Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Meninggal Akibat Serangan Jantung – Kesan Penyakit Diabetes

Kes mati mengejut akibat serangan jantung sebenarnya banyak terjadi, walaupun pernah didiagnosis hanya menghidapi diabetes tetapi meninggal akibat serangan jantung. Masyarakat kita hanya terdedah dengan kesan penyakit diabetes yang mengakibatkan kaki luka yang sukar untuk sembuh, sedangkan masih banyak komplikasi lain yang lebih serius.

Apakah Hubungan Antara Diabetes Dan Penyakit Jantung?

Hubungan antara penyakit kardiovaskular dan diabetes adalah 68% peratus penderita diabetes yang berumur 65 tahun dan keatas meninggal akibat penyakit jantung dan 16% akibat strok.

Kesan Penyakit Diabetes Terhadap Jantung

Orang yang menghidap diabetes lebih berisiko meninggal akibat serangan jantung daripada mereka yang tidak mempunyai diabetes.
Mereka lebih berisiko mendapat penyakit jantung lebih tinggi daripada mereka yang tidak mempunyai diabetes.
Mereka mungkin mengalami masalah jantung pada usia lebih muda.

Bagaimana Hubungan Jantung Dan Diabetes

Hubungan antara diabetes dan jantung berkaitan dengan “glukosa tinggi” dalam darah. Terbukti tahap glukosa yang tinggi akan menyebabkan lebih banyak masalah kesihatan, bukan hanya jantung,  tetapi seluruh organ tubuh. Pembuluh darah akan rosak dengan glukosa tinggi. Dari saluran darah terkecil di hujung jari kaki ke saluran darah terbesar dalam jantung anda, sebab itu penyakit jantung dan diabetes sangat berkait.
Di samping itu, glukosa (paras gula dalam darah) yang tinggi dari masa ke semasa juga menyebabkan kerosakan kepada saraf di seluruh badan. Sebab itu timbulnya masalah kegagalan organ seperti mata rabun/buta, kegagalan buah pinggang, saraf kaki merosok ( tahap serius pemotongan). 
Andaian mudah yang kita boleh lihat, gula yang melekit pada tangan akan melekatkan kotoran. Begitu juga darah melekit, dan ia melekat pada urat dan dinding arteri, menyebabkan aterosklerosis atau pengerasan arteri. Ditambah pula dengan lemak (kotoran) juga turut sama melekat pada bahagian melekit tersebut. Akhirnya salur darah dalam organ termasuk jantung akan terjejas, ini menyebabkan kegagalan organ, dan kematian.
Oleh itu, adalah penting untuk mengawal paras glukosa dalam darah jika anda mempunyai diabetes, bersama-sama dengan tekanan darah tinggi dan kolesterol untuk mencegah penyakit jantung.

Apakah LDLl, HDL, Trigliserida dan Dislipidemia?

HDL dan LDL adalah kolestrol. Trigliserida ialah lemak dalam darah. Dislipidemia pula kandungan lemak dan kolestrol yang tidak normal.
Trigliserida adalah sejenis lemak yang diperolehi daripada makanan seperti daging, produk tenusu dan juga minyak masak. Jika karbohidrat diambil berlebihan, ianya akan ditukarkan kepada trigliserida untuk disimpan. Dengan tahap lemak darah yang tinggi ini, anda berisiko untuk mendapat penyakit jantung.                                                                                                                                                                                      
Jika karbohidrat (glukosa) diambil berlebihan, ianya akan ditukarkan kepada trigliserida untuk disimpan. Lemak yang berlebihan di perut dan pinggul anda itu adalah di dalam bentuk trigliserida. Di dalam darah, trigliserida juga diangkut pengangkut yang sama bersama kolesterol yang dinamakan lipoprotin. Trigliserida berfungsi sebagai sumber tenaga kepada sel-sel.
Semua jenis makanan yang mengandungi tinggi kandungan Trigliserida juga mempunyai tinggi kandungan kolesterol, terutama makanan yang tinggi dengan lemak tepu. Di dalam kandungan yang optima, kolesterol diperlukan untuk membina selaput sel, hormon, vitamin D dan banyak lagi fungsi lain.Tetapi kolesterol yang berlebihan akan memudaratkan.  Kolesterol diangkut di dalam dua bentuk iaitu LDL (“Low Density Lipoprotein”) dan HDL (“High Density Lipoprotein”).
Kandungan LDL yang tinggi menyebabkan kolesterol dimendapkan pada saluran darah dan menyumbat perjalanan darah, manakala HDL pula membersihkan saluran darah daripada kolesterol dan membuang kolesterol berlebihan. Jadi kandungan LDL yang tinggi dan/atau HDL yang rendah boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
Maka apabila kandungan trigliserida tinggi, kandungan HDL pula menjadi rendah. Semakin tinggi kandungan trigliserida, semakin rendah HDL dan ini tidak baik untuk kesihatan jantung. Sebab itulah kandungan trigliserida yang tinggi meningkatkan risiko sakit jantung dan angin ahmar sama seperti yang dilakukan oleh LDL. Anda patut mensasarkan kandungan trigliserida serta LDL yang rendah dan HDL yang tinggi.

LIPID PROFILE

Apabila anda mengukur kandungan lemak dan kolesterol badan (juga dinamakan “lipid/lipoprotein profile”), ianya bermaksud mengira kandungan:
1. Jumlah Kolesterol 
2. HDL 
3. LDL 
4. TG
Untuk mendapat ukuran yang betul, anda perlu berpuasa selepas tengah malam dan mengambil darah keesokan harinya. Disebabkan TG mempunyai kesan ke atas HDL, maka apabila mengira jumlah kolesterol, kandungan TG juga diambil kira. (Jumlah kolesterol = LDL + HDL + TG/2.2). Formula ini dinamakan  “Freidewald equation” yg digunakan dgn syarat TG tidak lebih daripada 4.5 mmol/L.

DYSLIPIDEMIA

Keadaan di mana kandungan lemak dan kolesterol seseorang TIDAK NORMAL dikenali sebagai DYSLIPIDAEMIA. Berdasarkan kepada CPG Management of Dyslipidaemia 2017 (Malaysia), dyslipidaemia merujuk kepada seseorang yang mempunyai kriteria berikut:

1. Jumlah Koleterol > 5.2 mmol/L, 
2. HDL < 1 mmol/L (lelaki), HDL < 1.2 mmol/L (wanita), 
3. LDL > 2.6-3.0 mmol/L (bergantung kepada risiko
     penyakit jantung)
4. TG > 1.7 mmol/L

Paras Kolestrol Normal

Apa yang perlu kita sasarkan adalah (sasaran umum untuk individu yg berisiko rendah):
1.Jumlah kolesterol (< 5.2 mmol/L), LDL (< 3.0 mmol/L) dan
   TG (< 1.7 mmol/L)  
2.Kandungan HDL (lelaki > 1 mmol/L, wanita > 1.2 mmol/L)

 Sumber:  Datuk Dr. Mohd Rushdan Md. Noor

Penjelasan di atas adalah hanya garis panduan umum untuk pengetahuan orang awam. Anda tidak perlu tahu dengan mendalam dan jika kandungan lemak serta kolesterol anda tinggi, maka berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan kaedah rawatan yang sesuai. Ujian lipid profile setiap tahun disyorkan ke atas individu berusia 40 tahun ke atas. Seeloknya setiap 6 bulan.
Bagi golongan yang berisiko tinggi untuk menghidap sakit jantung dan strok, ujian ini perlu dilakukan lebih awal. Malahan pertubuhan jantung (Pertubuhan Jantung Amerika) mengesyorkan ujian lipid profile dilakukan 5 tahun sekali bermula daripada usia 20 tahun.
Orang yang menghidap diabetes adalah dua kali lebih berisiko mempunyai penyakit jantung. Kesan diabetes yang merosakkan saraf merupakan faktor risiko penyakit jantung. Saraf yang rosak akan melemahkan organ. Organ yang lemah boleh menyumbang kepada kegagalan organ.
Oleh itu penting untuk mencegah diri kita dari diabetes, ini kerana begitu banyak komplikasi atau kesan penyakit diabetes kepada penghidapnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: