Punca Meroyan Selepas Bersalin

Masalah meroyan selepas bersalin semakin hari semakin meningkat. Apakahkah puncanya? Sebagai ahli keluarga dan masyarakat disekeliling kita harus bertindak dan mengambil tahu bagaiman masalah meroyan di kalangan ibu selepas bersalin boleh diatasi. 

punca meroyan selepas bersalin

 

Ketahui Apa Itu Meroyan

Proses kehamilan dan kelahiran melibatkan perubahan hormon dan fisiologi dalam kehidupan seorang wanita. Kesannya boleh mendatangkan ketidakseimbangan yang menyebabkan penyakit mental atau meroyan. Walau bagaimanapun punca meroyan selepas bersalin juga dipengaruhi oleh faktor-faktor lain.  Ia boleh dibahagikan kepada tiga tahap.

Tahap awal adalah gangguan mental dan emosi postpartum. 25-% 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan emosi pada tahap yang ringan dan tidak membahayakan. Keadaan tubuh yang lemah ditambah stress menjaga bayi boleh menyumbang kepada gangguan emosi postpartum. Ini  biasanya pulih dalam masa 2 minggu.

Tahap kedua adalah kemurungan postpartum (depression). Ia berlaku di kalangan 10 – 20% wanita selepas bersalin. Kebiasaannya ia berlaku jika tahap awal tidak dibendung. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan dan melarat pada tahap 3.

Tahap ketiga psikosis postpartum adalah yang serius, jarang dijumpai dan berlaku dalam setiap 500 – 1000 jumlah kelahiran. Gejala meroyan ini boleh terjadi dengan pantas iaitu beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian. Mereka mengalami psikosis postpartum ada yang tidak sembuh sepenuhnya sepanjang hayat.

punca meroyan selepas bersalin

Tanda-tanda Gejala Meroyan

  1. Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
  2. Gangguan emosi seperti mudah menangis, marah dan melenting
  3. Perasaan gelisah dan kurang penumpuan.
  4. Kurang selera makan dan gangguan tidur
  5. Perasaan murung, letih lesu dan tidak bermaya
  6. Suka memencilkan diri
  7. Salah faham akan kehendak bayi
  8. Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
  9. Perasaan dan kelakuan yang pelik
  10. Mengalami halusinasi seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling atau kepercayaan yang tidak rasional.
Sumber myhealth portal

Faktor Meroyan

Wanita yang dikategorikan berisiko tinggi termasuk mereka yang pernah mengalami penyakit mental postpartum ketika dalam tempoh bersalin yang sebelumnya. Faktor lain adalah sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Juga sosial ekonomi sesebuah keluarga.

Aspek utama punca meroyan  selepas bersalin disebakan tekanan dan emosi yang terganggu. Bukan hanya ketika berpantang tetapi juga sejak kehamilan.

 

Pencegahan Meroyan Selepas Bersalin

Aspek pencegahan awal perlu dilakukan bersama-sama pasagan dan juga orang sekeliling. Bukan hanya wanita tersebut. Pengesanan dan tindakan awal ke atas ibu yang berisiko meroyan amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin.

Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai langkah pencegahan penyakit mental atau meroyan.

1.Sokongan Moral Dan Emosi

Kata-kata semangat dari orang terdekat dapat menenagkan emosi ibu seterusnya mengurangkan tekanan perasaan ibu tersebut.

2.Amalan Rohani

Amalan doa atau zikir mampu menenangkan emosi ibu dan mencegah kemurungan

3.Keperluan Fizikal Untuk Cegah Meroyan

Bantuan secara fizikal dalam menguruskan diri ibu dan bayi dari pasangan atau keluarga dapat membantu proses pemulihan tenaga ibu dengan lebih baik. Ini juga dapat menenangkan emosi ibu.

Keperluan dalaman juga sangat penting untuk memulihkan fizikal dan tenaga ibu. Kemurungan atau tekenan dikaitkan dengan bahan kimia dalam otak yang tidak stabil. Bahan kimia yang diperlukan saraf otak bersambung dengan baik (neurotransmitter) ialah serotonin dan norepinephrine. Kestabilan kedua-dua bahan kimia ini sangat berkait dengan kekurangan nutrien tertentu.

Bukan saja individu selepas melahirkan anak yang berisiko untuk mِengalami masalah tekanan dan psikosis. Semua orang tak terkecuali jika mengalami masalah nutrisi tak seimbang.

 

Nutrien Yang Membantu Menangani Tekanan dan Elak Meroyan

  1. Karbohidrat

Karbohidrat membekalkan tenaga dan boleh meningkatkan serotonin yang merupakan hormon gembira dalam otak. Jadi, dalam pantang jangan terlampau kawal pengambilan nasi. Kurangkan kuantiti tetapi kerapkan pengambilannya. Kesan kekurangan karbohidrat boleh meningkatkan risiko tekanan perasaan. Tapi sebaiknya pilih karbohidrat yang rendah indeks glisemiknya seperti beras perang, supaya gula dibebaskan sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama ini membantu ibu menurunkan berat badan.

 

  1. Protein

Protein terbina daripada 12 asid amino yang dihasilkan oleh badan sendiri & 8 atau 9 asid amino yang mesti diambil dalam makanan. Dalam beberapa kajian, asid amino termasuk tryptophan, tirosin, phenylalanine dan methionine boleh membantu untuk kestabilan emosi.

Tetapi agak sukar untuk dapatkan kesemua asid amino lengkap itu dengan pelbagai jenis makanan. Jadi, sebaiknya dapatkan minuman protein yang membekalkan kesemua asid amino ini. Contohnya ESP Shaklee.

 

  1. Asid Lemak

Saraf otak kita terdiri dari lemak. Lemak yang baik seperti asid lemak omega-3 adalah asid penting untuk perkembangan otak bayi dan kanank-kanak. Juga keseimbangan otak orang dewasa. EFA yang terdapat dalam omega-3 mengurangkan glukokortikoid, iaitu hormon yang dibebaskan semasa seseorang mengalami tekanan.

 

  1. Vitamin dan mineral

Kalsium dan magnesium – Kajian menunjukkan kalsium mengawal tekanan dengan mengurangkan rasa runsing dan gelisah, dan juga mengelakkan ketegangan otot. Pengambilan kalsium secukupnya sangat penting semasa berpantang. Apatah lagi ibu menyusu cenderung untuk mengalami masalah kekurangan kalsium. Pilih sumber kalsium yang terdiri dari boron dan vitamin D untuk meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam darah.

Vitamin B – Membekalkan tenaga, vitamin B juga baik untuk saraf dan membantu mengawal tekanan. Cegah rasa kebas dan lenguh-lenguh badan. Menukarkan makanan kepada tenaga.

Vitamin C – Membantu meningkatkan sistem imun. Tekanan boleh melemahkan sistem imun. Jika orang tu jatuh sakit, lagilah bertambah-tambah stressnya. Selain itu, vitamin C juga terlibat secara langsung dengan hormon yang terlibat dengan stress. Kekurangan vitamin C meningkatkan paras cortisol, menyebabkan seseorang tu lebih runsing dan gelisah.

Vitamin yang penting untuk kestabilan emosi termasuklah folate, zat besi, chromium, iodin, lithium, selenium dan zink. Semua ini boleh diperolehi dalam Multivitamin.

Keperluan Fizikal Dan Mental

Yang Sihat Untuk Ibu Selepas Bersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *