Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Cara Hilangkan Bintik Hitam Dengan Berkesan

Bintik hitam (blackhead/whitehead) adalah kategori jerawat yang terbentuk apabila sel-sel kulit mati, minyak, dan bakteria terperangkap dalam liang roma. Bintik hitam boleh diatasi dengan gaya hidup dan rawatan kulit yang betul.

 

Liang Roma Atau Pori Tersumbat Adalah Punca Utama Bintik Hitam

Antara punca liang roma/pori tersumbat adalah perubahan hormon, sama seperti timbulnya jerawat yang biasa.Pengeluaran minyak/sebum berlebihan juga menyebabkan pori tersumbat dan akhirnya terbentuk whiteheads dan menyebabkan blackheads.

 

Faktor Tebentuknya Whitehead/Blackhead ini termasuk:

  • Akil baligh
  • Haid
    Genetik
  • Kehamilan
  • Menopaus
  • Mengambil pil pencegah kehamilan.

 

Cara Hilangkan Bintik Hitam Dengan Berkesan

 

Semua keadaan ini mempengaruhi perubahan hormon seseorang dan menjadi faktor kepada masalah jerawat dan blakheads/whiteheads

 

Ada kajian mendapati faktor genetik juga memainkan peranan. Jika seseorang dalam keluarga korang menghadapi masalah whiteheads, korang juga mempunyai risiko yang tinggi.

 

Stress atau emosi tidak stabil boleh memburukkan masalah jerawat korang. Kekerapan mencuci atau menggunakan produk yang tidak sesuai juga ada kemungkinan komplikasi pada whiteheads.

 

Teknik memicit whiteheads boleh menjejaskan kesihatan kulit. Jika selalu dilakukan, ia boleh dijangkiti. Dalam kes yang teruk, whiteheads yang teriritasi boleh menyebabkan parut jerawat atau bintik hitam pada kulit anda. Kes serius mungkin memerlukan pembedahan untuk merawat.


Cara Hilangkan Bintik Hitam Dengan Berkesan

 

 

Di Manakah Whiteheads Muncul

Whitehead boleh terbentuk di mana saja di badan kita. Hidung, dagu, dan dahi.  Selalu bahagian kerap terjadi yangdikenali sebagai zon -T.

 

 

Cara Hilangkan Bintik Hitam Dengan Berkesan

 

Bagaimana Hilangkan Bintik Hitam Di Hidung Dengan Berkesan

Whiteheads dan blackheads dianggap jerawat ringan. Tetapi lebih mudah untuk dirawat. Banyak produk dipasaran yang boleh untuk menghilangkan whitehead tetapi yang merawat liang roma/pori dengan berkesan agak sukar diperolehi.

 

Produk yang mengandungi benzoyl peroksida dapat membantu mengurangkan pengeluaran minyak dalam liang roma. Produk yang mengandungi asid salisilik secara langsung memecahkan whiteheads yang sedia ada.

 

Ada ubat yang disyorkan doktor untuk atasi masalah jerawat dan whitehead. Ini termasuk:

  • Spironolactone
  • Isotretinoin
  • Terapi laser
  • Suntikan steroid

 

Namun sebolehnya elakkan diri korang dari mengambil ubatan dan rawatan yang ekstrem seperti ini, ia sebenarnya tidak bagus untuk kesan jangka masa panjang.

 

Satu kisah MizzNorra nak kongsikan, ada kenalan yang lakukan rawatan laser untuk jeragat, tetapi kulit beliau rosak seolah-olah terbakar selepas rawatan. Manakala ubat yang mengandungi steroid boleh menggangu fungsi tubuh yang lain. Jadi cuba elak sepenuhnya.

 

Amalkan Rawatan Secara Semulajadi

1.Putih telur

Sapukan putih telur sahaja pada kapas, tekapkan pada hidung atau kawasan yang bermasalah. Biarkan kering dan tarik dengan pantas. Basuh bersih dengan air suam

 

2.Soda Bikarbonat

Ambil satu sudu besar soda, bacuhkan dengan air sehingga sedikit likat. Sapu pada kawasan whitehead. Biarkan kering dalam 10minit dan bilas dengan air suam.

 

Kedua-dua tips ini berkesan untuk hilangkan bintik hitam di hidung dengan berkesan tetapi tidak dijamin sepenuhnya untuk mengecilkan pori. Maksudnya korang perlu amalkan selalu, tips ini hanya untuk bersihkan bahagian luaran.  Faktor dalaman memerlukan skincare khas dan nutrisi tertentu seperti kolagen.

 

Tips Penggunaan Skincare

Pilih losyen atau pelembab tanpa minyak untuk menghadkan jumlah minyak yang diserap ke kulit. Sekiranyakorang bersolek, pastikan pemilihan produk yang semulajadi dan sesuai dengan kulit korang.

 

Elakkan produk yang bertindak seperti pengelupasan kulit, keadaan kulit akan lebih berminyak dan pori semakin tersumbat.

 

Tips Penjagaan Kulit Untuk Mencegah Blackheads & Whiteheads

Basuh muka sebelum tidur dengan pencuci muka. Jika selepas bersenam  gunakan air suam untuk membersih. Elakkan lulur/scrub yang kasar, yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Penggunaan scrub 2-3 kali seminggu sahaja. Ia membantu untuk menyingkirkan kulit mati yang boleh menyumbat liang-liang roma, pengelupasan terlalu kerap boleh menyebabkan masalah kerengsaan dan masalah jerawat. Pakai losyen (SPF) khas untuk wajah.

 

Semua losyen pelindung matahari boleh menyumbat liang pori. Sebab itu muka perlu dicuci 2-3 kali sehari. Walau bagaimanapun mencuci muka terlalu kerap boleh merengsakan kulit dan memburukkan jerawat dan bintik hitam yang sedia ada. Makanan berminyak tidak menyebabkan jerawat, tetapi jika anda memasak dengan minyak, minyak goreng boleh melekat pada kulit  dan menyumbat liang pori.

 

Jika korang tidak bertudung, basuh rambut korang dengan kerap, terutamanya jika berrambut panjang. Minyak dari rambut anda boleh menyumbat liang-liang pori. Sebolehnya penggunaan produk penjagaan rambut tidak boleh terkena dari wajah.

 

Selain itu, kebersihan bukan hanya tubuh badan tetapi bersihkan handphon, sarung bantal dan cermin mata anda secara tetap untuk menghilangkan minyak, kotoran, dan bakteria untuk elak dari tangan kita kotor. Paling penting, skincare semulajadi dan sesuai untuk kulit kita dalam memulihkan atau mengecilkan pori.

 

Khas Untuk Mereka Yang Bersolek

Perkara wajib dilakukan bagi yang bersolek, cuci muka sebelum makeup. Dan cuci atau tanggalkan makeup sebelum tidur. Guna produk  yang berlabel “bebas minyak” dan “natural”.

 

Kandungan bahan-bahan dalam alat solek yang mengandungi pengawet seperti paraben juga boleh memburukkan lagi kulit. Lebih-lebih lagi selepas penggunaannya muka kita terdedah kepada matahari, walaupun seperti losyen yang ada SPF. Paraben bertindak balas dengan sinar UV, kesannya penuaan kulit tidak normal.

 

Alat solek juga tidak sepatutnya dikongsi beramai-ramai. Buangkan bahan makeup yang lama. Krim boleh diguna dalam masa beberapa bulan sahaja, manakala serbuk/bedak asas boleh bertahan sehingga setahun. Ini penting untuk elak dari sebarang jangkitan kulat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: