Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi – Wajib diamalkan untuk kekal awet muda

Kulit adalah organ tubuh yang terbesar. Organ yang sihat bermula dari tubuh yang sihat hasil dari gaya hidup yang sihat.  Ada 3 perkara utama untuk sihat cantik secara semulajadi iaitu pemakanan, bersenam dan suplemen semulajadi dan penjagaan diri. Juga faktor emosi seperti pengawalan stres dengan cuba senyum selalu. 

3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi


Pemakanan

Pemakanan adalah perkara utama yang perlu dijaga untuk sihat cantik secara semulajadi. Kajian menunjukkan yang mereka yang makan lebih banyak gula dan makanan segera ada lebih banyak masalah jerawat. Melebihkan pemakanan serat daripada tumbuh-tumbuhan hijau pula boleh mengurangkan jerawat. 
Air yang di minum dengan cukup membantu badan kita menghasilkan peluh dan menyejukkan kulit yang panas. Terdapat juga laporan yang mengaitkan kekurangan air dalam badan akan menyebabkan pengeluaran lebih minyak dari kelenjar kulit. Sebab itu mesti jaga kelembapan kulit untuk elak minyak yang  menyebabkan masalah kulit berjerawat, kusam dan kering. Jadi amalkan:
1. Diet harian seimbang. Amalkan suku-suku-separuh. Hanya suku pinggan nasi atau karbohidrat. Suku pingan protein dan separuh sayur-sayuran hijau, ulam-ulaman, salad dan buah-buahan segar.  Jangan makan berlebihan.
2. Jangan tambah gula ke dalam makanan atau minuman. Elakkan susu pekat manis dalam minuman, teh tarik, milo yang sangat tinggi kandungan gula, dan minuman bergas.

3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi
3. Kawal sukatan garam dalam makanan iaitu hanya satu sudu kecil sehari. Jangan makan makanan segera,elak makanan yang diproses di kilang untuk pemasaran besar-besaran sebab penuh dengan pengawet. 
  
4. Minum air kosong secukupnya. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Tambah lagi bila bersenam. Untuk ibu menyusu minumlah 12 gelas sehari.
5. MerokokJangan merokok dan elakkan diri menjadi passive smoker yang menghidu asap rokok orang lain.
Kajian telah membuktikan yang menghidu asap rokok yang dihembuskan keluar (passive smoking) juga boleh mengganggu kesihatan kulit, terutamanya bagi kanak-kanak. Mereka yang merokok ada lebih risiko penyakit barah kulit. Ini bukan sekadar tips sihat cantik tetapi terbukti dengan kajian klinikal.
    

Bersenam

Manfaat bersenam terbukti dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikkan kulit. Liang roma yang tersumbat menyebabkan pembiakan bakteria punca kulit berjerawat. Apabila berpeluh, ini membuka liang roma dan mencegah nya daripada tersumbat.
3 Tips Sihat Cantik Secara Semulajadi

1.Berpeluh juga memberikan kelembapan moisturiser terbaik untuk kulit kita. Lebih kerap kita bersenam lebih sihat lah kulit kita, kekebalan immune sistem juga semakin baik., dan organ dalaman lebih sihat kerana lebih banyak lagi toksin dikeluarkan. 
2.Jaga berat badan iaitu turunkan berat badan jika berlebihan ke tahap yang sihat. Untuk masyarakat Malaysia, Body mass index (BMI) yang obesiti dan memudaratkan kesihatan ialah 27.5 ke atas. BMI berat badan berlebihan ialah 23 ke atas. 
3.Konsistan bersenam dengan kerap, iaitu 20-30 minit setiap hari. Bagi wanita jangan lupa mengamalkan senaman Kegel seumur hidup kita untuk mengelakkan masalah rahim jatuh atau tombong.
4.Selepas bersenam, dan selepas berhenti berpeluh, basuh muka dengan air biasa dan jangan biarkan peluh yang berlebihan yang mengandungi toksin dan bakteria yang dimusnahkan itu kering di atas kulit anda. Ini sangat berkesan untuk mereka yang ada atopic dermatitis atau ekzema (iaitu sweat management) dan boleh mencegah jerawat.
  

Suplemen Semulajadi

Suplemen adalah makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi/vitamin yang wajib untuk kulit terus anjal dan flawless. Nutrisi yang lengkap akan menyihatkan sel-sel badan tertermasuk suk organ kulit. 
Kenapa suplemen semulajadi ini penting? Ini kerana walaupun diet kita lengkap namun nutrisi  dalam sumber makanan tidak semestinya lengkap. Kandungan nutrisi dipengaruhi bagaimana sumber makan itu dihasilkan. Cara dan teknik masakkan. Jadi penyelesaianya hanya dengan suplemen semulajadi sebagai nutrisi tambahan. 

3 tips sihat cantik secara semulajadi

Jangan malas amalkan tips sihat cantik secara semulajadi ini, bukan hanya cantik tetapi sebenarnya ini semua penting untuk menjaga kesihatan tubuh juga, cegah penyakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: