Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Fakta!!! – Kesan Paraben Yang Sangat Mengejutkan Dalam Kosmetik

Kebanyakkan diantara kita hanya terdedah dengan bahayanya merkuri dalam kosmetik. Tetapi kesan Paraben juga sangat merbahaya. Apakah kesan sampingan Paraben? Jom kenali apa itu Paraben dahulu.

kesan paraben pada kulit
Parabens adalah pengawet yang digunakan secara meluas dalam produk kosmetik dan farmaseutikal (produk kesihatan, ubat). Ada juga dalam pengeluaran bahan makanan. Secara kimia, ia adalah siri parahidroksibenzoat atau ester asid parahidroksibenzoik (juga dikenali sebagai 4-hidroksibenzoat asid). Paraben berfungsi sebagai agen anti-bakteria atau anti-kulat yang menghalang mikroorganisma membiak.


Paling banyak penggunaan Parabens adalah dalam produk seperti kosmetik, losyen, deodorant, syampu dan skincare. Pastikan semua produk yang dibeli bebas dari perkataan paraben. Kos penggunaan Parabens adalah efektif untuk menjaga jangka hayat sesuatu produk. Tetapi kesan sampingannya pada kesihatan adalah serius.

Kosmetik

Methylparaben digunakan secara meluas sebagai pengawet dalam pelbagai produk kosmetik. Ia biasanya ditemui dalam kombinasi dengan paraben lain, seperti propylparaben dan butylparaben untuk memberikan kesan pengawetan yang baik. Kosmetik yang mengandungi metilparaben termasuk alat solek, produk penjagaan rambut, pelembap dan losyen, produk pencukur dan ubat gigi.

Farmaseutikal

Kesan pengawet methylparaben juga melindungi produk farmaseutikal dari tercemar oleh kulat (mikroorganisma). Antibiotik, steroid, ubat mata, penyediaan herba, dan banyak lagi produk farmaseutikal lain menggunakan methlparaben. Malah air penisilin juga mengandungi  methlparaben.

Makanan

Bahan-bahan untu penyedian makanan juga tidak terlepas dari Methylparaben, pengawet yang berkesan untuk melindungi makanan dari kulat,yis yang biasa tumbuh pada produk makanan. Methylparaben boleh didapati dalam makanan seperti krim dan pasta, jem dan jeli, sirap, sayur-sayuran yang diproses, minyak, perasa, produk tenusu dan minuman. Methylparaben sering digunakan untuk menghalang pertumbuhan bakteria Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan penyakit botulisme yang sering membawa maut.
  

Kesan Kesihatan Dengan Pengambilan Paraben

Ada yang menyatakan parabens bersifat estrogenik, yang menjadi faktor risiko kanser. Tetapi Institut Kanser Kebangsaan dan Persatuan Kanser Amerika, FDA tidak dapat mengesahkan fakta ini dan perlukan lebih kajian. Kedua-dua FDA dan Suruhanjaya Eropah mengisytiharkan paraben selamat untuk digunakan dalam kosmetik.

Kesan Sistem Endokrin

Kajian terhadap paraben metil, propil, dan butily boleh mengganggu fungsi sistem endokrin. Khususnya, aktiviti kelenjar dan pengeluaran hormon.
Kesan keatas bayi dan kanak-kanak pula seperti menggangu tumpembesaran, melemahkan fungsi sistem imun, masalah pembelajaran serta gangguan sistem pembiakan.

Kesan Pseudo-Estrogen

Pada tahun 2004, penemuan dari kajian yang diterbitkan dalam “Journal of Applied Toxicology” telah disiar menunjukkan bahawa paraben mungkin memainkan peranan dalam pembangunan jenis kanser payudara. Secara khusus, parabens bertindak seperti estrogen, yang boleh meningkatkan risiko wanita mengembangkan kanser payudara estrogen positif.
Penyelidik menjalankan ujian ke atas 20 contoh sampel tumor payudara manusia, yang mendedahkan paraben hadir dalam setiap sampel. Kajian ini adalah yang pertama untuk menunjukkan kesan pengambilan bahan-bahan ini secara luaran kepada sel tisu dalam badan. 
Tetapi tidak dibuktikan paraben adalah puncanya semata. 

Kesan Pembiakkan Lelaki

Penemuan dari beberapa kajian telah melaporkan jumlah sperma yang rendah serta penurunan kadar testosteron pada lelaki, dan disimpulkan bahawa hasil ini berkaitan dengan penyerapan parabens dalam produk komersial.
  

Fakta!!! – Kesan Paraben Yang Sangat Mengejutkan Dalam Kosmetik

FDA mengesahkan bahan kosmetik selamat dan tanpa kesan sampingan pada tahap sehingga 25 %. Ya, fakta ini dikeluarkan oleh FDA. Walau bagaimanapun kesan keatas kecantikkan dan kesihatan menunjukkan penuaan pramatang (Tua sebelum Usia) brlaku.

Produk kecantikan yang sepatutnya meningkatkan kesihatan dan kecantikkan kulit, tetapi dengan kandungan paraben ada  kajian mendapati kesannya akan mempercepatkan proses penuaan kulit.
Kajian oleh Universiti Perubatan Prefectural Kyoto di Jepun mendapati kesan penggunaan paraben metil akan meningkatkan kepekaan dan kerosakan kulit dengan pancaran matahari (UV) sel-sel kulit boleh mati lebih cepat daripada biasa.
Ada juga mereka yang sensitif dengan kesan paraben, kulit kemerahan kerana alahan dengan bahan tersebut.
Kita boleh lihat banyak produk skincare dipasaran yang meniklankan untuk  awet muda tetapi tidak berkesan malah ada yang menyakitkkan kulit anda. Sebab itu, produk kosmestik atau skincare yang diambil mestila  tanpa semua jenis paraben dan bebas 100% bahan pengawet lain. Bukan hanya untuk kulit tetapi kesihatan yang menyeluruh.

Jenis Toksik Dalam Kosmetik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: