Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Punca Dan Cara Hilangkan Gelap Bawah Mata – Dengan Pantas

Lingkaran gelap bawah mata disebabkan pelbagai faktor. Ramai yang fikir punca utama kerana keletihan, tetapi sebenarnya banyak lagi faktor lain. Selain dari kurang tidur, gaya hidup tidak sihat iaitu mengambil alkohol, merokok, tak bersenam dan juga boleh menyebabkan masalah ini.

hilangkan gelap bawah mata

Antara punca-punca atau faktor lain seperti:

Pigmentasi. Kulit yang terdedah dengan sinar UV tanpa perlindungan akan menghasilkan lebih banyak melanin, iaitu pigmen yang memberikan warna kulit yang gelap. Lebih-lebih lagi kulit dibahagian mata kerana lebih sensitif.
Penuaan. Faktor ini menyebabkan penipisan kulit iaitu kehilangan lemak dan kolagen yang boleh menjadikan pembuluh darah berwarna biru kemerah-merahan di bawah mata anda lebih jelas.
Keturunan. Kita boleh lihat ada kanak-kanak mempunyai lingkaran gelap di bawah mata, ini kerana ia boleh diwarisi.
Alahan. Masalah alahan pada hidung juga boleh melarat pada saluran darah yang mengalir di kawasan sekitar mata anda, yang menyebabkan bawah mata menjadi gelap.
Ekzema. Kesan ekzema iaitu kulit kering akan mudah berlaku kerengsaan pada kulit dan menyebabkan kulit lebih mudah gelap.
Tekanan. Emosi dan tekanan yang tak terkawal akan menyebabkan otot-otot muka stres, kesan langsung juga melibatkan otot sekitar mata.
Anemia. Kekurangan zat besi dapat menyebabkan darah kurang membawa oksigen ke tisu mata.

Kekurangan Vitamin. Kekurangan zat atau kandungan vitamin dalam badan akan mengakibatkan lingkaran gelap bawah mata. Kulit adalah organ yang paling besar pada badan manusia. Kekurangan zat yang menyebabkan kondisi badan kita bermasalah, kulit yang akan dapat tempias. Korang mungkin kekurangan vitamin B12, E, K, dan D.
Lemah Hati. Jika organ hati kita tidak dapat berfungsi dengan baik, toksin sukar dihapuskan daripada badan. Ramai yang mengaku ada perbezaan dengan penampilan lingkaran gelap bawah mata mereka selepas melakukan pembersihan hati dan detoksifikasi.
Trauma kecil. Anataranya menangis juga menyebabkan eyebag dan dark circle. Pengunaan laptop yang terlalu lama, atau menggunakan handphon dalam gelap memberi tekanan pada saraf dan otot mata, sedikit sebanyak menyumbang kepada dark circle
Pemakanan. Jika terlalu banyak kopi atau yang menggunakan kokain atau amphetamine korang mungkin mengalami kesulitan untuk tidur.
Pengekalan cecair. Masalah ini biasanya berlaku ketika kehamilan atau kenaikan berat badan yang tidak normal. Atau masalah kesihatan yang lain boleh menyebabkan lingkaran gelap bawah mata.

Jom amalkan cara hilangkan gelap bawah mata atau eyebag dan dark circle dengan menggunakan bahan semulajadi yang mudah diperolehi di rumah korang. Pastinya selamat dan berkesan.

1. UBI KENTANG
Hiris nipis ubi kentang, buang kulitnya dan sejukkan dalam peti sejuk selama 5 minit. Kemudian letakkan pada kedua-dua belah mata selama 15 hingga 20 minit.

2. SUSU
Ambil sedikit fresh milk yang sejuk  dan celup bebola kapas ke dalamnya. Lekap pada kedua-dua mata selama 20 minit.

3. MINYAK VITAMIN E
Tuang sedikit air sejuk dalam mangkuk dan titiskan sedikit minyak vitamin E.
Rendam kapas ke dalam campuran tadi dan letakkan di mata.

4. TIMUN
Hiris nipis timun yang sudah disejukkan  dan letakkannya pada mata.
Timun adalah bahan yang terbaik untuk menghilangkan dark circle pada mata dengan berkesan. Sebaiknya timun yang masih segar dan ranggup.

5. UNCANG TEH
Rendam uncang teh dalam air panas sekejap (untuk daun teh kembang dengan cepat) masukkan kedalam peti ais. Selepas itu letakkan uncang pada mata selama 30 minit. Bilas muka selepas itu.

6. AIR SEJUK
Sediakan empat sudu besi dan semangkuk air sejuk (ais). Rendam sudu dalam air sejuk. Ambil dua sudu dan lekapkan belakang sudu pada mata. Gerakkan dari dalam keluar 
Tukar sudu seterusnya, untk lekatkan sudu yang sejuk sahaja pada mata ulang sehingga hilang lebam/eyebag di bawah mata.

7. PUTIH TELUR
Asingkan putih telur dari kuning telur kemudian pukul putih telur perlahan-lahan. Sapukan putih telur tadi di bawah mata selama 20 minit dan bilas muka dengan air suam.

8. AIR KOSONG
Amalkan minum air kosong dengan banyak setiap hari untuk mengelakkan mata cepat kering. Pengambilan air yang cukup juga akan menyahtoksin, melawaskan pembuangan, mengawal kelembapan kulit.

Produk Pemulihan Lingkaran Gelap Bawah Mata 

Pemilihan eye treatment yang betul juga sangat-sangat penting. Selain mengamalkan langkah-langkah diatas, penting untuk kita menggunakan eye treatment setiap hari untuk memulih dan melindungi kulit bawah mata yang sensitif. 

Korang juga boleh ambil vitamin untuk pemulihan dari dalam untuk kesan yang terbaik.  Yang penting seperti Vitamin C dan kolagen.
eye treatment cara hilangkan gelap bawah mata

Hubungi MizzNorra – Purity Beauty Spa Founder 

Untuk Konsultansi, Call/Whatsapp/Telegram : 0197064120




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: