Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Kenali Kuman Punca Jerawat – Bagaimana Kuman Jerawat Membiak

Jerawat adalah disebakan bakteria. Ia terbentuk apabila folikel rambut (pori) tersumbat dengan sebum atau minyak yang berlebihan bersama-sama sel kulit mati dan bakteria yang terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini akan menyebabkan pembengkakkan/jerawat dalam pelbagai bentuk dan saiz.  Jom kenali bakteria atau kuman punca jerawat, dan bagaimana bakteria ini membiak?

 

Punca-punca Wajah Berjerawat

Faktor yang menyebabkan jerawat pada wajah antaranya seperti:
1.Ubatan mengandungi phenytoin, iodin, bromida, steroid, isoniazid & litium.
2.Produk penjagaan diri – penggunaan skincare yang tidak sesuai, penjagaan rambut yang berminyak dan menyumbat liang roma.
3.Persekitaran berminyak, kotor
4.Kuman – bakteria Propionibacterium acnes yang membiak dalam liang roma
5.Perubahan hormon– Kulit hasilkan sebum yang berlebihan
6.Hormon androgen – apabila hormon jenis ini berlebihan seperti dalam sindrom polisistik ovari ia akan memburukkan pertumbuhan jerawat.

Bagaimana Kuman Jerawat Membiak

Propionibacterium acnes (P.acnes) adalah bakteria yang wujud dalam folikel rambut.  Beberapa kajian mendapati P.acnes berkaitan dengan masalah acnes vulgaris. Propionibacteria adalah bakteria gram positif dan lebih suka hidup dalam persekitaran yang mempunyai paras oksigen rendah seperti dalam liang roma yang tersumbat.
P.acnes menggunakan sebum sebagai sumber tenaga. Bakteria ini mempunyai enzim yang boleh mencernakan asid-asid lemak dan trigliserin yang banyak terdapat dalam sebum.  Dalam keadaan anerobik, P.acnes menggunakan bahan-bahan tersebut dan menghasilkan rantaian asid lemak yang lebih pendek dan asid propionic sebagai produk metabolik. 
Pencernaan sebum oleh enzim-enzim P.acnes menyebabkan penghasilan bahan-bahan komedogenik yang menjadikan simptom jerawat lebih teruk. Koloni P.acnes juga boleh membentuk biofilem yang menyebabkan ia rintang pada tindakan bahan antibakteria.  Keadaan ini akan menyebabkan infeksi berpanjangan pada sebahagian individu.
Bakteria P.acnes tidak menyebabkan kerosakan kulit secara langsung.  Kerosakan kulit adalah diakibatkan oleh tindakbalas keradangan dalam sistem imunisasi. Jerawat  bernanah berpunca dari tindakbalas berlebihan sistem imunisasi yang menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria.

Propionibacterium acnes mengeluarkan cahaya floresen berwarna jingga dalam sinar ultra unggu. Jadi dengan menggunakan alat skin test kita boleh melihat kewujudan kuman punca jerawat ini.

Bagaimana Mencegah Jerawat?

1.Luaran
Elak dari sama sekali memicit jerawat
Elakkan dari kerap menyentuh muka tanpa mencuci tangan.
Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
Guna alat solek/ produk penjagaan diri  ‘bukan-komedogenik’.
Gunakan skincare yang sesuai untuk jenis kulit korang
2.Dalaman
Minum banyak air kosong untuk kekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan sebum.
Amalkan makanan seimbang.
Ambil vitamin yang tertentu seperti antioksidan dan vitamin C untuk memelihara sel kulit.
Elakkan bahan komedogenik iaitu yang bersifat berminyak yang menyumbat liang roma dan pori.
3.Pilih Produk Bukan Komedogenic Untuk Membantu Rawat Jerawat
Tidak kira apa jenis kulit korang, mesti lah memilih produk penjagaan kulit dan rambut yang bukan komedogenik untuk membantu mengawal atau mencegah pembiakkan kuman punca jerawat. Ikut panduan ini untuk  memilih skincare asas:
Pelembap: Cari produk yang bebas minyak dan ringan. Cara nak kenali sebaik sahaja produk itu disapu, ia akan menyerap dengan cepat ke dalam kulit, tak rasa ada di permukaan kulit. Pilih produk yang berasaskan air dan bahan yang menenangkan seperti asid hyaluronik, vitamin E dan gliserin.
Pencuci Muka: Bahan pencuci muka yang bertindak mendalam seperti asid salisilat dan glikolik, ia membantu mengawal jerawat dengan membersihkan minyak dan kotoran terus kedalam liang roma, tanpa mengurangkan kelembapan semulajadi kulit muka.
Pelindung UV (SPF): Banyak losyen pelindung UV dihasilkan dari bahan yang bukan komedogenik. Korang harus memilih yang bebas minyak sama seperti memilih pelembap.

 Skincare terbaik untuk kulit berjerawat dan hapus kuman punca jerawat

 Mitos Berkaitan Jerawat

Apa yang korang fikirkan pasal jerawat. Jom tengok mitos ni, ada tak yang sama dengan apa korang fikirkan.
1.Orang dewasa tidak berjerawat
Tapi sebenarnya orang dewasa juga tumbuh jerawat pada umur 30’an, 40’an sehingga 50’an.

2.Coklat dan kacang penyebab jerawat
Tiada kajian yang benar-benar signifikan mengaitkan keduanya dengan pembentukan jerawat.

3.Krim pelindung UV menyebabkan jerawat
Ya dan juga tidak. Ya jika alergi pada pelindung matahari berasaskan kimia sintetik, atau bahan komedogenik atau berasaskan minyak . Tidak jika berasakan bahan semulajadi dan bebas minyak.

4.Peluh penyebab jerawat
Kelenjar peluh berbeza dari kelenjar sebum. Bakteria membiak dalam sebum.

5.Jerawat tidak perlu rawatan
Tanpa rawatan sewajarnya akan meninggalkan parut dan boleh melarat.

6.Gunakan pencuci ‘scrub’ untuk menghilangkan jerawat
Tekanan secara kasar seperti memicit/ mencungkil jerawat akan meninggalkan parut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: