Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Bagaimana Permakanan Yang Sihat Seimbang Untuk Kanak Kanak

Permakanan yang sihat seimbang untuk kanak kanak dan lengkap sangat penting untuk mereka membesar dan belajar dengan baik. Di samping itu, ia juga membantu mencegah obesiti dan penyakit berkaitan dengan berat badan,  masalah sistem imun badan iaitu mudah selsema dan demam.

Sebaiknya ibu menambah ilmu tentang nutrisi untuk menyediakan hidangan anak-anak.  Sesetengah nutrien bertambah keperluannya mengikut umur anak, misalnya kalsium dan zat besi. Di bawah adalah panduan yang boleh membantu ibu-ibu dalam memberikan zat makanan sempurna kepada anak-anak.
 
 – sediakan 5 hidangan buah dan sayuran setiap hari iaitu awal pagi, breakfast, tengah hari, petang dan malam. 
 – pilihlah sumber protein yang sihat, misalnya dari daging tanpa lemak, kekacang dan telur.
 – hidangkan bijirin penuh kerana ia mengandungi kadar serat yang tinggi.
 – rebus, bakar atau steam makanan, kurangkan menggoreng.
 – hadkan atau lebih baik elakkan makanan segera dan makanan rapu 
 – berikan anak-anak air atau susu dan kurangkan pengambilan minuman buah-buahan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.
 

Perkara Yang Mesti Ibu Elakkan 

Jangan paksa kanak-kanak yang kecil untuk makan semua hidangan mereka. Mereka mudah bosan dengan rasa yang sama, itulah sebabnya mereka sering makan separuh daripada hidangan utama mereka, pelbagai kan rasa dalam setiap hidangan. 

Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran. Ia boleh menyebabkan keinginan anak bertambah. Risiko obesiti semakin tinggi jika tidak ditanggani.

Perkara Yang Boleh Membantu Ibu Dalam Permakanan Yang Sihat Seimbang. 

Libatkan anak-anak ketika proses penyediaan. Kanak-kanak yang masih kecil khususnya lebih cenderung untuk makan sesuatu yang mereka buat sendiri. Ajar mereka membantu anda memasak makanan yang sihat seperti kekacang, burger buatan sendiri, mufin buah, smoothie dan sandwic. Galakkan mereka makan bersama keluarga.
Latih anak-anak makan secara teratur, terutamanya sarapan pagi. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan sarapan membantu lebih kurus dan bertenaga sepanjang hari.
Jika berat badan anak anda obes, elakkan dari menyatakan saiz tubuh mereka sebagai ‘masalah’. Untuk membantu anak mengurangkan berat badan cuma amalkan pemakanan yang baik, elak menggunakan perkataan ‘diet’, jangan timbang berat anak anda dengan kerap. Tetapi hanya melakukan aktiviti yang boleh membantu dan menjaga diet mereka. Jika anda makan dengan bijak dan bersenam, anak anda akan lebih cenderung melakukan perkara yang sama. Bercakap dengan anak anda mengenai manfaat makan dengan baik dan menjaga tubuh mereka.

Jelaskan kepada mereka kepentingan dalam menjaga diet. Misalnya, untuk gadis remaja jelaskan bahawa diet yang sihat akan memberi mereka kulit yang berseri, rambut berkilat dan kuku yang kuat. Mereka lebih banyak tenaga untuk bersukan dengan rakan-rakan mereka dan membantu menumpukan perhatian supaya mereka dapat melakukan yang terbaik dalam pelajaran mereka di sekolah. 

Untuk kanak-kanak lelaki, ceritakan jika makan dengan baik akan membantu untuk membina otot-otot badan, kulit yang lebih sihat dan membantu mereka melakukan aktiviti dengan baik dalam sukan kegemaran mereka.  
Galakkan seluruh keluarga untuk lebih aktif dan rancang banyak aktiviti yang menyeronokkan,  Bagi individu yang aktif mereka lebih cenderung untuk mengamalkan diet yang sihat dan teratur.
Faedahnya juga, aktiviti ini adalah peluang untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Sebagai contoh, ibu dan anak perempuan boleh pergi ke kelas aerobik bersama-sama, manakala bapa dan anak lelaki melakukan permainan badminton, jogging bersama.
Lihatlah semula apa yang dimakan oleh seluruh keluarga. Kanak-kanak jarang mempunyai tabiat makan yang buruk dengan sendirinya. Mereka terpengaruh dengan ahli keluarga. Oleh itu ibu mesti la ubah diet keluarga yang sihat dan seimbang untuk semua orang dengan:
– Mengurangkan gula, kek, biskut dan minuman ringan
– Elakkan makanan berlemak seperti kerepek, burger dan makanan goreng
– Makan dengan kerap, terutamanya sarapan pagi
– Mengurangkan makanan berkanji dan pelbagaikan menu keseluruhan.
– Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran

Bekalkan kepada mereka makanan tambahan yang dijamin selamat dan baik untuk sihat menyeluruh.  Ini sangat penting bagi  ibu-ibu yang sibuk dengan urusan harian mereka. Cara mudah lengkapkan nutrisi anak dengan mealshakes dan Vita-lea kids, tapi ini tidak bermakna ibu  boleh mengabaikan pemakanan anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: