada individu yang mengalaminya. Jadi bagaimana cara menghilangkan bulu di wajah agar tidak tumbuh lagi.


Punca Perempuan Ada Misai

Banyak faktor yang menyumbang atau menjadi punca perempuan ada misai. Faktor utama adalah bawaan genetik, badan menghasilkan hormon lelaki iaitu endrogen yang tinggi. Kesannya pertumbuhan bulu akan berlaku dikebanyakkan tempat seperti lelaki iaitu muka, tangan dan betis (kaki).
Faktor lain disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, biasanya ia berlaku apabila anda mengambil ubat atau pil pencegahan kehamilan.
Ada juga sesetengah ubat boleh menyebabkan pertumbuhan misai yang berlebihan ubat seperti anti-kejang, steroid anabolik, testosteron, Prednisone, dan Tamoxifen.
Apabila hirsutism berkait rapat dengan kegemukkan, kitaran haid yang tidak menentu, ia menunjukkan kelenjar ovari menghasilkan banyak hormon lelaki, ini menunjukkan anda mungkin menghidapi sindrom ovarium polikistik (PCOS).
Perubahan hormon ketika hamil dan menopaus juga boleh meningkatkan kemungkinan pertumbuhan misai yang berlebihan. Kesan ini boleh dilihat dengan bulu pada ketiak dan ari-ari yang menipis, tetapi di bahagian lain semakin tebal.

Bagaimana Cara Menghilangkan Bulu di wajah Agar Tidak Tumbuh Lagi.

Punca utama masalah ini adalah ketidak seimbangan hormon bagi wanita. Oleh itu, perlu atasi masalah hormon (dalaman) terlebih dahulu, dan juga perlu mengamalkan petua-petua yang boleh membantu hilangkan misai perempuan dengan cepat.

Rawatan Dalaman

-Jika ada mengambil sebarang ubat, perlu berbincang dengan doktor anda, adakah kemungkinan ubat yang diambil menjadi puncanya hormon anda tidak stabil.
-Kekurangan protein yang melekat pada hormon lelaki (androgen)dalam darah. Pengeluaran protein ini dilakukan oleh hati. Pengeluaran protein ini pula dipengaruhi oleh hormon wanita(estrogen).
-Atasi masalah hormon wanita, sekaligus membetulkan kitaran haid, atasi PCOS dan membantu dalam mengharungi menopause.Untuk stabilkan hormon, wanita sangat-sangat memerlukan GLA (Gamma Linolenic Acid). Amalkan GLA complex dan alfafa dengan konsistan boleh menstabilkan hormon wanita.

Petua Untuk Hilangkan Misai

Proses membuang bulu, amalkan antara petua-petua ini:
1.Kunyit dan Betik
Campurkan 2-3cm kunyit yang ditumbuk bersama sepotong betik yang dilenyek.  Serbuk kunyit lebih mudah tapi kebaikkan kurang dibandingkan dengan kunyit segar. Gaul sebati sehingga menjadi pes, lalu sapukan terus ke bahagian atas bibir yang berbulu itu. Biarkan kering, bilas dengan air bersih.
2.Tepung Jagung
Bancuh tepung jagung bersama susu atau yogurt. Jika mahu, anda boleh tambahkan kunyit. Sapu bancuhan di kawasan atas bibir atau kawasan bermisai. Biarkan kering. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering. Bilas dengan air hingga bersih.
3.Gula + Lemon
Campuran ini mampu untuk menghaluskan kulit dengan pengelupasan. Juga menangalkan rambut-rambut halus pada wajah. Bahkan cara ini dapat  mencerahkan kulit. Gula perlu dipanaskan hingga sedikit pekat dan tambahkan lemon ketika air gula masih panas. Biarkan hingga sejuk atau suam sebelum disapu di kawasan bermisai. Biarkan beberapa ketika,urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat menarik bulu-bulu halus itu keluar dari akarnya.
4.Putih Telur
Cara paling ringkas. Hanya sapukan putih telur. Atau boleh dicampurkan dengan tepung jagung. Sapukan pes tersebut di kawasan bermisai. Biarkan ia betul-betul kering sebelum menariknya.
5.Skrub Madu & Alfafa
Kesannya untuk mengelupaskan dan menghakis sel kulit mati yang tersisa pada permukaan kulit. Sedikit sebanyak ia juga dapat bantu menghilangkan bulu-bulu halus dan menghaluskan kulit wajah.
Caranya lembutkan alfafa dengan air, tambahkan madu dan sapukan campuran di seluruh wajah anda. Dengan lembut, skrub keseluruhan wajah dengan gerakan membulat terutamanya di tempat yang berbulu. Biarka seketika dan bilas dengan air suam. 

Anda boleh melakukan mana-mana petua ini untuk menghilangkan misai, tetapi kemungkinan akan tumbuh kembali, Oleh sebab itu cara menghilangkan bulu di wajah agar tidak tumbuh lagi perlulah melakukan kedua-duanya iaitu rawatan dalaman dan secara luaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *