Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Parut Jerawat Berlekuk – Bagaiman Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi

Jerawat merupakan keadaan yang meresahkan pada mereka mengalaminya, walaupun sudah hilang tetapi kesan parut yang tinggal juga boleh menganggu emosi. Parut berjerawat batu atau muka yang selalu berjerawat akan meninggalkan lekuk pada pipi. Parut jerawat berlekuk memang sukar nak dihilangkan tapi MizzNorra nak kongsi bagaimana cara menghilangkan lubang bekas jerawat di pipi dengan berkesan. Sudah terbukti oleh mereka yang menghadapi masalah ini dan mengamalkannya.

Parut Jerawat Berlekuk - Bagaiman Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi

Peringatan Untuk Mereka Yang Menghadapi Muka Berjerawat

Punca utama masalah jerawat adalah disebabkan rangsangan hormon yang mengakibatkan penghasilan sebum yang berlebihan. Sebum yang berlebihan akan menggalakkan pertumbuhan kuman dan menyebabkan liang pori kulit tersumbat. 
 
Rawatan awal boleh elakkan muka korang dari kesan parut jerawat berlekuk. Maksudnya jangan biarkan wajah kita dengan jerawat tanpa rawatan yang betul. Rawatan yang betul maksudnya kenal pasti punca jerawat. Dapatkan pemeriksaan doktor bagi keadaan jerawat yang kronik sebelum mengambil apa-apa produk skincare untuk pemulihan. Untuk suplemen pula pastikan yang terbukti selamat.

Jenis -jenis Jerawat

Punca timbulnya jerawat adalah disebabkan resdung, masalah hormon dan juga sesetengah kes tidak menjaga kebersihan kulit dengan betul. Jadi kenal pasti punca jerawat korang.
Resdung – Kesan resdung menyebabkan keradangan dari dalam dan menyebabkan jerawat mudah terjadi. Atasi masalah resdung terlebih dahulu sebelum mengamalkan apa-apa produk skincare.
Hormon– Ketidakstabilan hormon atau perubahan hormon boleh menyebabkan liang pori kulit lebih berminyak. Kesan dari minyak berlebihan akan menyebabkan liang pori tersumbat bersama kotoran, akhirnya timbul jerawat.
Kebersihan dan Penjagaan Wajah – MizzNorra tak maksudkan korang tak mencuci muka. Tetapi cara penjagaan kulit yang tidak betul seperti penggunaan skincare yang tidak sesuai untuk kulit wajah korang. Jika kulit terlampau kering akibat skincare yang salah akan menyebabkan kulit lebih berminyak dan berjerawat.

Punca Parut Jerawat Berlekuk

Parut boleh berlaku atas pelbagai sebab. Salah satu sebab adalah luka atau kecederaan terjadi pada kulit semasa kulit dalam proses pemulihan. Parut jerawat pada muka adalah disebabkan oleh masalah jerawat yang tidak dirawat pada peringkat awal.
Berikutan masalah jerawat, apabila kulit sedang memulih, perubahan warna akan berlaku lalu meninggalkan tanda atau parut pada kulit. Jika jerawat berulang pada bahagian yang sama akan memburukkan lagi keadaan kulit. Akibatnya bahagian parut jerawat berlekuk lekuk, tanda hitam atau tone kulit tak sekata terjadi.

Parut Jerawat Berlekuk - Bagaiman Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi

Langkah Pemulihan Parut Jerawat Berlekuk Pada Pipi Dari Dalam

Pemulihan struktur kulit dari dalam sangat penting. Yang paling penting atasi punca atau penyebabnya dahulu. Jika masalah korang disebabkan resdung pastikan ambil suplemen yang membantu untuk atasi resdung. Jika masalah ini berpunca dari hormon, pilih suplemen yang membantu untuk stabilkan hormon.
Struktur kulit memerlukan sumber kolagen yang mudah diserap agar nutrisi untuk sel kulit mencukupi semasa proses pemulihan. Lapisan kolagen dalam struktur kulit kita akan memberi kesan pada permukaan luar kulit.

Walau bagaimana pun, tidak cukup hanya dengan kolagen. Ini kerana agen pencegah untuk halang  jerawat dari terus tumbuh juga sangat perlu. Untuk ini korang perlu mengambil bahan antioksidan untuk melindungi sel. 

Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi Dengan Skincare

Pemilihan skincare juga sangat penting. Jika tersalah pilih produk, muka korang akan lebih kronik. Ini dia produk yang paling berkesan untuk menghilangkan lubang bekas jerawat di pipi.  YOUTH Radiance C + E.
Penggunaan Radiance C + E akan membantu rawat kesan kulit jerawat berlubang dengan berkesan. Pastinya YOUTH yang paling berkesan.  Radiance C + E ini adalah formula yang dipatenkan. 20%  vitamin C dan vitamin E tulen, serta ekstrak sel raspberry untuk mencerahkan, dan mengurangkan garis kedut.
Radiance C + E juga berupaya mengurangkan bintik-bintik seperti jeragat, merawat tekstur kulit yang rosak/berlubang, dan memperbaiki tone kulit secara keseluruhan. Untuk kesan yang lebih baik, guna Radiance C + E bersama Advanced Anti-Aging Regimen. Sapukan selepas Perfecting Skin Toner dan sebelum YOUTH Activating serum

 

parut jerawat berlekuk

Jom Lihat Bagaimana Parut Jerawat Berlekuk Hilang!!!

Parut Jerawat Berlekuk - Bagaiman Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi

 

Hubungi MizzNorra untuk konsultansi percuma untuk pemilihan suplmen yang tepat untuk jenis masalah jerawat korang  

 

Parut Jerawat Berlekuk - Bagaiman Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi
Parut Jerawat Berlekuk - Bagaiman Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi

 

Perlukan vitamin, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

One Reply to “Parut Jerawat Berlekuk – Bagaiman Cara Menghilangkan Lubang Bekas Jerawat Di Pipi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: