Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Makanan Pesakit Jantung – Yang Perlu Dielak dan Yang Perlu Diambil

Bagi mereka yang sudah menghadapi masalah jantung, senarai ini adalah wajib dielakkan. Bagi mereka yang masih sihat, perlu di ingat semua ini boleh menyumbang kepada masalah jantung, pastinya cegah lebih baik dari merawat. Jom ketahui apa  makanan pesakit jantung yang perlu dielak dan yang perlu diambil bagi membaik pulih atau menjaga kesihatan jantung.

Inilah makanan yang dilarang  untuk penyakit jantung:

1. Fast Food
Boleh dikatakan kesemua hidangan Fast Food  terdiri dari semua yang dibawah, daging proses, bergoreng, gula dan garam yang tinggi.
2. Daging Proses
Daging, ayam atau apa saja yang diproses seperti sosej, daging burger mengandungi lemak yang tinggi. Kandungan garamnya juga tinggi. Garam atau sodium akan menyebabkan tekanan darah tinggi.
Inilah sebab mengapa daging proses sama sekali mesti dielakkan oleh pesakit jantung. Dua keadaan ini, lemak menyumbang kolestrol dan garam pula tekanan darah yang tinggi. Kedua-duan ini adalah punca serangan jantung dan boleh menyebabkan salur darah pecah.
3. Makanan Bergoreng
Masakkan bergoreng akan menyumbang lemak trans dalam hidangan, ini boleh meningkatkan kadar kolesterol jahat dan menurunkan kolesterol baik dalam darah. Sebaiknya ambil yang direbus, kukus, celur sahaja.
4. Makanan dan Minuman Bergula (Putih)
Kandungan gula yang tinggi menyumbang kepada faktor obesiti, keradangan, kolesterol, diabetes, yang semuanya merupakan faktor penyebab sakit jantung.
5. Butter/Minyak Masak
Elak sebarang makanan yang mengandungi  lemak trans yang tinggi seperti butter. Kolestrol  dalam darah juga terhasil dari lemak trasn, sebaiknya ambil minyak zaitun sebagai ganti.
6. Soda Bikarbonat
Minuman ini mengandungi paras gula yang sangat tinggi. Kalori akan lebih banyak terkumpul dalam darah. Selain itu, bahan kimia dalam minuman bikarbonat sebenarnya dapat mengubah bakteria pencernaan dan membuatkan anda mudah mengalami kenaikan berat badan. Berat badan berlebihan merupakan salah satu faktor risiko munculnya  penyakit jantung. 

Kesemua makanan pesakit jantung ini yang wajib ditinggalkan sebenarnya juga baik untuk semua terutama yang menghidapi kencing manis, tekanan darah tinggi, stroke.

Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Jantung

1. Epal
Dengan memakan epal satu hingga dua biji setiap hari mampu untuk mengurangi risiko penyakit jantung. Ada kajian menunjukan bahawa epal dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL) serta membantu mengawal paras gula dalam darah.
Epal mengandungi fitonutrien atau fitokimia yang bertindak sebagai antioksidan terhadap LDL (low-density lipoprotein). Fitonutrien quercetin dan pektin yang baik untuk organ jantung,
Quercetin bermanfaat untuk mencegah keradangan dan asma, juga dipercayai mampu menurunkan risiko kanser.
Pektin pula adalah serat larut yang bekerja untuk menurunkan gula dan tekanan darah.
2. Teh Hijau
Ada beberapa kajian memberikan hasil bahawa mengamalkan teh hijau mampu menurunkan risiko penyakit jantung.
Kajian di Jepun mereka yang minum lebih dari lima gelas (kecil) teh hijau dalam sehari boleh kurangkan risiko sekitar 25 peratus lebih rendah dari mengalami kematian akibat serangan jantung dan stroke.
Walau bagaimana pun,  meminum lebih dari lima gelas teh hijau setiap hari akan meningkatnya risiko terkena penyakit batu karang. Sebab  itu pastikan anda mengambil air kosong sebanyaknya.
3. Kekacang
Kekacang kaya dengan antioksidan yang berfungsi untuk mencegah kerosakkan sel akibat radikal bebas.
Semua kacang memiliki kandungan serat, yang berhasiat untuk menurunkan kolesterol, serat juga membuat tubuh mudah merasa kenyang, sehingga mencegah anda makan berlebihan.
Jenis kacang yang dimakan tidak begitu penting, kerana semaunya mengandungi nutrisi yang baik untuk tubuh.  Beberapa jenis kekacang  lebih kaya nutrisi untuk jantung sihat  seperti  almond dan hazelnut.
Ia juga cukup bermanfaat untuk menurunkan kolesterol jahat (LDL) dalam darah.
Manfaat lainnya yaitu menurunkan risiko terjadinya pembekuan darah yang menjadi punca serangan jantung, manfaat lain seperti meningkatkan kesihatan pada lapisan arteri jantung.
Banyak kekacang kaya lemak omega-3 yang bermanfaat untuk kesihatan organ hati, mencegah degupan jantung yang tidak normal. (faktor serangan jantung).
Kacang  mengandungi Vitamin E yang menghalang pembentukkan plak di arteri, kesan plak di arteri ini menyumbat laluan darah. Keadaan ini adalah punca utama serangan jantung kemudianya salur darah pecah.
Ada beberapa kacang mengandungi sterol, yang membantu menurunkan kolesterol. Kesannya membantu meningkatkan kesihatan dinding arteri serta mencegah pembekuan darah yang berisiko tinggi menyekat aliran darah.
4. Bawang
Bawang putih sering digunakan untuk menambah rasa pada makanan. Bawang putih sebenarnya baik untuk kesihatan jantung. Ekstrak bawang putih bermanfaat untuk melambatkan aterosklerosis dan mengatasi tahap awal penyakit jantung. Bawang putih juga baik untuk sistem antibodi badan.

5. Anggur
Buah anggur dikaji dapat mencegah penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Hal itu kerana buah anggur memiliki kandungan serat dan  quercetin. Manfaatnya untuk melindungi pembuluh darah dari tersumbat
Yang paling penting, buah anggur mengandungi polifenol dan fenolik. Polifenol telah berjaya dibuktikan mampu menjaga  kesihatan dan cegah serangan jantung yang terbaik.
6. Biji-bijian
Biji-bijian  seperti gandum, beras merah hingga jagung dapat menjadi sumber utama karbohidrat. Ia tersebut juga mengandung protein, serat, antioksidan, vitamin B, zat besi, zinc dan magnesium.
Manfaatnya mampu menurunkan risiko penyakit jantung, diabetes, beberapa jenis kanser dan obesiti. Khusus pada jenis chia seed merupakan bijian  yang berasal dari tanaman di Gurun Salvia Hispanica di Meksiko.
Chia seed juga mengandungi omega 3 dan serat yang membuat tubuh cepat kenyang. Kandungan serat di dalamnya berperan untuk mmbantu mengurangi kadar kolesterol jahat.
7. Kubis
Selain kaya kandungan fitonutrien yang bermanfaat untuk kesihatan organ jantung, kubis juga mengandung vitamin A, vitamin C, vitamin K, kalsium, potasium, dan zat besi, yang memiliki manfaat besar bagi kesehatan tubuh secara umum.
8. Buah Beri
Kumpulan buah beri seperti bluberi, strawberi, rasberi, dan blackberry, kaya kandungan serat dan antidioksidan yang berkhasiat menurunkan resiko serangan jantung. Rasa manis di dalam buah beri tidak menyebabkan diabetes.
9. Madu
Walupun manis tetapi manis yang terdapat pada madu adalah jenis pemanis semulajadi yang bermanfaat untuk kesehatan jantung.
Kajian menunjukkan bahawa madu mampu mengurangi kadar kolesterol tubuh. Minum campuran madu dan air mampu meningkatkan kadar antioksidan dalam darah.
10. Dark Coklat
Bagi penggemar coklat tentu ini cukup menggembirakan. Seorang pakar kesihatan bernama Dr. Nancy Snyderma mengatakan bahawa dark coklat mengandungi flavonoid yang boleh menurunkan risiko masalah kardiovaskular. Tetapi Dr. Nancy mengingatkan agar tidak makan secara berlebihan. Penting untuk diketahui bahawa tidak semua produk coklat ada kandungan flavanols yang tinggi dan perlu memeriksa kandungan gula bagi coklat yang dihasilkan.

Buah koko yang segar ada kandungan flavanols yang tinggi. Ketika koko diproses menjadi coklat, kandungan flavanols berkurang. Semakin banyak proses yang dilakukan, kandungan flavanols juga semakin berkurang.

Jom tinggalkan

Makanan Tambahan Yang Paling Berkesan Atasi Masalah Jantung

Kami sangat menyarankan pesakit jantung mengambil makanan tambahan kerana formulasinya memang dikaji untuk kebaikkan jantung.  Walau bagaimana pun, pengambilan ini tidak bermakna anda boleh meninggalkan rawatan doktor, ini kerana ubat yang dibekalkan bertujuan mencegah risiko serangan jantung.
Manakala makanan tambahan berfungsi untuk menyokong kesihatan jantung.  Tapi bukan ini sahaja, juga penting disiplinkan diri untuk bersenam secara rutin.
Apa yang anda perlukan untuk jantung sihat adalah
1. Vivix-Polifenol untuk memulihkan sel jantung dan mengandungi antioksidan yang sangat tinggi. Apabila tubuh kekurangan antioksidan, kolesterol jahat (LDL) akan mudah terbentuk pada dinding arteri jantung.
2. CoqTroll – Enzim CoQ10 dalam CoQ-Troll membantu sel menghasilkan tenaga untuk otot-otot jantung
3. Omge Guard– Omega 3 mampu mengurangkan kadar kolestrol jahat dan mengatasi keradangan jantung.

ubat jantung lemah

Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan >>> whatsapp 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: