Tips Penjagaan Kulit Muka Yang Ramai Terlepas Pandang

Perkara biasa yang ramai lakukan dalam penjagaan kulit seperti penggunaan skincare, minuman berkolagen atau pengambilan vitamin. Namun perkara penting atau tips penjagaan kulit muka yang berkesan juga dipengaruhi dengan amalan ini.

Rawatan Kulit Lebih berkesan Pada Waktu Malam

Pemulihan kulit berlaku pada waktu malam ketika tidur. Oleh sebab itu sangat penting memakai toner, losyen atau pelembap wajah, masker untuk membantu proses regenerasi kulit (pengantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru atau yang muda) sebelum tidur malam

Proses regenerasi kulit akan membuatkan kulit anda menjadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut serta melambatkan penuaan seperti kedutan. Sebab itulah pentingnya menjaga kebersihan muka sebelum tidur agar kulit wajah bersih dari kotoran dan dapat bernafas ketika proses regenerasi. Pemilihan losyen yang terbaik juga penting agar sesuai untuk kulit dan penyerapan nutrisi yang optimum dalam pembaharuan sel.

Nilai pH

Pastikan nilai pH kulit korang normal iaitu antara 4.2 hingga 5.6, Nilai pH dikekalkan melalui pengeluaran sebum dan perpeluhan  Ia penting untuk mengekalkan kelembapan bahagian kulit luar dari merekah dan menyekat pertumbuhan bakteria.
Penggunan skincare yang salah akan menggangu keseimbangan nilai pH.

Merokok

Asap rokok mengandungi toksin iaitu bahan-bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kulit cepat berkedut. Kesihatan tubuh pula terdedah kepada kanser dan masalah paru-paru. Walaupun tidak merokok pastikan diri anda jauh dari asap rokok.

Bersenam

Kebanyakkan wanita tidak bersenam  secara rutin. Jadikan senaman rutin dalam hidup korang dan lihat perbezaan pada kulit. Senaman penting untuk melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit.

Makanan Bergula

Makanan dengan gula berlebihan boleh menyumbang kepada faktor meningkatnya AGE Protein, kesannya adalah penuan sel dan masalah kesihatan yang lain.

Air Kosong

Air adalah agen detok yang paling penting. Pastikan korang ambil air yang banyak setiap hari, 
3-5Liter lebih-lebih lagi jika mengamalkan apa-apa suplemen.

Peringatan ikhlas dari MizzNorra, kita tak boleh terburu-buru untuk cantik, jangan sesekali sanggup mencuba produk yang tidak tahu dari mana dan bagaimana dihasilkan. Tak kira suplemen ataupun skincare. kedua-duanya boleh mempengaruhi kecanttikan dan kesihatan kita.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *