Cara Merawat Wajah Kusam – Tips Kulit Sihat Cantik Dari Dalam & Luar

Cara merawat wajah kusam untuk dapatkan kulit cantik sihat mestilah dirawat dari dalam dan luar, bukan hanya penjagaan kulit muka sahaja.

cara merawat wajah kusam

1. Minum Air Kosong Secukupnya. 
Dalam tubuh kita terdiri daripada 70% air. Bayangkan jika kekurangan air, pasti sistem tubuh kita bermasalah. Contoh sistem penghadaman untuk menyahtoksin dalam usus akan terganggu. Kesannya bukan hanya pada kesihatan malah kecantikkan kulit juga terganggu.
Elakkan minuman bergula. Gula putih terutamnya akan merangsang AGE protein dengan lebih tinggi dalam badan. Kesan AGE protein kulit akan kusam dan berkedut masalah kesihatan yang lain.
2.Makan Buah dan Sayur
Mesti ada yang terpikir, tips ini cliche sangat. Hari-hari makan sayur dan buah tetapi kulit tak berseri pun. Sebenarnya pemilihan jenis sayur dan buah sangat penting. Bukan hanya dengan kuantiti yang banyak tetapi mesti memilih buah dan sayur yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Dan juga mengandungi bahan aktif anti penuan.

cara merawat wajah kusam

Contoh buah seperti tomato, avokado, oren, lemon. Sayur pula amalkan brokoli dan bayam. Bukan hanya dimasak dalam hidangan, tetapi bagus jika dimakan mentah (kecuali tomato). Cara merawat wajah kusam juga boleh selalu amalkan masker dari bahan-bahan mentah ini.
3.Pencuci Muka Semulajadi & Bebas Bahan Kimia Merbahaya
Kulit cantik berseri sangat dipengaruhi oleh skincare yang digunakan. Jika tidak sesuai kulit muka akan kering berminyak, dan masalah serius yang akan timbul adalah jerawat dan pigmentai. Juga kedutan pada wajah.
Antaranya skincare yang mengandungi paraben, sebenarnya akan lebih memburukkan keadaan kulit. Kesan kulit yang disapu pelembap yang mengandungi paraben dan terdedah kepada matahari akan menyebabkan kedutan yang lebih cepat. Ini kerana paraben sangat sensitif dan bertindak balas pada cahaya matahari.
Bagi kesan yang lebih serius jika skincare yang mengandugi merkuri. Kesan sangat buruk terhadap organ dalam tubuh. Bukan hanya pada kulit, jika ibu yang hamil, kemungkinan keguguran atau kecacatan pada janin sangat tinggi.
Banyak lagi bahan kimia berbahaya seperti Hydroquinone, yang sering digunakan dalam produk kecantikan untuk mendapatkan kesan pantas tetapi berisiko tinggi. Sebab itu, MizzNorra sangat sarankan YOUTH, lebih 1500 bahan kimia diuji.
4.  Lindungi Kulit dari Sinar UV dan Penghawa Dingin
Pendedahan kepada cahaya matahari yang terik antara pukul 11pagi hingga 4petang akan menyebabkan kulit mudah kering. Pastikan anda memilih pelembap muka yang sesuai yang berasaskan air untuk elak kulit berminyak. Juga mengandungi SPF. Jika kulit kering dan terdedah dengan sinar UV, masalah seperti pigmentasi, tona tidak sekata, kusam akan timbul
Jadi pastikan kulit sentiasa lembap walaupun ketika bekerja di pejabat yang berhawa dingin. Penghawa dingin membuatkan kulit kering dan gatal, dan menggalakkan kemunculan garis penuaan.
5.  Sentiasa Positif, Elakkan Stres
Elakkan emosi yang terlampau stres, apa yang terlampau difikirkan akan terzahir di wajah. Jadi penting untuk kita sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dan gembira untuk elak atau kurangkan tekanan.
Ada kajian yang menyatakan, tekanan akan menyebabkan tubuh kita lebih berasid. Jadi kulit menjadi lebih sensitif dan jerawat mula tumbuh dengan cepat.

Dapatkan tidur yang secukupnya juga boleh atasi stres dan membantu sel kulit bekerja dengan lebih efektif untuk pembentukan kolagen pada waktu tidur malam. Kolagen berfungsi memastikan sel-sel kulit diperbaharui agar kulit sihat dan cantik.
6. Vitamin Untuk Kulit Sihat dan Cantik
Ramai yang akui kepentingan vitamin, namun tidak menjumpai suplemen yang berkesan. Ini kerana suplemen yang ada kebanyakkanya hanya menumpukan pada kulit dan tidak pada kesihatan tubuh. Sebagai contoh, minuman berkalogen tetapi rasa manis (gula) dan perasa tambahan sebenarnya tidak bagus sama sekali. Gula dan perasa tambahan akan memburukkan organ tubuh yang lain, akhirnya memberi kesan tidak baik untuk kulit. Ingat, kulit adalah organ tubuh badan dan ia saling berkait. 

cara merawat wajah kusam dari dalam

Dapatkan vitamin semulajadi seperti kolagen, GLA, Vitamin E & C, bahan antioksidan untuk merawat wajah kusam. Info lanjut
7. Senaman
Nampak remeh tapi memainkan peranan yang ketara dalam merawat wajah kusam. Badan yang tidak sihat akan merosakkan seri wajah. Sekurangnya lakukan senaman muka.

 Kesimpulannya, amalkan kesemua tips cara merawat wajah kusam ini dan rasai perubahan pada kulit wajah anda. Paling penting adalah produk penjagaan muka yang terbaik dan sesuai untuk kulit wajah anda. Elak pancaran matahari yang terlampau dan cukupkan nutrisi tubuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *