Antioksidan Untuk Kesihatan-Kecantikkan Tak Penting!!

Antioksidan adalah bahan yang dapat mencegah atau melambatkan kerosakkan sel-sel badan dan sel kulit daripada tindak balas radikal bebas. Adakah benar Antioksidan Untuk Kesihatan-Kecantikkan Tak Penting!!

Antioksidan Untuk Kesihatan-Kecantikkan Tak Penting!!

Bagaimana Radikal Bebas Terhasil

Radikal bebas adalah bahan buangan yang dihasilkan oleh sel-sel dalam tubuh kita ketika proses metabolisma.

Faktor radikal bebas dalam tubuh boleh meningkat disebabkan persekitaran. Udara yang kita bernafas tercemar dengan asap kenderaan, asap rokok. Ini akan meningkatkan radikal bebas dalam tubuh.

Faktor lain seperti radiasi matahari, persekitaran beradiasi, makanan mengandungi pestisid, semuanya menyebabkan radikal bebas dalam tubuh bertambah.

 

Aktiviti tubuh yang menyebabkan tekanan oksidatif/radikal bebas termasuk:

  • Aktiviti mitokondria (proses metabolisma)
  • Senaman berlebihan
  • Kerosakkan sel tisu akibat keradangan dan kecederaan
  • Makanan tidak sihat terutamanya makanan proses, lemak trans
  • Pemanis buatan iaitu gula, dan pewarna.
  • Merokok atau terdedah dengan asap rokok
  • Pencemaran alam sekitar
  • Radiasi, juga radiasi dari sinar UV.
  • Terdedah dengan bahan kimia, seperti racun serangga,dadah,kemoterapi

 

Kesan Radikal Bebas Terhadap Kesihatan

Sekiranya tubuh tidak dapat memproses dan mengeluarkan radikal bebas dengan cekap, tekanan oksidatif boleh berlaku. Kesannya boleh merosakkan sel dan fungsi badan. Kadar proses penuaan serta kadar kematian sel yang lebih cepat

Tekanan oksidatif dikaitkan dengan penyakit jantung, strok, penyakit pernafasan, kekurangan imun, parkinson, keradangan.

Penyakit degenerasi seperti sakit sendi, artritis, sakit salur darah, katarak, penyakit kronik yang lain termasuk penyakit kanser dan lain-lain.

Radikal bebas juga dikaitkan dengan masalah psikologi termasuk tekanan perasaan (stress) dan kemurungan. Semua masalah kesihatan ini berlaku jika badan mengandungi kandungan radikal bebas yang berlebihan untuk jangkamasa panjang.

Sumber Antioksidan

Antioksidan diperolehi dari dalam badan kita sendiri dan juga daripada sumber luar.

Tubuh kita mempunyai mekanisma sendiri (antioksidan) untuk meeneutralkan radikal bebas. Beberapa enzim yang bertindak sebagai antioksidan dan paling penting adalah:

  • Superoxide Dismutase
  • Catalase
  • Glutathione Peroxidase
  • Selenium methionine peroxidase

Sumber luar diperolehi dari makanan yang berasaskan nutrien dan tumbuhan tertentu. Tidak semua tumbuhan kaya dengan antioksidan.

  1. Nutrin yang juga Antioksidan :
  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • Beta-karoten
  • Selenium
  • Manganase
  • Zink
  1. Lain-Lain antioksidan. Selain daripada vitamin, mineral dan enzim, terdapat banyak lagi bahan yang merupakan antioksidan, di antaranya adalah:
  • Koenzime Q10
  • Asid lemak
  • Fucoidan
  • Phytochemical (tumbuhan): Contoh 1. Krotenoid dalam tomato, karot dan bayam. 2. Flavonoid dalam anggur, beri, apel. 3. Glutathione dalam sayur hijau. 4.Isoflavone diperolehi dari kacang pea, kacang soya. 5.Lignan (kacang, biji bunga matahari), 6.Phenol (anggur, beri, teh) dan lain-lain.

 

Manfaat Antioksidan

Antioksidan dapat meneutralkan radikal bebas dalam badan kita, dan ini boleh meningkatkan kesihatan secara meyeluruh.

Seterusnya melindungi sel daripada tekanan oksidatif. Ini lah manfaat utama antioksidan iaitu mengurangkan dan melindungi sel akibat tekanan oksidatif/radikal bebas.

Juga sangat dipercayai, antioksidan mampu kekalkan kecantikkan kulit untuk kekal awet muda. Ya, ini yang paling famous sejak dahulu lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dibuktikan dengan pengambilan antioksidan yang lebih tinggi dapat mengurangkan risiko penyakit. Maksudnya kita perlulah seimbang, bukannya hanya bergantung kepada antioksidan. Jadi amalkan gaya hidup sihat.

Antioksidan Untuk Kesihatan-Kecantikkan Tak Penting!!

 

Antioksidan Yang Terbaik

Vivix – Sumber luar antioksidan yang terbaik, kajian secara klinikal membuktikkan pengambilan vivix mampu memelihara sel dan melambatkan pemendekkan telemoras sel sebanyak 40%.

Carotomax – Terdiri daripada enam karotenoid utama termasuk astaxanthin, alfa dan beta karoten, lycopene, lutein dan zeaxanthin ekstrak dari bahan semulajadi.

Vitamin E – penting untuk mengekalkan kesihatan, kajian menunjukkan Vitamin E mampu meningkatkan fungsi imun orang dewasa.

Vitamin C sustained release– Fungsi utamanya sebagai antioksidan dengan melepaskan 500mg vitamin C dalam tempoh lima jam. Ini meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C dalam tubuh.

CoQtroll– Campuran proprietari semulajadi 100mg Coenzyme Q10 ditambah resveratrol dan tokoferol.

 

Perlukan vitamin/antioksidan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *