Punca Tiroid Dan Apa Bahaya Penyakit Tiroid

Tiroid adalah adalah kelenjar endokrin yang berbentuk seperti kupu-kupu pada  hadapan leher manusia. Fungsinya adalah untuk mengeluarkan hormon tiroid iaitu hormon Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine(T3). Masalah tiroid berlaku apabila hormon kalenjar ini tidak seimbang dan menggangu keseluruhan sistem tubuh. Jadi apa Punca Tiroid Dan Apa Bahaya Penyakit Tiroid ?

Punca Tiroid Dan Apa Bahaya Penyakit Tiroid
 

Punca Masalah Tiroid

Kekurangan iodin – Diet harian yang kurang iodin boleh menyebabkan nodul kelenjar tiroid membengkak dan menjadi punca tiroid bermasalah.
Pertambahan tisu tiroid daripada biasa – Punca berlaku keadaan ini tidak jelas, ia dikenali sebagai adenoma tiroid, walaupun tidak serius tetapi ia boleh menyebabkan punca tiroid membesar dari saiz asal dan ada kemungkinan kesan atau simptom tiroid berlaku.
Cyst tiroid – terbentuk rongga yang berisi cecair (cyst) dalam tiroid akibat degenerasi adenoma tiroid. Cyst biasanya tidak berbahaya, tetapi ada kemungkinan mengandungi pepejal yang malignan (sel kanser) 
Keradangan tiroid kronik (thyroiditis) – Ini disebabkan penyakit Hashimoto iaitu gangguan tiroid yang menyebabkan keradangan tiroid (pembesaran nodular). Ia juga sering dikaitkan dengan hormon tiroid yang berkurang (hypothyroidism).
Kanser tiroid – Walaupun kemungkinan kecil nodul tiroid adalah malignan, faktor-faktor tertentu akan meningkatkan risiko kanser tiroid seperti sejarah keluarga. Bukan hanya kanser tiroid tapi juga kanser endokrin lain. 

Simptom Tiroid

Tanda-tanda masalah tiroid seperti:
– Jantung berdebar
– Masalah tidur
– Lemah otot-otot badan
– Sangat penat, resah dan rasa yang tidak selesa tidak tau puncanya.
– Kehilangan berat badan secara drastik walaupun selera makan normal atau meningkat
 

Bahaya Penyakit Tiroid

Komplikasi tiroid yang kronik boleh mengancam nyawa,  antara bahaya penyakit tiroid ini adalah:

 
Masalah menelan dan sukar bernafas.
Nodul besar (pembengkakkan tiroid) akan mengganggu proses menelan dan pernafasan. Jika ini berlaku doktor akan menebuk bahagian depan leher untuk membantu pesakit bernafas dengan baik.
Hipertiroid
Hormon tiroid lebih – Mengakibatkan penurunan berat badan, kelemahan otot, intoleransi haba, dan rasa cemas atau gelisah. Komplikasi hipertiroid berpotensi menyebabkan degupan jantung yang tidak teratur (fibrilasi atrium), tulang lemah (osteoporosis), dan masalah tirotoksik. 
Hipotiroid
Hormon tiroid kurang – Rasa cepat letih, berat badan naik, kejang otot, kemurungan, keguguran rambut, kitaran haid tidak menentu.
Kanser tiroid
Sekiranya nodul tiroid adalah kanser, pembedahan biasanya diperlukan. Kebiasaanya semua kelenjar tiroid anda dikeluarkan, selepas itu anda perlu mengambil ubat hormon tiroid untuk sepanjang hayat.
Punca Tiroid Dan Apa Bahaya Penyakit Tiroid
 

 Ketahui Rawatan Tiroid Tanpa Pembedahan dan 

Kesan Pembuangan Kalenjar Tiroid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *