Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

7 Tips Hilangkan Penat Ketika Hamil

7 Tips Hilangkan Penat Ketika Hamil

Rasa penat ketika hamil adalah normal terutamanya  trimester pertama kerana perubahan hormon dan alahan. Namun tidak boleh dibiarkan sehingga menganggu aktiviti harian anda, terutama mereka yang bekerjaya. Jom Norra kongsikan 7 Tips Hilangkan Penat Ketika Hamil yang sangat membantu kita semua.

7 Tips Hilangkan Penat Ketika Hamil

Keletihan ini biasanya berkurang pada trimester kedua dan akan kembali semula pada trimester ketiga atau apabila hampir kepada tarikh bersalin.

Apabila perut semakin besar, ibu akan sukar untuk tidur dengan cukup kerana kurang selesa atau selalu terjaga untuk ke tandas. Masalah cramp, sakit belakang akibat tekanan berat bayi pada tulang belakang dan sebagainya.

Keadaan ini menjadi punca wanita hamil sentiasa letih dan mengantuk, terutamanya di siang hari. Keletihan juga boleh menjadi petanda penyakit lain seperti anemia atau kurang gula dalam darah. Dengan Tips Hilangkan Penat Ketika Hamil akan membantu anda lebih bertenaga setiap hari.

 

Bagamana Saya Berjaya Hilangkan Penat Ketika Hamil?

Sebagai pengajar, saya perlu sentiasa bertenaga. Berhadapan dengan pelajar yang ramai perlu sentiasa cergas dan aktif. Dengan 7 Tips Hilangkan Penat Ketika Mengandung saya sentiasa cergas ini:

  1. Peka Keupayaan Diri

Bagi mereka yang sentiasa sibuk perlulah peka dengan keadaan diri sendiri. Jika rasa kurang selesa atau penat, ambil masa sekejap untuk rehat atau duduk. Jika boleh tidur 15-20 minit pada waktu tengah hari.

 

  1. Makan Secara Teratur

Pastikan waktu makan kita sentiasa terjaga. Makan ikut masa sangat berkesan untuk elak dari terjadinya pedih ulu hati atau gastrik. Ibu juga akan rasa sentiasa bertenaga

 

  1. Makan Dan Minum Secara Sihat

Pilihan menu lengkap dengan nutrisi yang diperlukan, protein, kalsium, serat dari buah-buahan dan sayuran. Mudahnya amalkan suku-suku separuh. Pilih sumber kaborhidrat yang rendah GI.

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Lebihkan air kosong, kurangkan atau tinggal minuman bergula. Elakkan kafein.

 

  1. Senaman Ringan

Keluar untuk hirup udara segar. Amalkan senaman ringan seperti renganngan, berjalan dan naik tangga selama 20-30 minit ikut keupayaan sendiri. Pasikan anda bernafas dengan teknik yang betul.

 

  1. Semak Semula Jadual Harian

Bagi mereka yang mengalami alahan yang serius, perkara ini sangat penting. Ini kerana anda sudah terbatas untuk melakukan tugasan harian. Jangan letakkan semua beban di bahu anda. Berbincang dengan majikan untuk mengurangkan waktu bekerja. Begitu juga apabila hampir tempoh bersalin. Ambil cuti bersalin 1-2 minggu lebih awal untuk berehat sekiranya perlu.

Minta bantuan dari pasangan untuk tugasan di rumah dan untuk urusan anak-anak buat sementara waktu.

 

6. Jangan Takut Dianggap Manja

Kehamilan adalah unik dan berbeza. Setiap orang mengalami keadaan yang berbeza. Ada mereka yang alahan teruk sehingga tidak mampu untuk melakukan aktiviti harian. Ada yang cuma mengalami lenguh-lenguh badan.

Sebab itu amat penting bagi ibu mengandung untuk tahu apa yang badan anda perlukan. Jangan terlalu memikirkan tanggapan orang sekeliling. Rasa Minta bantuan jika rasa perlu. Dapatkan bantuan untuk kerja-kerja di pejabat.

 

  1. Kawal Stress

Stress membuatkan tubuh kita sangat letih. Ada kajian mengatakan stress akan membentuk radikal bebas yang tidak baik untuk tubuh. Juga menyebabkan tubuh kita lebih berasid dan mudah timbulnya penyakit. Stress ketika hamil juga merupakan faktor risiko meroyan ketika berpantang.

 

Cara Berkesan Tambah Tenaga

Makan dalam kuantiti yang banyak tidak membantu anda untuk menambah tenaga. Malah memburukkan keadaan. Makan cara sihat dan ambil makanan tambahan yang terbukti berkesan untuk bekalkan tenaga kepada ibu hamil.

Sumber tenaga utama adalah protein, karbohidrat yang tidak diproses dan lemak sihat. Protein penting untuk ibu dan tumbesaran bayi. Lebihkan pengambilan ayam, ikan dan tauhu. Elak lemak atau kulit ayam dan organ haiwan.

Pilih nasi atau karbohidrat sihat seperti bijirin penuh atau yang rendah GI. Makanan bergoreng dan marjerin juga perlu digantikan dengan dengan minyak sihat semulajadi seperti avokado dan mentega kacang.

Banyakkan makanan mengandungi zat besi untuk stabilkan paras hemoglobin. Kesan HB yang rendah adalah tubuh kekurangan oksigen dan kita mudah penat. Jika keadaan serius anda boleh pitam atau keguguran. Lebihkan buahan seperti delima, kurma dan buah tin.

            7 Tips Hilangkan Penat Ketika Hamil

 

Vitamin Untuk Tambah Tenaga Semasa Hamil

Vitamin sangat penting untuk melengkapkan keperluan nutrisi yang sihat. Tidak semua makan yang diambil boleh menyediakan nutrisi tertentu untuk keperluan ibu dan bayi.

ESP Menyediakan protein lengkap dengan kesemua asid amino yang diperlukan badan. Ini adalah minuman wajib saya setiap pagi ketika mengandung. Cara mudah hanya bancuh dengan susu segar. Atau blend dengan kurma untuk lebih berkhasiat.

Vitalea– Multivitamin yang mengandungi zat besi. Dijamin tiada rasa loya atau muntah dengan Vitalea berbanding obimin atau iberet. Anda patut cuba terutama mereka yang ada HB rendah.

B complex – Keperluan utama bcomplex untuk mengurangkan risiko kecacatan janim. Fungsi bcomplex juga menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stress dan menjaga kesihatan saraf. Kesan yang saya rasai sendiri dengan Bcomplex adalah hilang rasa kebas-kebas tangan.

Ini adalah keperluan asas untuk tambah tenaga ketika hamil, namun vitamin lain juga penting seperti Kalsium (ostematrix) untuk kekuatan tulang dan sendi kita. Hilangkan rasa lenguh, sakit belakang dan cramp dan elak sembelit. Info lengkap vitamin terbaik untuk keperluan ibu hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: