Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Bagaimana Untuk Kelihatan Kekal Awet Muda

Tua sebelum usia atau penuaan yang tidak selari dengan umur boleh dielakkan.  Malah kita boleh untuk kelihatan kekal awet muda dari usia sebenarnya jika dijaga dari awal.

cara kelihatan kekal awet muda

Tips Untuk Kelihatan Kekal Awet Muda 

1.Minum Air
Percayakah dengan minum air kosong atau air putih sebanyak 3 liter sehari dapat mengembalikan keremajaan kulit?
Kita perlu amalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air kosong membantu sistem penghadaman, elak sembelit dan menyah toksin. Air yang cukup akan membolehkan badan kita berfungsi dengan baik. Petua orang dulu-dulu sentiasa amalkan air suam, elakkan minuman bergula dan berais. Seeloknya air mineral atau natural, air paip yang dimasak masih ada kandungan klorin.
2.Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
Sayur dan buah adalah wajib bagi mereka yang ingin cantik sihat. Lebih-lebih lagi buah yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti avokado dan muscadine grapes dalam mencegah gejala penuaan dan meningkatkan sistem imunisasi.
Sayuran berdaun hijau pula  sangat baik untuk kesihatan tubuh, membekalkan mineral yang diperlukan badan dan mengelak sembelit.
3.Suplemen
Ramai yang menyedari kepentingan suplemen dalam mengekalkan awet muda. Namun pemilihan produk yang salah akan menjejaskan kesihatan dan tidak berkesan untuk cantik sihat. Suplemen yang disarankan terutamanya minuman berkalogen dan produk antioksidan. Kolagen menganjalkan struktur kulit, antioksidan melindungi sel-sel kulit untuk lebih sihat.
4.Rutin Penjagaan Wajah – Anti aging skincare
Perkara ini paling penting. Penggunaan produk penjagaan wajah perlu yang natural dan selamat. Pilih yang berfungsi anti-penuaan.
Krim pelembap berasaskan air lebih baik bagi mereka yang berkulit sensitif. Cuci bersih diselangi toner sebelum menyapu pelembap. Lebih baik pilih yang mengandugi SPF untuk melindungi kulit dari sinar UV.
Begitu juga waktu malam sebelum tidur, pelembap sangat penting untuk bekalkan mineral kepada kulit untuk peenghasilan sel kulit baru.
5.Gaya Rambut atau Tudung
Penampilan seseorang untuk kelihatan muda sangat dipengaruhi gaya pemakaian termasuklah gaya rambut dan tudung. Pilih gaya rambut yang lebih sesuai dengan peringkat umur anda. Atau warna tudung yang boleh menaikkan seri wajah.
6.Make-up
Jika mahu bersolek, pastikan anda belajar sekurangnya asas bermakeup. Ramai wanita bersolek kerana ingin kelihatan cantik serta nampak lebih muda. Namun, cara yang salah boleh membuatkan anda nampak buruk ataupun kelihatan lebih tua daripada usia sebenar anda. 

Sebaiknya anda boleh cuba makeup cara Korea yang lebih mengetengahkan teknik mekap yang simple malah tampak natural, segar seperti ‘tidak mekap’. Ini akan menampakkan anda kelihatan kekal awet muda sentiasa.

kelihatan kekal awet muda

  
7.Tidak Merokok
Selain dari menjejaskan kesihatan, bahan kimia terlarang dalam asap rokok boleh merosakkan sel kulit dan rambut. Berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Juga menjejaskan gigi anda, iaitu warna kekuningan. Elakkan juga dari asap rokok jika anda tidak merokok.

8.Bersenam
Bersenam dapat menyihatkan organ tubuh badan serta otak akan menjadi cerdas. Jadikan rutin dengan minima 30 minit 3 kali seminggu secara konsistan. Selain kesihatan, bersenam mampu mengawal emosi yang positif dan kekal cantik sihat.
9.Tidur
Proses pemulihan atau pembentukkan sel kulit berlaku pada waktu tidur malam. Sebab itu tidur yang mencukupi dan mengikut masa yang tetap amat penting untuk badan sel badan bekerja. Setiap hari kita perlu tidur 6 hingga 8 jam pada waktu malam.
10.Cara Berjalan
Berjalan dengan postur yang tegak menampakkan kita kelihatan lebih bertenaga dan muda. Berjalan tegak tetapi tidak mendada. Banyakkan berjalan juga sebenarnya baik untuk kesihatan terutama bermanfaat untuk jantung.

11.Tangani Tekanan
Tekanan antara faktor utama penyakit dalam tubuh. Apabila kita tertekan, badan akan lebih berasid dan boleh mengundang pelbagai penyakit. Tubuh badan yang sakit akan terkesan pda wajah. Termasuklah masalah kesihatan mental.
Bagi yang muslim, banyakkan berzikir dan bacaan al-quran untuk sentiasa tenang dan redho. Jadikan rutin harian kita dan sentiasa berlapang dada untuk lebih gembira.
12. Surah Amalan
Antaranya surah Yusof, amalkan ketika berdandan pada waktu pagi, disertakan dengan selawat ketika memandang cermin. Atau surah al-waqiah, hafal ayat 35-38 dan baca ketika curahan air mandi di kepala. Kita boleh lihat agamawan, mereka kelihatan kekal awet muda dan berseri walau di lewat usia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: