Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Makanan Untuk Kolestrol Tinggi

Masalah kolestrol sangat berkait dengan kesihatan tubuh. Antaranya penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kolestrol tinggi berisiko kepada semua individu tidak kira kurus atau berat berlebihan. Faktor utama kolestrol berpunca dari pemakanan, sebab itu kita perlu makan makanan untuk kolestrol tinggi dalam setiap hidangan harian.

      Makanan Untuk Kolestrol Tinggi

Kolesterol dalam darah bukan hanya dari sumber makanan, tetapi juga dihasilkan daripada hati kita. Pemeriksaan tahap kolesterol secara berkala sangat digalakkan untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Jenis Kolesterol Dalam Darah

1.Kolesterol baik, HDL

Dapat menyokong fungsi sistem badan dengan baik.

2.Kolesterol jahat, LDL

Perlu dikawal supaya dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kronik. Amalkan Makanan Untuk Kolestrol Tinggi untuk mengawal paras LDL.

                           Makanan Untuk Kolestrol Tinggi

Makanan Untuk Kolestrol Tinggi

 

Makanan-Makanan Untuk Turunkan Kolestrol Tinggi

1.Lemon

Lemon kaya dengan antioksidan, sudah berkurun lemon digunakan sebagai anti-bakteria, anti-virus, menjaga sistem imun, mengurangkan berat badan, memulihkan penghadaman, dan membaik pulih kesihatan hati.

2.Cuka Epal

Perahan epal yang telah diperam menjadi cuka (tanpa alkohol) digunakan sebagai makanan tambahan bagi pesakit diabetes, kolestrol tinggi dan juga mengurangkan berat badan. Cuka epal juga digunakan bagi menurunkan berat badan dan mengatasi masalah penghadaman.

3.Omega 3

Omega 3 dari sumber ikan sangat bermanfaat untuk turunkan kolestrol dan kesihatan jantung. Mengurangkan keradangan organ dan memelihara kesihatan sendi. Pengambilan omega akan membekalkan kita asid lemak EPA & DHA untuk menurunkan kadar kolestrol LDL dan meningkatkan HDL. Kuantiti yang efektif adalah 1000mg (1 gram) asid lemak.

4.Kacang dan Bijirin

Kekacang mengandungi tinggi sterol dan serat yang boleh mengurangkan LDL sehingga 15%. Antaranya kekacang yang tinggi sterol adalah kacang dal, kacang soya. Bijirin pula seperti oatmeal.

5.Anggur Merah

Ada kajian yang menunjukkan pengambilan anggur merah secara konsistan boleh mengurangkan kolestrol sehingga 9-12% LDL. Ini terbukti kepada peminum wain merah yang tegar, mereka tidak mengalami masalah kolestrol. Sumber anggur merah yang terbaik adalah jenis muscadine.

6.Sayuran Hijau

Kesemua sayuran hijau memberi manfaat dalam mengurangkan kolestrol dan meningkatkan antibodi tubuh. Sayur hijau mengandungi tinggi serat, klorofil, flavonoit, antioksidan, sumber-sumber vitamin.

7.Bawang Putih

Secara amnya, bawah putih selalu digunakan sebagai antibiotik semulajadi, tetapi sebenarnya bawah putih juga boleh mengurangkan kolestrol jika diambil secara mentah.

8.Buah Zaitun

Buah zaitun mengandungi hydroxytyrosol yang mampu menurunkan kadar kolestrol LDL. Kebaikkan buah zaitun juga boleh mencantikkan kulit.

 

9.Niacin

Ada kajian menunjukkan pengambilan niacin iaitu Vitamin B3 paling berkesan untuk menurunkan kadar LDL. Niacin juga diadapati berkesan untuk meningkatkan kadar HDL (sumber : Jurnal of American Medical Association). Dos niachin yang efektik untuk stabilkan kolesterol lebih kurang 500-2000mg sehari.

 

Makanan Punca Kolestrol

Jenis makanan yang boleh memburukkan bacaan kolestrol tinggi:

  • Gula
  • Garam termasuklah iakn masin, telur masin.
  • Keju dan lemak tepu.
  • Makanan bergoreng.

Kaedah penyediaan makanan turunkan kolestrol tinggi seperti:

  • Rebus
  • Panggang
  • Bakar
  • Kukus.

Elakkan mengambil makanan bergoreng.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: