Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Tips Tukar Skincare Cara Yang Betul

Sebelum menukar apa-apa skincara, kita perlu ambil tahu dan lakukan cara yang betul sebelum menggunakan skincare baru. Ini penting untuk memelihara kulit daripada tindak balas 2 jenis skincare yang berbeza. Lebih-lebih lagi jika skincare lama yang digunakan sebelum itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan kulit korang jenis yang sensitif.  Jom ikut tips tukar skincare cara betul yang MizzNorra kongsi ni.

tips tukar skincare cara yang betul

Langkah-langkah Penting Sebelum Menukar Skincare

1.Hentikan penggunaan skincare dalam masa 7-14 hari. Cuci muka hanya dengan air suam tanpa pencuci muka atau dengan hirisan lemon. Hanya gunakan sedikit pelembap (skincare baru) untuk mengelak kulit kering.
2.Biarkan wajah neutral 1 minggu, penting untuk wajah korang bebas dari sebarang produk. Ini kerana penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dengan tindakbalas produk baru yang berbeza dengan produk lama.
3. Jika skincare yang mengandungi merkuri atau sebarang bahan kimia berbahaya, walaupun sekadar paraben, mungkin akan timbul jerawat,ruam, kulit kering berminyak apabila penggunaannya dihentikan. Jadi bersabar dan selalu cuci muka dengan air suam.
4. Jika produk skincare lama bebas bahan kimia berbahaya, tiada merkuri dan wajah korang ok. 
3-4 hari sudah ckup untuk neutralkn kulit wajah korang, kemudian boleh terus tukar skincare baru.

Pastikan skincare baru adalah yang lebih baik, selamat dan semulajadi, jika tidak, tak guna amalkan tips tukar skincare cara yang betul ni.

Detok Wajah Sebelum Tukar Skincare

Bagi kulit wajah yang breakout teruk akibat penggunaan skincare bermerkuri boleh amalkan detok wajah ini, juga tips tukar skincare cara yang betul dan berkesan.
Langkah 1 – Gunakan Facemask bBrsifat Detoksifikasi 
Bagi mereka yang berjerawat teruk akibat skincare yang salah, gunakan masker detok yang dibuat daripada tanah liat bentonit. Tanah liat ini bagus untuk menyerap toksin dari kulit dan membersihkan liang-liang roma. Amalkan 2 minggu sekali.
Selangkan dengan masker bersifat antioksidan untuk memulihkan sel sel kulit yang rosak akibat radikal bebas. Campurkan lemon dan yougurt, cara mudah campurkan Vitamin C dan Vitamin E. Sapu rata dan biarkan kering sebelum dicuci dengan air suam.

Sebolehnya bancuh sendiri dari bahan yang ada dirumah korang, yang pastinya bebas pengawet.

tips tukar skincare cara yang betul
Langkah 2: Urut Wajah
Tujuannya adalah untuk melancarkan pengaliran darah dan memelihara sel kulit. Peredaran darah yang baik akan mempercepatkan proses pemulihan. Urutan muka secara lembut, cara urutan  tarik dari bawah keatas, dari dalam keluar.

tips tukar skincare cara yang betul

Langkah 3 – Detok Dari Dalam
Masalah kulit juga berpunca dari dalam, jadi pulihkan sistem badan kita dengan detok atau nyahtoksin dalam badan agar kulit lebih berseri. Bagaimana nak detok?
Minum banyak air kosong/air detok. Jika badan terdehidrasi boleh menyebabkan jerawat semakin teruk.
– Lakukan detok usus dengan meminum air detok. Sisa toksin dalam usus boleh mengakibatkan kulit tidak sihat. 
Detox hati juga penting. Makan makanan yang membantu kesihatan hati, dan elakkan minum kafein dan alkohol. Ini kerana hati adalah pusat meneutralkan toksin dalam darah.
-Makan buah-buahan organik, sayur-sayuran, untuk mengelakkan bahan kimia/bertoksik. Hentikan tabiat merokok dan alkohol.
– Sebolehnya gunakan penapis air untuk mandi dan mencuci muka. Hadkan jumlah klorin/logam meresap padakulit anda.

Langkah 4- Kawal Stres
Selalunya mereka yang menghadapi situasi kulit bermasalah akan stres,  korang perlu ingat, stres akan memburukkan lagi keadaan.  Ada kemungkinan tindakan yang tidak wajar dilakukan. Sebab itu penting untuk mengawal stres korang.

Kesemua langkah ini adalah berkesan untuk dapatkan kulit yang sihat berseri, jangan terburu-buru untuk menggunakan skincare baru walaupun kulit korang bermasalah, ikut tips tukar skincare cara yang betul untuk elakkan keadaan kulit muka yang semakin serius. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: