Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Cara Cuci Muka Yang Betul – Rasai Kesan Yang Berbeza

Kenapa mencuci muka dengan betul sangat penting. Ini kerana kotoran, bakteria dan sel kulit mati serta sebum yang terperangkap akan menyebabkan pelbagai masalah kulit seperti kulit kusam , kering, jerawat, bintik hitam dan putih. Walau pun nampak remeh, tetapi sangat memberi kesan jangka panjang.  Jadi kita semua perlu amalkan cara cuci muka yang betul setiap hari dan rasai kesannya.

 

Tips Cara Cuci Muka Yang Betul

1.Pencuci Muka Yang Sesuai
Bagi korang yang memilih skincare bukan 100% natural perlu lebih berhati-hati kerana kulit lebih sensitif. Oleh sebab itu pastikan pilih pencuci muka yang sesuai. Ada sesetengah pencuci muka akan menyebabkan kulit korang akan lebih kering. Kesannya kulit muka lebih berminyak. Jika kulit kering elakkan yang berasaskan minyak dan alkohol untuk elak iritasi.
2.Scrub Muka
Ada sesetengah pencuci muka yang bertindak seperti scrub. Jadi tidak perlu scrub tambahan. Jika pencuci muka tanpa fungsi scrub perlu ambil scrub kali seminggu untuk hilangkan sel kulit mati.
3.Cuci Tangan
Nampak remeh, tetapi sebenarnya tangan adalah anggota tubuh yang paling berisiko dengan bakteria. Jadi sebaiknya gunakan anti-bakteria untuk mencuci tangan sebelum mencuci muka.
4.Wapkan Dengan Air Panas Dan Cuci Dengan Air Suam
Wap muka bertujuan membuka liang pori dan melancarkan pengaliran darah. Cuci muka dengan air suam pula akan lebih segar dan menghilangkan kotoran dengan mudah, kuman dengan lebih berkesan. Elakkan suhu yang ekstream iaitu terlampau panas atau terlampau sejuk. Amalkan sekurang-kurang 3-4 kali seminggu.
5.Tanggalkan Make Up Sebelum Mencuci Muka
Gunakan make up remover, ramai yang fikir cukup dengan pencuci muka. Tapi sesetengah bahan make up perlukan bahan khas untuk dihilangkan.
6.Lebihkan Zon-T
Bahagian muka yang paling bermasalah dan kotor adalah zon-T, jadi lebihkan menggosok dan urut pada bahagian ini.

7.Urut Muka
Lakukan urutan muka dengan betul ketika mencuci untuk memperbaiki pengaliran darah dan oksigen. Vitamin dari skincare yang diguna akan diserap dengan lebih baik apabila kulit cukup oksigen. Kesannya melambatkan proses kedutan atau penuaan.
Urutan bermula dari dalam keluar secara MEMBULAT, dan dari bawah keatas tanpa tekanan seperti urut pada badan. Ataupun amalkan urutan ini ketika memakai pelembap wajah atau serum yang sangat membantu untuk menghilangkan kulit kusam. Jadi tak nak malas-malas amalkan cara cuci muka yang betul okey.

MizzNorra harap ini bermanfaat untuk semua, pesanan ikhlas dapatkan skincare semulajadi yang terbukti selamat dan berkesan, elakkan produk dipasaran yang tidak diketahui pengeluarnya, yang tiada kajian klinikal. Bukan hanya untuk cantik malah kesihatan juga terjamin.

Perkara Penting Dalam Penjagaan Muka Yang Ramai Terlepas Pandang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: