Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

7 Cara Atasi Tekanan Perasaan Yang Berkesan

Berdasarkan kajian, masalah kesihatan mental dan tekanan perasaan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Masalah mental dan emosi berpunca jika cara atasi tekanan perasaan tidak diurus dengan sebaiknya.

 7 Cara Atasi Tekanan Perasaan Yang Berkesan

Bila dalam keadaan tertekan biasanya apa yang kita lakukan? Kalau minta nasihat dari sesiapa pun, biasanya mereka akan mengingatkan supaya “Ingat Tuhan, banyakkan mengaji, taubat’. Betul amalan ini boleh membantu, tetapi bagaimana untuk dapatkan kekuatan untuk bermula?

 

Tahukah anda, kajian membuktikan tekanan perasaan berkaitan dgn kekurangan EPA dan DHA di dalam badan kita? Dan B-complex yang memelihara saraf otak!!.

 

Kekurangan EPA dan DHA boleh menjadikan kita kurang fokus, dan sukar untuk bertenang.

 

Oleh itu amatlah penting untuk kita mengamalkan pemakanan yang tinggi kandungan Omega-3 yang mudah diperolehi dari omega guard

 

Juga beberapa vitamin lain untuk meningkat fungsi otak seperti magnesium, vitamin D dan C.

Vitamin ‘wajib’ untuk semua orang adalah Bcomplex, untuk memelihara saraf otak anda.

cara atasi tekanan perasaan yang berkesan

 

7  Cara Atasi Tekanan Perasaan Untuk Membantu Mengurus Emosi

Emosi boleh memberi pengaruh penting terhadap kesihatan fizikal, bukan sahaja mental. Sebab itu penting untuk menangani tekanan perasaan dengan berkesan dalam meneruskan kehidupan seharian.

Langkah Untuk Membantu Menguruskan Emosi:

    1. Ambil tahu bagaimana tanda mereka yang mengalami tekanan. Antaranya denyutan nadi laju, mulut kering, sakit perut, ketegangn otot, atau sakit otot mungkin menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam emosi seseorang.

     

    1. Luahkan perasaan dan fikiran anda melalui penulisan, apa yang anda rasa dan bila, ini dapat mengenal pasti corak emosi anda.

     

    1. Berkongsi masalah anda dengan orang yang dipercayai. Dapatkan pandangan mereka untuk ambil tindakan yang sewajarnya

     

    1. Sekiranya anda rasakan masalah berada di luar kawalan atau kemampuan, cuba kenal pasti semula punca masalah tersebut, untuk mengetahui apa yang boleh dielakkan atau dikendalikan. Ingat, jika memerlukan pandangan cari mereka yang boleh dipercayai dan menyanyangi anda.

     

    1. Tinggalkan perkara yang menganggu emosi anda pada masa itu dan lakukan apa-apa aktiviti lain untuk sementara waktu. Contoh berjalan kaki atau bersantai di taman. Juga cuba bernafas dengan tenang dan dalam

     

    1. Senaman dengan kerap untuk fizikal yang cergas dan lengkapkan nutrisi otak. Aktiviti fizikal yang kerap secara rutin baik untuk kesihatan fizikal dan emosi anda. Walaupun senaman sederhana seperti jogging 30 minit sehari boleh membantu mengurangkan tekanan.

     

    1. Meditasi dan bersantai di tempat yang tenang. Meditasi mempunyai pelbagai manfaat kesihatan lain, ia juga cara atasi tekanan perasaan yang berkesan.

     

    1. Sentiasa berfikiran positif. Cuba menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka, Setaip perkara yang berlaku pasti bersebab. Fikirkan pasti ada hikmah setiap perkara yang ditakdirkan tuhan.

 

 
7 Cara Atasi Tekanan Perasaan Yang Berkesan

Setiap orang perlu tahu dan kenal emosi sendiri. Ini penting untuk menguruskan tekanan dengan sebaiknya agar tidak menjejaskan kesihatan. Ada kajian yang menyatakan stres boleh meningkatkan kadar asid dalam badan yang boleh mengundang pelbagai penyakit lain.

 

Jadi amalkan Cara Atasi Tekanan Perasaan, amalkan diet yang seimbang dan cukupkan keperluan nutrisi otak untuk sentiasa cerdas. Seterusnya berdoa dan berserah kepada tuhan setelah kita berusaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: