Berkesankah Hilangkan Resdung Secara Semulajadi

Infeksi resdung biasanya bermula dengan gejala awal selsema (hidung berair, batuk sesekali atau demam ringan), dan kemudian menjadi sakit dan tekanan pada rongga sinus. Bagaimana mengawal atau  hilangkan resdung secara semulajadi.

punca resdung

Antara 7 hingga 10 hari selepas gejala-gejala awal anda mungkin mengalami jangkitan pada sinus yang menyebabkan:
Perubahan warna kulit di bahagian hidung yang mungkin mempunyai bau.
– Nafas berbau.
– Bengkak di sekeliling mata.
– Sakit kepala.
– Sakit gigi
– Tekanan dalam sinus, batuk.
– Ketidakselesaan dalam hidung.
– Bengkak muka.
– Kesakitan muka.
– Pelepasan cecair dari hidung setiap masa.
Jangkitan sinus biasanya didiagnosis berdasarkan sejarah pesakit dan pemeriksaan fizikal. Bakteria resdung/sinusitis biasanya dirawat dengan antibiotik. Rawatan awal alahan boleh mencegah jangkitan sinus bakteria sekunder.
Jangkitan kulat/bakteria (contohnya, zygomycosis) pada sinus boleh berlaku, komplikasi jangkitan sinus yang mungkin timbul adalah meningitis, abses otak, osteomielitis, dan selulitis. Tiada vaksin kulat untuk mencegah jangkitan sinus.
Walaupun komplikasi serius jarang berlaku, tetapi ada kemungkinan jangkitan sinus langsung ke otak melalui dinding sinus yang mengancam nyawa (misalnya, meningitis atau abses otak). Selain itu, struktur lain yang berdekatan boleh dijangkiti kuman seperti osteomielitis tulang di tengkorak dan jangkitan di sekitar mata (selulitis).
Jarang sekali jangkitan ini (terutamanya organisma bakteria dan kulat) boleh menyebabkan kematian. Individu yang mudah dijangkiti dan mendapat komplikasi selalunya pesakit yang ada sistem imun rendah, hidap diabetes.

Petua Hilangkan Resdung Secara Semulajadi

Jika resdung anda belum terlalu parah, anda boleh cuba kaedah rawatan resdung secara semulajadi yang cukup berkesan untuk menangani penyakit ini. Namun bila resdung yang dialami sudah parah, maka disaranakan agar menjumpai dan berkeluh pada doktor pakar telinga, hidung, dan tekak .
Doktor akan menggunakan CT scan untuk mencari punca utama dari resdung yang terjadi. Merawat dengan ubat resdung mungkin tidak begitu perlu sebab sekitar 60% penghidap resdung yang menderita akibat virus akan hilang dengan sendirinya. Waktu yang diperlukan agar resdung pulih sepenuhnya ialah memakan tempoh dua hingga tiga minggu. 
1. Minum Air Kosong
Minum banyak air mineral yang penting untuk mendorong lendir resdung dikeluarkan. Elakkan minum alkohol, kafein dan minuman manis. Kandungan minuman ini boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.
2. Jauhkan Diri Dari Asap Rokok
Kesan asap rokok boleh memburukkan lagi resdung atau keradangan sinusitis. Jika anda merokok perlulah berhenti dari merokok.
3. Sedut Wap Air Panas
Wap panas yang masuk kedalam hidung membantu untuk mencairkan lendir dan mudah untuk dikeluarkan. Wap panas ini boleh ditambah dengan sedikit garam.
Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat sembari rileks.
Untuk pastikan wap tidak bebas meruap kearah lain, selubungkan kepala dengan tuala dan bekas wap air panas(terbuka hanya bahagian depan). Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.
4. Lembapkan Wajah Dengan Air Suam
Basahkan tuala dengan air suam dan letakkan pada pipi kiri kanan. Sekali sekala tekupkan keseluruhan muka. Cara ini juga dapat menggalakkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung dikeluarkan melalui hidung.
5. Lidah Buaya
Lidah buaya juga berkesan untuk mengatasi resdung sebabnya ia bersifat antiseptik. Cara penggunaannya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk lebih berkesan, minum air rebusan lidah buaya secara konsisten segelas sehari.
6. Basuh Muka Dengan Limau Nipis dan Daun Pandan
Ambil 8 biji buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau dan buang bijinya. Campurkan air perahan limau dengan daun pandan. Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapis untuk dapatkan air saja.
Basuh atau cuci muka terlebih dahulu. Kenakan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering dan ulang. Lakukan setiap 3 jam  sehingan air tadi habis untuk hasil yang lebih baik. Selepas berakhir, cuci wajah  dengan air biasa atau air suam.
7. Kunyit
Kunyit bersifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila dijadikan minuman hangat ia dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus.
8. Cuka Epal dan Madu
Ambil tiga sudu makan cuka epal, campurkan dengan secawan air panas. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari untuk kurangkan keradangan sinus. Juga bagus untuk hilangkan batuk.

Kesemua ini boleh diamalkan serentak tetapi jarakkan masa pengambilannya adalah lebih baik. Mana petua yang lebih  berkesan bergantung kepada individu. 

Amalkan pemakanan yang sihat lengkap dan elakkan makanan yang boleh memburukkan keradangan resdung seperti seafood, jeruk, asap rokok disertakan dengan petua hilangkan resdung secara semulajadi ini sangat membantu anda untuk lenyapkan terus masalah resdung.
Pemakanan yang sihat lengkap untuk atasi resdung boleh diperolehi dengan mkanan tambahan atau vitamin untuk resdung:
Ubat resdung terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *