Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Fungsi dan Kebaikkan Omega Guard Shaklee

fungsi dan kebaikkan omega guard shaklee

Omega guard Shaklee adalah pati minyak ikan yang tulen dari sumber ikan laut dalam air sejuk. Antaranya sardin, mackerel, herring dan anchovies. Ini adalah ikan-ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi. Omega  guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA, dan banyak lagi. Fungsi dan kebaikkannya hanya dengan satu sajian Omega Guard Shaklee sudah membekalkan 905mg asid-lemak omega-3 EPA dan HDA. fungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikanAsid lemak Omega-3 adalah lemak sihat atau ‘baik yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Fungsi dan kebaikkan omega guard (omega-3) juga mampu untuk:

 -menyokong kesihatan kulit
 -membantu penurunan berat badan.
 -meningkatkan sistem imun mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.
Kajian membuktikan pengambilan Omega- 3 secara konsistan membantu untuk:
Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen Omega-3 adalah penting. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1,000-2,000 mg minyak ikan sehari.
Untuk melengkap keperluan ini, setiap individu dewasa perlu mengambil 2-3 hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan laut dalam, ianya adalah saranan yang optimum untuk memastikan pengambilan EPA / DHA yang mencukupi.

Kelebihan Omega Guard Minyak ikan Shaklee

Proses penghasilan minyak ikan Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini iaitu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Proses ini juga mampu menyingkirkan kesemua bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB  (polychlorinated biphenyl -merupakan bahan kimia industri  yang sangat toksik) dan toksin lain.
Kebanyakan pengeluar lain menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.
fungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan

Kandungan Omega Guard- Minyak Ikan Shaklee

Fungsi dan Kebaikkan Utama Omega Guard Minyak Ikan Shaklee 
Asid lemak – omega-3 merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan hormon wanita yang berkait dengan PMS dan  kecantikkan kulit.
Mencegah penyakit saluran darah dan strok – DHA dan EPA boleh mengawal thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan perkembangan memori – DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine.
Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru – mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.
Menentang kanser – kajian menunjukkan bahawa Omega-3 menentang keradangan sel dan boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) – Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan, mencegah arthritis sendi, memelihara fungsi-fungsi sendi dan menghalang gout dengan baik.
Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan – Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
fungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan
American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz tapak tangan orang dewasa sebanyak dua kali seminggu. Pilih jenis ikan yang mengandungi tinggi omega-3. Ini dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

2 Sebab Kenapa Perlu Omega Guard Walaupun Ikan Sudah Diambil

Tidak semua orang makan ikan secara kerap dan cukup. Kesannya keperluan omega -3 akan berkurang.
Juga kemungkinan adanya risiko pencemaran yang terdapat dalam ikan biasa. Iaitu pencemaran dengan merkuri, plumbum atau toksin lain.
Disebabkan ini juga ramai yang beralih kepada suplemen minyak ikan sebagai jalan penyelesaian. Apabila minyak ikan diproses dengan betul, bahan pencemar boleh disingkirkan atau dikurangkan ke tahap di mana ianya tidak seharusnya menimbulkan risiko.

Kajian Setempat Kesan Omega-3

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia. Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza. Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis.
Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk & dalam menunjukkan ikannya mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpalan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Siapa Yang Tidak Digalakkan Mengambil Minyak Ikan?

Minyak ikan melincirkan salur darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Cadangan Pengambilan Omega Guard Shaklee 

Dewasa: Untuk penjagaan kesihatan : 2 kapsul sehari, 1 kapsul setiap kali ambil (sebelum atau sesudah makan). Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi : 2 kali sehari, 2-4 kapsul setiap kali  ambil
Kanak-Kanak: Untuk perkembangan dan tumpembesaran yang sihat cergas : 1-2 kapsul seminggu.
Sendawa bau hanyir ikan? Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong untuk elak sendawa hanyir,  fikirkan fungsi dan kebaikkan omega guard  lebih bernilai untuk kesihatan.
 

Bagaimana dapatkan Omega Guard dengan harga murah: 

Hubungi kami: Call/Whatsapp/Telegram – 019 7064120

Testimonifungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan shakleefungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikanfungsi dan kebaikkan omega guard minyak ikan

Hubungi kami: Call/Whatsapp/Telegram – 019 7064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: