Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Rawat Lazy Eye Sebelum Terlambat – Risiko Rabun Teruk atau Buta

Lazy eye atau bahasa perubatanya ialah Amblyopia. Keadaan ini menyebabkan daya penglihatan seseorang berkurang (hanya sebelah mata) disebabkan oleh perkembangan visual yang tidak normal dari awal kelahiran. Mata yang lemah (malas) sering melilau ke dalam atau ke luar, bahasa mudahnya tidak fokus.  Jadi ibu bapa perlu ambil perhatian dan tahu cara merawat lazy eye agar penglihatan anak boleh kembali normal.


Amblyopia biasanya bermula dari lahir hingga umur 7 tahun. Punca utama adalah keturunan, iaitu mempunyai sejarah keluarga yang menghadapinya. Visual bagi sesorang yang ada lazy eye ini bergantung kepada pada mata yang normal, keadaan yang berterusan boleh menyebabkan mata yang lemah tidak berfungsi dan mata yang normal akan terbeban dua kali ganda. Jarang kes yang menjejaskan kedua-dua mata.

Punca Lazy Eye

Amblyopia biasanya bermula apabila satu mata mempunyai fokus yang lebih baik daripada lagi sebelah. Apabila otak anak anda mendapat imej yang kabur dan yang jelas, ia mula mengabaikan objek yang kabur.
Jika ini berlarutan selama berbulan-bulan atau bertahun pada anak kecil, penglihatan sebelah mata kabur akan menjadi lebih teruk. Pergerakkan anak mata kanak-kanak ini tidak bersama seperti yang sepatutnya iaitu sebelah masuk dan sebelah boleh keluar.
Keadaan ini dipanggil strabismus, dan ia juga boleh membawa kepada amblyopia. Kanak-kanak tidak boleh memusatkan mata mereka pada objek dihadapan mereka, jadi mereka sering melihat dua kali ganda.
Otak kanak-kanak akan mengabaikan imej dari mata yang tidak diselaraskan. Visual mata itu akan menjadi lebih teruk.

Mengenal Tanda-tanda Lazy Eye

Masalah penglihatan pada anak kecil boleh dikenal pasti dengan memerhati pergerakan, pandangan atau pergerakkan bebola mata.

Bagi anak-anak yang bermasalah dengan penglihatan, pergerakkan mereka juga terbatas. Contoh ketika bermain bola bersama-sama, ada sesetengah kanak-kanak yang menghadapi lazy eyes pergerakkan mereka terbatas, mereka akan teragak-agak untuk menangkap bola yang datang dari jauh.

Perhatikan bebola mata anak kita, ada yang kelihatan juling kedalam, ada yang melihat dari sisi dan ada yang seperti mejerling (keatas). Keadaan anak mata mereka adalah pandangan kasar yang boleh dikenal pasti. Jika ada tanda-tanda lakukan pemeriksaan doktor.

Tanda dan Simptom Lazy Eye Termasuk:

1.Mata melilau ke dalam atau ke luar.
2.Mata kelihatan tidak berfungsi bersama-sama kedua belah.
3Memandang dengan Sengetkan kepala.
4.Keputusan ujian pemeriksaan penglihatan tidak normal.

Bagaimana Merawat?

Diagnosis dan rawatan awal dapat membantu mencegah masalah penglihatan jangka panjang anak anda. Cara merawat lazy eye atau Amblyopia ini biasanya diperbetulkan dengan kaca mata, atau patch (tutup) mata yang normal untuk melatih mata yang lemah melihat dan menfokuskan objek yang dipandang.
Kaedah ini memaksa otak anak anda untuk mula menggunakan mata yang lemah. Pertama, doktor akan membetulkan apa-apa masalah pada mata yang lemah. Ada juga kanak-kanak dengan amblyopia memerlukan kaca mata untuk membantu mereka untuk fokuskan pandangan.
Sekiranya katarak menghalang cahaya dari matanya, doktor boleh mengesyorkan pembedahan untuk mengeluarkan katarak terlebih dahulu dan diikuti dengan pemakaian kaca mata,patch (tutup mata yang normal).
Pada mulanya, anak akan mengalami kesukaran melihat dengan hanya mata yang lemah. Tetapi pandangan/visual mereka akan menjadi lebih baik, tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk kembali normal. Ikut arahan doktor  dan patuh pemeriksaan berjadual supaya doktor dapat melihat perkembangan rawatan tersebut.
Apabila penglihatannya kembali normal, tidak lagi perlu memakai patch sepanjang masa. Tetapi ada juga kanak-kanak selepas kembali menggunakan kedua-dua mata (tanpa patch) Amblyopia mereka kembali. Jika itu berlaku, mereka terpaksa teruskan memakai patch semula.

Tindakan ini perlu seawalnya. Ini kerana sistem saraf kanak-kanak terus berkembang di sepanjang tempoh bayi membesar dan juling ini hanya boleh diperbetulkan semasa tempoh yang sensitif. Tanpa membuat apa-apa dan hanya menunggu sehingga kanak-kanak remaja /dewasa untuk mendapatkan rawatan akan menyebabkan masalah ini menjadi kekal dan tidak boleh dipulihkan semula.

Pencegahan Lazy Eye

Tiada kajian spesifik bagi mengatasi masalah ini. Walau bagaimana pun, pengambilan omega-3 oleh ibu ketika hamil boleh membantu perkembangan retina bayi dan kurangkan risiko masalah ini. 

omega 3 terbaik untuk kandungan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: