Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Kolestrol Tinggi – Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat

Kolesterol Tinggi hanya boleh dikesan dengan ujian darah iaitu ujian lipid. Sampel darah diambil dan dianalisis. Anda mestilah berpuasa  sekurangnya 12 jam sebelum darah diambil. Bagaimana pula Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat untuk mengatasi Kolestrol Tinggi.?

Kolestrol Tinggi - Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat

Ujian lipid darah memberikan jumlah kolesterol iaitu kolesterol HDL, kolesterol LDL, dan trigliserida. Paras kolestrol yang normal adalah:

Kolesterol LDL: kurang daripada 100 mg / dL.

Kolesterol HDL: 60 mg / dL atau lebih tinggi.

Trigliserida: kurang daripada 150 mg / dL.

Total kolestrol yang sihat di bawah 200 mg (5.1 mmol / L).

Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, kolesterol LDL di bawah 70 mg (1.8 mmol / L). LDL bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal iaitu tidak ada faktor risiko. Tapi yang sebaiknya bawah 100 mg.

Sumber myhealth.gov

Gejala Kolestrol Tinggi

Kolestrol Tinggi adalah pembunuh senyap. Ini kerana kolesterol tinggi tidak mempunyai gejala atau tanda. Cuma beberapa simptom umum sama seperti masalah kesihatan yang lain. Ujian darah adalah satu-satunya cara untuk mengesan kolesterol tinggi atau tidak stabil.

-Kaki sering rasa kebas atau bengkak. Ini kerana darah bergumpal dan menyebabkan aliran ke kaki tidak lancar. Apabila pembuluh darah makin sempit, kaki akan membengkak.
 
-Sakit dada sebelah kiri akan terjadi apabila salur darah di bahagian jantung tersumbat dengan banyak plat kolestrol.
 
-Mudah letih dan mengantuk kerana salur darah tersumbat dengan kolestrol. Ia menyebabkan oksigen ke otak terhalang dan berkurang.
 
-Timbul bintik-bintik putih pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigleserida yang tinggi.
 
-Sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher disebabkan arteri yang semakin sempit. Jadi aliran darah ke otak berkurang.
 
-Mengalami benjolan padat pada siku, tumit atau lutut.

 

Komplikasi Kolestrol Tinggi

Kolesterol tinggi boleh menyebabkan aterosklerosis, pengumpulan kolesterol berbahaya dalam salur darah. Komplikasi kolestrol tinggi adalah:

Serangan di bahagian jantung – Sekiranya plak pecah, pembekuan darah boleh terbentuk di tapak plak. Keadaaan ini menghalang aliran darah atau melawan arus aliran. Jika aliran darah ke bahagian jantung berhenti, anda akan mengalami masalah jantung koronori.

Kolestrol Tinggi - Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat

 

Serangan di bahagian otak – Stroke, keadaan yang sama dengan serangan jantung, jika aliran darah ke bahagian otak tersekat oleh bekuan darah, strok akan berlaku.

Kolestrol Tinggi - Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat

 

Faktor-faktor Risiko Meningkatkan Kolestrol

Faktor yang boleh meningkatkan risiko kolesterol tinggi termasuk:

  • Makan lemak tepu (lemak trans) produk haiwan, selalunya digunakan dalam biskut komersil
  • Daging merah dan produk tenusu penuh lemak.
  • Obesiti. Individu yang indeks jisim badan (BMI) sebanyak 30 atau lebih lebih, lagi berisiko kolesterol tinggi.
  • Lingkaran pinggang yang besar. Risiko bertambah jika anda seorang lelaki dengan lilitan pinggang mencecah 40 inci (102 sentimeter). Wanita pula dengan lilitan pinggang sekurang-kurangnya 35 inci (89 sentimeter).
  • Kurang aktiviti fizikal. Kadar pengempaman darah daalm jantung yang sentiasa perlahan menggalakkan pemendapan plak kolestrol.
  • Merokok. Rokok merosakkan dinding saluran darah,dan mudah mengumpul plak lemak. Merokok juga boleh menurunkan kadar kolesterol HDL.
  • Diabetes. Gula dalam darah tinggi menyumbang kolesterol LDL yang lebih tinggi dan kolesterol HDL yang lebih rendah. Gula dalam darah tinggi juga merosakkan lapisan arteri.

 

Pencegahan Kolestrol Tinggi

Pencegahan yang boleh dilakukan adalah ubah gaya hidup yang lebih sihat iaitu:

  • Makan makanan rendah garam, elakkan makanan proses.
  • Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
  • Hadkan jumlah lemak haiwan dan ambil lemak baik seperti lemak omega 3.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.
  • Tidak merokok dan mengambil alkohol.
  • Senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.

Pemakanan yang disarankan untuk menurunkan kolestrol tinggi

 

Rawatan Kolestrol Tanpa Ubat

Rawatan tanpa ubat adalah pencegahan dari awal sebelum timbulnya komplikasi kolestrol tinggi. Amalkan gaya hidup yang disarankan seperti bersenam, dan ambil diet sihat dalam pemakanan harian.

Juga untuk menurunkan kolestrol tinggi dengan lebih berkesan perlukan suplemen semulajadi yang sebetulnya seperti omega 3 dan phytocol.

Keperluan lengkap menurunkan kolestrol tinggi dengan berkesan dan terbukti secara klinikal.

Bagi mereka yang mengambil satin (ubat kolestrol), paras CoQ10 dalam sel akan menurun. Untuk meningkatkan semula CoQ10 dalam sel badan anda perlukan CoQtroll.

 

Hasil Konsistan Omega Guard dan Bcomplex

Bagi mereka yang tidak ada masalah kolestrol tinggi, sangat penting untuk menstabilkan paras kolestrol dari awal . Inilah yang sama amalkan dan terbukti sangat berkesan. Tanpa diet tertentu, Kurang bersenam tapi masih boleh kekalkan paras kolestrol dengan baik

Ujian Lipid saya pada 30/1/2018

Kolestrol Tinggi - Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat

 

Ujian Lipid saya pada 2/8/2018

Kolestrol Tinggi - Gejala dan Rawatan Tanpa Ubat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: