Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Cara Mengatasi Kanser – Berkesan Dengan Antioksidan

 

Cara Mengatasi Kanser - Berkesan Dengan Antioksidan

Enzim pankreas bertindak mencerna protein haiwan dan mampu mencerna kot protein sekitar sel kanser. Ini penting untuk membantu sistem imum menjumpai sel kanser untuk dimusnahkan. Jadi Cara Mengatasi Kanser perlu mengurangkan protein haiwan dan lebih serat dari tumbuhan yang kaya dengan antioksidan.

Pengambilan protein haiwan yang tinggi menyebabkan enzim pankreas (trypsin dan chymotrypsin) berkurang. Kesannya sel-sel kanser tidak dikesan oleh sistem imun dan sel kanser mula membiak.

 

Faktor Pembentukkan Kanser Daripada Makanan

Satu bahan kimia dikenal pasti menyebabkan kanser pada haiwan makmal daripada beberapa makanan yang digoreng dan dibakar pada suhu yang sangat tinggi. Bahan kimia ini ialah arcylamide, ditemui oleh penyelidik Sweden dalam makanan yang tinggi dengan karbohidrat yang telah digoreng. Dan dipanggang pada suhu yang tinggi.

Amalkan penyediaan pemakanan yang sihat adalah Cara Mengatasi Kanser yang terbaik.  Lebihkan serat  tumbuhan yang mengandungi antioksidan/Xeno. Kurangkan makanan bergoreng (lemak), dipanggang dan pretein haiwan.

Sumber Antioksidan yang paling tinggi polifenol (xeno)

 

Fakta Kajian Punca Kanser

  1. Diet harian yang berasaskan protein haiwan meningkatkan risiko kanser. 1/8 wanita US dikesan mempunyai kanser payudara. Wanita Malaysia pula 1/19.
  2. Perokok Jepun per kapita paling tinggi tetapi kes kanser paru-paru paling rendah. Diet masyarakat Jepun adalah berasaskan tumbuhan.
  3. 50-75% kematian akibat kanser berkaitan dengan gaya hidupp atau tabiat individu tersebut.
  4. 30% kematian akibat kanser berkaitan dengan merokok.
  5. 30% kematian akibat kanser di Amerika Syarikat berkait dengan tabiat pemakanan yang buruk dan tidak aktif yang membawa kepada obesiti.
  6. Risiko kanser boleh dikurangkan dengan meningkatkan pengambilan buahan dan sayuran serta mengurangkan makanan tinggi lemak dan gula.

 

Hasil Kajian Keatas Jenis-jenis Kanser

Kanser Payudara

Penyelidik memberi Rasveratrol kepada tikus bermula 7 hari sebelum mereka menerima suatu agen toksik yang mengakibatkan kanser payudara. Selepas rawatan 69 hari, keadaan kanser pada tikus yang menerima resveratrol berkurang 50%. Walau bagaimanapun, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa resveratrol melambatkan pembentukkan kanser, ia lebih berkesan pada peringkat permulaan dan promosi daripada peringkat perkembangan.

Kanser Paru-paru

Dalam satu kumpulan haiwan, faktor xeno yang diberi selama 32 hari selepas implantasi tumor malignant. Hasil yang diperolehi adalah tumpembesaran tumor terencat serta pembentukkan kapilari darah pada tapak tumor berkurang dengan berkesan.

Kesan selepas memasukkan resveratrol dan quercetin kedalam kaviti abdomen untuk merawat sel tumor dikawasan tersebut,  didapati isipadu tumor berkurang 42% dan metastasis kepada peparu sebanyak 56%.

Kanser Kulit

Kajian keatas tikus tanpa rambut/bulu yang diberi resveratrol, tidak berlaku pembengkakan yang lazimnya terjadi jika didedahkan dengan cahaya UVB.

Kanser Kolon

Kajian menunjukkan negara yang mengamalkan pemakanan lebih protein haiwan seperti daging, lebih gula dan kurang bijirin, rekod kanser kolon yang jauh lebih tinggi.

Makan lebih 10gram tambahan serat sehari boleh mengurangkan risiko kanser kolon. Serat diperolehi dari tumbuhan yang kebanyakkan mengandungi tinggi antioksidan.

Kanser Prostat

Risiko kanser prostat adalah 5.1 kali kepada mereka yang mempunyai tahap darah IGF yang lebih tinggi dari normal.

Kesimpulannya, Cara Mengatasi Kanser adalah amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup lebih aktif (cegah obesiti, kawal gula). Pemakanan sihat adalah lebihkan buahan dan sayuran yang tinggi antioksidan (xeno). Ini kerana faktor xeno seperti resveratrol bertindak menghalang kesemua tiga mekanisma pembentukkan kanser. Permulaan, promosi dan perkembangan kanser akan terhalang dengan antioksidan, anti keradangan dan anti angiogenik.

Sumber Dr.Haresh

Faktor luaran seperti radikal bebas juga meningkatkan faktor risiko kanser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: