Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Cara Mengatasi Kencing Manis Ketika Hamil

Kencing manis atau diabetes ketika mengandung dipanggil sebagai Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Mereka yang mengalami GDM selalunya sebelum hamil tidak mengetahui mereka ada menghidap diabetes, tetapi mempunyai paras glukosa dalam darah yang tinggi ketika mengandung.  Cara Mengatasi Kencing Manis Ketika Hamil yang lebih berkesan sebenarnya perlu dikawal sejak sebelum kehamilan lagi.

cara mengatasi kencing manis ketika hamil

 

Bacaan Paras Gula GDM

Glucose (mmol/l) Berpuasa 2 Jam Selepas Minum Air Gula
Normal < 6.1 < 7.8
GDM > 7.8

Punca GDM Walaupun Bebas Diabetes Sebelum Hamil

Perubahan hormon yang dihasikan oleh plasenta/uri  boleh menyebakan insulin dalam badan terganggu. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu fungsi insulin yang dipanggil rintangan insulin.

Semakin plasenta membesar, lebih banyak hormon yang dihasilkan seterusnya menyebabkan rintangan insulin semakin tinggi. Sebab itu, lazimnya GDM timbul pada trimester kedua dan ketiga.

Apabila rintangan pada insulin meningkat, pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika paras gula masih tidak terkawal, maka GDM akan berlaku.

Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak tetapi memerlukan rawatan bagi keadaan yang serius. Pesakit juga menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes di masa hadapan. Oleh sebab itu, pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan susulan selepas bersalin.

 

Faktor Risiko GDM

Peratus GDM dikalangan ibu hamil adalah 1-14% setiap tahun. Pesakit yang sememangnya menghidapi diabetes berisiko tinggi untuk menghidap GDM. Namun ada juga wanita menghidap GDM tanpa sebarang penyakit diabetes sebelum hamil. Faktor-faktor berlakunya GDM:

  1. Sejarah keluarga menghidapi diabetes samada ayah atau ibu.
  2. Berumur 25 tahun keatas
  3. Berat badan yang tidak normal sebelum mengandung.
  4. Pernah menghidap GDM.
  5. Pernah melahirkan bayi sebelumnya dengan berat bayi 4kg keatas.

Kesan GDM

GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang dikandung. Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri. Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi.

cara mengatasi kencing manis ketika hamil

Antara komplikasi GDM adalah kepada Bayi

-Kajian terbaru menunjukkan peratusan autism anak yang lahir dengan keadaan DGM ialah 50-65%.

-Tumpembesaran bayi yang tidak normal

– Bayi anda berisiko mengalami makrosomia (besar), dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean.

-Kesan makrosomia selepas kelahiran, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) disebabkan pengeluaran insulin dari pankreas bayi yang tinggi sejak dari kandungan.

-Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan, kesan dari paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.

-Bayi mudah berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa.

-Juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.

Antara komplikasi GDM Kepada Ibu

Sama seperti risiko pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit.

Dalam kebanyakan kes bayi anda membesar secara berlebihan, anda akan susah melahirkan bayi secara normal atau mungkin perlukan pembedahan.

Ibu juga berisiko dengan peningkatan tekanan darah tinggi yang serius, sehingga membahayakan keadaan ibu dan bayi semasa kehamilan dan juga ketika bersalin.

 

Cara Mengatasi Kencing Manis Ketika Hamil

Rawatan untuk GDM atau Cara Mengatasi Kencing Manis Ketika Hamil adalah memastikan paras glukosa dalam darah sentiasa berada di paras normal ketika mengandung. Caranya dengan amalkan diet yang betul, senaman dan pasti rawatan dan nasihat dari yang pakar.

Doktor akan menasihatkan anda supaya mengikuti pelan pemakanan atau diet yang sesuai dan juga meningkatkan aktiviti fizikal supaya paras glukosa dapat dikurangkan. Selalunya paras glukosa dipantau secara ideal iaitu 4 hingga 6 kali sehari untuk memastikan glukosa sentiasa normal.

 

Pemakanan Ibu GDM

Pemakanan adalah langkah pertama yang dilakukan untuk menurunkan paras glukosa disamping aktiviti fizikal. Jika kedua-dua ini tidak memberi hasil atau kesan yang positif, terapi insulin akan diberikan oleh doktor.

Pemakanan yang betul penting untuk mengekalkan paras gula di dalam darah. Paras glukosa boleh dikawal dengan mengira kalori yang diambil. Kolari yang diperlukan oleh ibu hamil bertambah sebanyak 300 kalori pada trimester kedua dan ketiga kehamilan.

Kalori wanita normal perlukan adalah 1800 kcal sehari. Ibu hamil perlukan kalori sebanyak 2100 kalori setiap hari sehingga tempoh 14 minggu kehamilan dan meningkat 300 kalori mengikut trimester. Pelajari pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal. Antaranya:

-Mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji.

-Mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran,

-Ambil diet yang rendah lemak, elakkan terutama lemak tepu

-Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.

-Elakkan makanan yang bergoreng.

-Elakkan sama sekali minuman bergula.

Langkah Mengawal Gula Dengan Berkesan

 

Senaman

Aktiviti fizikal sederhana yang kerap dan konsistan dapat mengurangkan risiko GDM. Senaman akan meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan anda, sekali gus mengekalkan paras glukosa darah yang optimal.

Senaman juga melancarkan pengaliran darah, ini membantu mencegah keadaan ketidakselesaan semasa hamil seperti sembelit, sakit belakang dan kekejangan otot.

Contoh senaman seperti berjalan, meregangkan badan atau mengangkat pemberat ringan  selama 15 minit sebanyak tiga kali seminggu. Anda boleh tingkatkan kekerapan dan tempoh bersenam secara beransur-ansur jika berasa selesa dengan senaman itu.

Teknik Senaman Ibu Hamil

Rawatan Insulin

Jika amalan diet dan senaman gagal mengawal paras gula dalam darah, doktor  mungkin akan mengesyorkan suntikan insulin. Insulin tidak boleh diberi secara oral kerana ia akan dihadamkan seperti protein di dalam makanan dan menyebabkan fungsinya hilang. Insulin diambil secara suntikan ia selamat digunakan semasa hamil dan hanyalah bersifat sementara kerana bagi kebanyakan kes, paras glukosa darah anda akan kembali normal selepas bersalin.

Suntikan perlu dilakukan sendiri kerana perlu diambil setiap hari. Sukatan insulin yang diperlukan untuk memastikan paras glukosa darah dalam tahap normal akan meningkat mengikut perkembangan kehamilan. Ini tidak bermakna GDM semakin teruk. Tetapi uri yang membesar akan menghasilkan paras hormon yang menentang tindakan insulin juga semakin meningkat. Akhirnya anda memerlukan lebih insulin untuk mengatasi kesannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: