Kesan Batu Hempedu Boleh Membawa Maut – Ketahui Gejala dan Tanda-tandanya

Pundi hempedu adalah organ yang terletak di bawah hati. Ia berfungsi sebagai tempat untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu diperlukan untuk membantu dalam proses pencernaan lemak.

Ketika makanan sedang dicerna dalam bahagian atas usus kecil (duodenum), hormon yang dipanggil Cholecystokinin dilepaskan bagi merangsang pembebasan hempedu. Teruamanya apabila kita makan makanan tinggi lemak, tinggi kolesterol, pundi hempedu menyuntik hempedu ke usus kecil melalui tiub kecil yang dikenali sebagai saluran hempedu.
Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu dalam hempedu.

Bagaimana Terbentuknya Batu Dalam Hempedu

Batu dalam hempedu melibatkan 3 organ iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Punca utama terjadinya batu karang ini adalah pengambilan makanan berlemak/berkolestrol.
Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk, warna dan ketekalan. Saiz batu karang hempedu bermula dari sebutir pasir dan boleh membesar sehingga sebesar bola golf.
Pepejal ini terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak.

Terdapat dua jenis Batu Dalam hempedu:

1.Batu kolesterol  
Batu kolesterol membentuk majoriti semua batu karang. Mereka terbentuk apabila terlalu banyak kolesterol dalam hempedu.
2.Batu pigmen
Batu pigmen terbentuk apabila terdapat bilirubin yang berlebihan dalam hempedu.

Faktor Pembentukkan Batu karang Hempedu

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:
1.Jantina. 
Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Punca hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2.Berat badan. 
Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3.Diet. 
Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4.Umur. 
Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5.Diabetes. 
Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6.Ubat kolesterol. 
Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
7.Anemia hemolitik.
Sel darah merah dimusnahkan kerana masalah tertentu. Heme, komponen sel darah merah yang dimetabolismekan ke bilirubin.

Komplikasi Batu Karang Hempedu

Jika banyak atau besar, batu karang ini boleh menyebabkan kesakitan apabila pundi hempedu bertindak balas terhadap makanan berlemak. Kesakitan juga akan terasa apabila ia bergerak keluar dari pundi hempedu dan menyekat saluran hempedu.
Penyumbatan mana-mana saluran yang menyambungkan pundi hempedu, hati, atau pankreas dengan usus boleh menyebabkan komplikasi serius berlaku. Saluran yang tersumbat menyebabkan enzim hempedu terperangkap dalam saluran.

Kesan batu hempedu keradangan, rasa sakit, jangkitan, dan kerosakan organ yang teruk. Sekiranya tidak dirawat dari awal,  keadaan ini boleh menyebabkan kematian.

Tanda dan Gejala

Tanda seseorang menghidapi batu karang hempedu adalah berbeza-beza bergantung keadaan batu tersebut. Samada aliran hempedu terhalang atau hanya membesar didalam pundi.
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan. Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut gallstone colic. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Batu karang hempedu juga boleh menghalang aliran enzim pankreas, kesannya menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

 Pemeriksaan Dan Rawatan

Jika individu mengalami gejala yang disebutkan di atas, penyakit ini disahkan dengan menggunakan kaedah berikut:
1.Ujian darah.
Penyiasatan ini penting untuk menentukan status penyakit. Penyiasatan darah tertentu seperti bilangan sel, ujian fungsi hati dan serum amilase penting untuk mengesahkan jangkitan, halangan dan pankreatitis.
2.X-Ray Perut. 
Sepuluh peratus batu hempedu adalah radiolegap, iaitu boleh dilihat di sinaran x. Ditemui secara kebetulan semasa menjalankan ujian untuk tujuan lain. Sinaran x bukan alat utama untuk mendiagnosa penyakit ini.
3.Ultrabunyi. 
Merupakan teknik pengimejan yang mudah, cepat dan tidak berbahaya yang biasa digunakan untuk mendiagnosis penyakit batu karang hempedu. Ia juga boleh menentukan jika terdapat halangan pada aliran hempedu. Walau bagaimanapun, batu karang hempedu sukar dikesan terutamanya jika saluran diseliputi oleh udara dalam usus.
4.Imbasan tomografi berkomputer atau CT scan. 
Merupakan satu teknik pengimejan yang tidak berbahaya menggunakan sinaran x untuk menghasilkan keratan rentas imej badan. CT scan membantu mengesahkan keputusan ultrabunyi terutama dalam menilai duktus hempedu sesama yang terhalang.
  
Sumber: myhealth.gov
Rawatan batu batu dalam hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu.
Pesakit dengan batu karang hempedu simptomatik perlu dimasukkan ke wad, ubat pencegah kejang dan antibiotik sekiranya terdapat tanda jangkitan. Apabila gejala semakin reda, pesakit dinasihatkan untuk menjalani cholecystectom iaitu prosedur membuang pundi hempeduBagi mereka yang menjalani proses pembedahan ini pastikan anda betul-betul faham dan ikut nasihat dari mereka yang pakar.

Bagaimana Shaklee Membantu Mengatasi Masalah Batu Dalam Hempedu

Pembentukkan batu batu ini bermula dari hati, pundi hempedu dan pankreas. Jadi untuk hati yang sihat, amalkan DTX complex yang menjaga kesihatan dan regenerasi sel hati.
Ia juga berpunca daripada kolestrol, jadi atasi masalah kolestrol dengan Omega Guard untuk membekalkan lemak baik (LDL), manakala HDL dari pemakanan boleh dibuang dengan Alfafa, Lecithin dan Phytocol.
Keradangan hempedu pula memerlukan Garlic untuk membekalkan antibiotik semulajadi untuk melawan jangkitan kuman dan keradangan.
Vivix  membantu untuk sihat menyeluruh, mengawal kolestrol dan bersifat antioksidan yang tinggi untuk kebaikkan organ. Polifenol yang terkandung dalam vivix mampu menyihatkan sel sel yang luka/rosak dalam hempedu akibat tekanan batu batu tersebut atau kesan selepas pembedahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *