Petua Kulit Licin – Cara Membuat Wajah Glowing Ala Korea Dengan 3 Langkah Mudah & Berkesan

Petua kulit licin yang lengkap untuk luaran dan dalaman. Tapi mesti la konsisten untuk wajah glowing ala korea. Untuk luaran dengan memakai masker semulajadi pada kulit. Dalaman pula pengambilan kolagen dan rangsang peredaran darah pada wajah dengan senaman muka atau cara mudahnya ketawa.


Masker Semulajadi

Guna masker yang semulajadi, dijamin tiada risiko merosakkan kulit. Bancuh masker dari campuran kunyit, madu dan ESP (boleh diganti dengan susu).
Ketiga-tiga bahan ni sangat baik untuk kesihatan kulit, mengatasi masalah kulit kusam dan kesannya wajah glowing ala korea gitu. Bahan-bahannya sangat ringkas:

1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu madu
1/2 sudu ESP atau susu
Campurkan semua bahan dan sebatikan. Sapu pada kulit muka rata seluruh wajah. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu dengan pencuci muka. Biarkan sehingga kering sebelum dicuci.
Untuk kesan lebih baik, sebelum menyapu masker, wapkan waja dengan air panas atau bilas dengan air suam supayaliang pori terbuka. Kebaikkannya untuk nutrien dari masker lebih mudah diserap.
Boleh diamalkan setiap hari atau 2 kali sehari. Terpulang kepada kerajinan sendiri. Lebih kerap lebih cepat kesannya. Jadi anda yang nak kulit licin, jom ikut cara membuat wajah glowing ala korea ni.


Dan apa paling penting pemilihan adalah skin care yang digunakan setiap hari. Di sini pastinya MizzNorra cadangan Youth, yang akan dipasarkan kepada umum pada March 2018. Inovasi saintis terbaru Shaklee yang mengambil masa hampir 8 tahun untuk dikeluarkan. Pastinya bukan sebarang yang dihasilkan.

Kesihatan Kulit Dari Dalam

Amalkan kolagen untuk kesihatan dan kecantikkan kulit dari dalam. Kolagen sangat penting untuk menganjalkan struktur kulit. Campuran Kolagen Shaklee terdiri daripada bahan semulajadi yang sangat berkualiti dan berbeza dengan kalogen lain. Sumber utamanya iaitu kalogen adalah dari sisik ikan merah laut dalam. Sumber ini sangat lasak dan susah musnah. Jisim molekul kolagen shaklee juga rendah berbanding kalogen lain, ini penting untuk penyerapan yang optimum.
Vitamin C juga penting untuk melindungi sel kulit dari radikal bebas.
Kesan Kekurangan Kolagen Pada Kulit
1. Kulit kering dan kusam, timbul garis halus dan kedutan
2. Streschmark sukar untuk hilang
3. Parut sukar hilang
4. Kulit lebih berminyak dan berjerawat
5. Jeragat lebih mudah terbentuk bagi mereka yang terdedah kepada sinar UV.

Kulit putih cantik

Ketawa Beri Kecantikan Dari Dalam

1. Kajian dalam proses penuaan membuktikan bahawa ketawa menambah baik peredaran darah ke kepala dan jantung. Pengaliran darah yang lancar sangat bagus untuk kesihatan yang menyeluruh, juga menjaga kecantikan dari dalam. 
2. Ketawa boleh memberikan kelegaan pada fizikal. Beberapa bahagian otot turut bekerja ketika ketawa termasuklah diafragma, otot abdomen dan bahu. Inilah aktiviti senaman yang paling ringkas dan mudah.  Segala bentuk pergerakkan melancarkan pengaliran darah dan menjaga kesihatan organ. Organ yang sihat,fizikal yang sihat akan jelas terpancar pada seri wajah.  
3. Apabila kita ketawa, tahap hormon stres dikurangkan dan tahap hormon sihat ditingkatkan. Sistem imunisasi dilancarkan dengan pembebasan endorphins, yakni ‘natural feel-good chemicals’. Kesannya juga mengurangkan faktor risiko penyakit kronik seperti kanser, jantung dan tekanan darah tinggi.
 Aura ketawa juga adalah keadaan yang menenangkan dan memberi kebahagian kepada orang sekeliling. Tidak rugi untuk kita sentiasa membahagiakan orang lain walaupun hanya dengan hormonikan suasana. Semoga bermanfaat untuk semua. Smileee.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *