2 Langkah Penting – Cara Menghilangkan Misai Secara Kekal

Wanita pasti semuanya inginkan wajah yang cantik mulus. Sebagai perempuan, walau pun wajah yang ayu pasti hilang serinya dengan misai yang jelas kelihatan. Juga pasti tidak selesa bagi yang mengalaminya. Jadi bagaimana cara menghilangkan misai secara kekal dengan cepat?


Punca Perempuan Bermisai

Misai yang berlebihan pada wanita dikenali sebagai hirsutism dalam bidang perubatan. Jom kenal pasti dahulu punca tumbuhnya misai pada perempuan.
Banyak faktor yang menyumbang atau menjadi punca perempuan ada misai. Faktor utama adalah genetik, badan menghasilkan hormon lelaki iaitu endrogen yang tinggi. Kesannya pertumbuhan bulu akan berlaku dikebanyakkan tempat seperti lelaki iaitu muka, tangan dan betis (kaki).
Faktor lain disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, biasanya ia berlaku apabila wanita mengambil ubat atau pil pencegahan kehamilan.
Ada juga sesetengah ubat boleh menyebabkan pertumbuhan misai yang berlebihan ubat seperti anti-kejang, steroid anabolik, testosteron, Prednisone, dan Tamoxifen.
Apabila hirsutism yang berpunca dari kegemukkan, kitaran haid yang tidak menentu, ia menunjukkan kelenjar ovari menghasilkan banyak hormon lelaki, keadaan ini selalunya anda menghidapi sindrom ovarium polikistik (PCOS-masalah kesuburan).
Perubahan hormon ketika hamil dan menopaus juga boleh meningkatkan kemungkinan pertumbuhan misai yang berlebihan. Kesan ini boleh dilihat dengan bulu pada ketiak dan ari-ari yang menipis, tetapi di bahagian lain semakin tebal.

Cara Menghilangkan Misai Secara Kekal

Langkah pertama yang MizzNorra sarankan adalah dapatkan pemeriksaan atau nasihat doktor untuk mengenal pasti puncanya. Sebaik puncanya dikenal pasti, dapatkan rawatan dan amalkan petua untuk proses pembuangan bulu secara luaran.
Walau pun secara kasarnya kita tahu, punca utama pertumbuhan misai adalah ketidak seimbangan hormon bagi wanita. Tetapi penting untuk kita kenal pasti sebaiknya agar boleh menghilangkan misai perempuan secara kekal dengan cepat dan berkesan.

1-Rawatan Dalaman

Rawatan dalaman adalah yang paling penting untuk menghilangkan misai secara kekal. Cegah misai tumbuh dari dalam  iaitu:

-Jika ada mengambil sebarang ubat, perlu berbincang dengan doktor , adakah kemungkinan ubat yang diambil menjadi puncanya hormon anda tidak stabil. Jika betul ubat penyebabnya, cari alternatif lain yang boleh membantu sebagai ganti ubat tersebut.
-Amalkan gaya hidup sihat seperti jaga pemakanan dan bersenam untuk kebalikan fungsi tubuh yang normal.
-Atasi masalah hormon wanita, sekaligus membetulkan kitaran haid, atasi PCOS dan membantu dalam mengharungi menopause.Untuk stabilkan hormon, wanita sangat-sangat memerlukan GLA (Gamma Linolenic Acid). Amalkan GLA complex dan alfafa dengan konsistan boleh menstabilkan hormon wanita.

cara menghilangkan misai secara kekal

2-Petua Untuk Hilangkan Misai

Proses membuang bulu, amalkan antara petua-petua ini:
1.Kunyit dan Betik
Campurkan 2-3cm kunyit yang ditumbuk bersama sepotong betik yang dilenyek.  Serbuk kunyit lebih mudah tapi kebaikkan kurang dibandingkan dengan kunyit segar. Gaul sebati sehingga menjadi pes, lalu sapukan terus ke bahagian atas bibir yang berbulu itu. Biarkan kering, bilas dengan air bersih.
2.Tepung Jagung
Bancuh tepung jagung bersama susu atau yogurt. Jika mahu, anda boleh tambahkan kunyit. Sapu bancuhan di kawasan atas bibir atau kawasan bermisai. Biarkan kering. Setelah itu, kopek dan tarik sisa tepung yang telah kering. Bilas dengan air hingga bersih.
3.Gula + Lemon
Campuran ini mampu untuk menghaluskan kulit dengan pengelupasan. Juga menangalkan rambut-rambut halus pada wajah. Bahkan cara ini dapat  mencerahkan kulit. Gula perlu dipanaskan hingga sedikit pekat dan tambahkan lemon ketika air gula masih panas. Biarkan hingga sejuk atau suam sebelum disapu di kawasan bermisai. Biarkan beberapa ketika,urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat menarik bulu-bulu halus itu keluar dari akarnya.
4.Putih Telur
Cara paling ringkas. Hanya sapukan putih telur. Atau boleh dicampurkan dengan tepung jagung. Sapukan pes tersebut di kawasan bermisai. Biarkan ia betul-betul kering sebelum menariknya.
5.Skrub Madu & Alfafa
Kesannya untuk mengelupaskan dan menghakis sel kulit mati yang tersisa pada permukaan kulit. Sedikit sebanyak ia juga dapat bantu menghilangkan bulu-bulu halus dan menghaluskan kulit wajah.
Caranya lembutkan alfafa dengan air, tambahkan madu dan sapukan campuran di seluruh wajah anda. Dengan lembut, skrub keseluruhan wajah dengan gerakan membulat terutamanya di tempat yang berbulu, urut kawasan tersebut dengan gerakan membulat menarik bulu-bulu halus itu keluar dari akarnyaBiarka seketika dan bilas dengan air suam.

Ingat!! Cara Hilangkan Misai Perempuan Dengan Cepat PERLU 2 Tindakan Ini Serentak

 Rawatan dalaman dan amalkan petua hilangkan misai. Maksudnya stabilkan hormon korang. Konsistan dengan GLA complex dan Alfafa. Bagi yang menghadapi masalah PCOS sangat disarankan mengambil Vivix yang bertindak secara menyeluruh membaiki sistem tubuh untuk kebali nomal. Langkah membuang misai pula ikut petua-petua diatas.
Semoga cara menghilangkan misai secara kekal ini berkesan untuk korang yang tercari-cari jalannya.

Untuk konsultan atau sebarang pertanyaan, hubungi MizzNorra >>>> whatsapp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *