Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Tips Facial Di Rumah Sendiri

Bagi sesetengah individu facial adalah satu kemestian, tetapi sebenarnya korang boleh lakukan sendiri dirumah. Pelajari teknik-teknik yang mudah ini. Jadi selepas ini korang boleh berjimat tetapi masih boleh kekalkan kejelitaan kulit dengan tips facial dirumah ni. 

tips facial di rumah sendiri
Sebelum melakukan facial atau rawatan muka, perkara paling penting adalah pemilihan produk untuk facial. Sesetengah produk tidak sesuai untuk semua jenis kulit. Jika memilih produk yang salah boleh menimbulkan masalah pada kulit seperti jerawat yang banyak. 
Walau bagaimanapun, tips facial di rumah ini MizzNorra gunakan produk skincare YOUTH dan Suplemen Shaklee. Korang boleh sesuaikan produk korang sendiri. 

Langakah-Langkah, Tips Facial Dirumah Sendiri Yang Simple

1.Wap Muka

Tujuannya membuka liang pori untuk hilangkan kotoran, bintik hitam dan bintik putih. Caranya panaskan air dan masukkan kedalam besen. Dekatkan muka korang dan tutup dengan tuala kecil.


2.Scrub – Peeling
Gunakan scrub lembut seperti alfafa yang dihancurkan, gosok berulang kali pada semua bahagian muka, lebihkan pada bahagian zon-T untuk menangalkan bintik hitam/putih dan kulit mati. Biarkan kering seketika dan bila dengan air suam.
Bagi mereka yang tak ada alfafa boleh gantikan dengan pucuk daun jambu. Hancurkan dan gosok perlahan pada kulit muka. Walau bagaimanapun, scrub tidak boleh dilakukan setiap hari.
Jika korang menghadapi masalah bintik hitam yang serius perlu menggunakan alat khas untuk dikeuarkan. Jangan sesekali picit menggunakan tangan. 
3.Masker
Buatkan masker semulajadi seperti campuran kunyit, madu dan ESP. Sapu rata dan biarkan hingga 10-15 minit. Kesannya kulit akan lembut dan segar. Boleh juga ditukar ESP dengan susu atau putih telur.
Selain itu, daun lidah buaya (Aloe Vera) juga sangat bagus untuk dijadikan masker.


4.Pencuci dan toner
Bersihkan muka dengan pencuci muka, sambil urut muka dengan teknik yang betul untuk lancarkan pengaliran darah. Langkah 4 ini, MizzNora mula menggunakan produk skincare YOUTH. Bilas dengan air dan keringkan muka sebelum memakai toner. Tujuan toner untuk membersih kotoran dalam pori yang tertinggal dan menyegarkan kulit selepas dicuci.
5.Urutan Serum
Ini sangat penting untuk kekalkan kulit yang sihat berseri. Urut secara lembut untuk membantu serum diserap sepenuhnya. Pelajari teknik urutan yang betul untuk kesan awet muda seperti urut dari dalam kearah luar. Gerakkan secara membulat. Urut muka 5-10 minit.
Bagi kesan yang lebih baik, korang boleh cari alatan urut muka yang mudah diperoleh dari web online shopping

Langkah-langkah urutan wajah yang betul  

6.Pelembap SPF & Eye treatment
Langkah terakhir untuk melindungi kulit dari sinaran UV dan mengekalkan kelembapan kulit. Begitu juga eye treatment tidak kurang pentingnya untuk elakkan dark circle, kulit dibahagian mata lebih sensitif, jadi perlukan pelembap yang khusus.
Sangat mudahkan tips facial sendiri di rumah ni, semua boleh dilakukan sendiri dalam 40minit. Pilih skincare yang terbaik dan rasa kesan mewah seperti korang lakukan facil di spa.

2 Replies to “Tips Facial Di Rumah Sendiri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: