Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Awet Muda

Umum mengetahui antioksidan sangat penting untuk memelihara kesihatan sel tubuh termasuk sel kulit. Begitu banyak suplemen antioksidan, namun bagaimana memilih Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Awet Muda.

Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Awet Muda

 

Fahami Struktur Kulit

Penting untuk kita faham struktur dan keperluan kulit untuk kekal awet muda. Bukan hanya dengan antioksidan kita dapat mencantikkan kulit. Ini kerana fungsi antioksidan lebih kepada melindungi, jika kulit kita sudah tidak bermaya, antioksidan yang diambil pasti kurang berkesan. Untuk memilih Suplemen Antioksidan  Untuk Kulit Awet Muda dan berkesan kita perla tahu apa keperluan setiap struktur kulit.

Kulit kita terdiri daripada tiga lapisan:

1.Lapisan luar adalah epidermis iaitu keratin keras.

2.Lapisan tengah adalah dermis yang terdiri daripada kolagen, fibroblast dan gentian elastik. Ia penuh dengan hujung saraf dan salur darah yang membekalkan nutrien kepada epidermis. Juga mengandungi kelenjar sebum (kelenjar minyak) dan kelenjar peluh.

3.Lapisan bawah terdiri daripada sel-sel lemak yang merupakan tisu subkutaneus.

Kesihatan dan kecantikkan kulit sangat berkait antara ketiga-tiga lapisan ini. Ia saling bergantung untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikkan kulit.

Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Awet Muda

Jenis-Jenis Antioksidan

  • Vitamin E
  • Vitamin C
  • Beta-karoten
  • Selenium
  • Manganase
  • Zink
  • Coenzime Q10
  • Asid lemak
  • Fucoidan
  • Phytochemical tumbuhan dan lain-lain.

Makanan Yang Kaya Dengan Antioksidan

Sumber makanan yang mengandungi tinggi antioksidan adalah daripada tumbuhan. Phytochemical tumbuhan seperti Krotenoid dalam tomato, lobak. dan bayam, Flavonoid dalam anggur, beri, epal. Glutathione dalam sayur hijau hijau. Isoflavone diperolehi dari kacang pea, kacang soya. Phenol banyak dalam anggur, beri, teh. Semua ini adalah antioksidan semulajadi yang sangat berguna. Antara makanan yang mudah diambil untuk dapatkan antioksidan adalah:

1.Dark Coklat

Dark coklat mengandungi antioksidan yang terdiri daripada flavanol dan polifenol.

Satu kajian popular yang dijalankan oleh pakar Harvard  menunjukkan bahawa dark coklat adalah baik untuk jantung terutamanya yang mempunyai koko 70%. Masalah sekarang kebanyakkan coklat mempunyai campuran gula yang tinggi.

 

2.Kekacang Panggang

Semua jenis kacang hitam, pinto, merah  adalah sumber tinggi antioksidan. Kacang juga kaya dengan protein yang meningkatkan kesihatan  otot, sedikit lemak baik HDL. Campuran dengan bijirin akan menjadikannya  protein yang lengkap.

3.Kismis

Kismis mengandungi sekurang-kurangnya tiga kali jumlah antioksidan seperti anggur. Kismis gelap mengandungi antosianin yang merangsang tenaga.

4.Barli

Barli mengandungi antioksidan yang tinggi menjadikan anda lebih bertenaga dan menyejukkan badan dari dalam. Biji-bijian seperti barli yang direndam dapat meningkatkan tahap antioksidan dan mudah dihadam untuk tubuh kita menyerap nutriennya.

5.Brokoli

Brokoli adalah salah satu sumber antioksidan terbaik seperti karotenoid lutein, zeaxanthin dan beta-karoten.

6.Tomato

Tomato mempunya tiga jenis antioksidan iaitu Lycopene (yang memberikan tomato warna merah cerah), Vitamin C dan Vitamin A. Vitamin C adalah salah satu jenis antioksidan yang paling kuat. Lycopene dalam tomato hanya boleh diserap oleh tubuh jika dimasak terlebih dahulu. Manakala Vitamin C juga boleh diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran lain.

7.Walnut

Pakar mengesyorkan kita perlu mengambil kekacang sekurangnya 30 gram setiap hari. Kacang walnut bebas kolesterol, rendah natrium dan kaya dengan antioksidan (polifenol).

 

Kenapa Suplemen Sangat Penting Untuk Kulit Cantik

Kajian oleh pakar nutrisi Dr Sonhee Park (Ph.D., CCRP), Senior Research Scientist in Research & Development, membuktikan tidak ada menu yang lengkap dengan kesemua nutrisi dan antioksidan  untuk kulit sihat cantik dan berseri dari dalam.  Anda akan terlebih kalori jika mengambil kesemua nutrisi yang diperlukan badan.

Juga sumber nutrisi yang diperolehi kebanyakkannya mengunakan racun perosak/pestisid iaitu punca radikal bebas dalam badan.

Alternatifnya kita perlu mengambil  Suplemen Antioksidan Untuk Kulit  Yang Berkualiti bagi  melawan radikal bebas, membekalkan nutrisi secara optimum untk kekal awet muda. Inilah dia Dr.Sonhee yang kekal awet muda dan bertenaga di usia 63 tahun (Shakleebaby roadshow 2017). Belia adalah pengamal tegar Shaklee sejak muda.

Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Awet Muda

 

Bagaimana Memilih Suplemen Antioksidan Untuk Kulit Yang Berkualiti

Jawapannya pasti adalah Shaklee. Kesemua suplemen ini dihasilkan dari ujikaji secara klinikal. Formulanya berasaskan sains yang terbukti menyihatkan dan mencantikkan kulit seluruh badan. Bebas sebarang bahan pengawet, gula, dan perisa tambahan. Bahan-bahan ini adalah punca radikal bebas dan boleh merosakkan antioksidan anda.

Protein – Sumber protein yang lengkap penting untuk pembaharuan sel kulit. Antara protein terbaik adalah soya (bebas lemak). Soya mengandungi Isoflavone, sejenis antioksidan daripada tumbuhan.

Kolagen – Kolagen adalah satu lapisan di bawah permukaan kulit. Kolagen bertindak menganjalkan struktur kulit dan menyokong kulit untuk lebih sihat.

Vitamin C– Merangsang penghasilan kolagen dan bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel kulit dari radikal bebas.

Vitamin E– Sumber antioksidan untuk menjadikan kulit sihat dan cerah, lembap semulajadi.

Vivix – Antioksidan yang tertinggi, bukan sahaja melindungi sel kulit, malah mampu memulihkan sel-sel yang telah rosak. Bagaimana vivix bertidak sebagai antioksidan yang terbaik dialaf ini? Jom ketahui lebih lanjut

CoQtroll– Manfaat utamanya adalah membekalkan CoQ10, sejenis antioksidan yang penting untuk mitokondria sel, iaitu diperlukan oleh sel untuk menghasilkan tenaga. Serta bertindak melindungi kulit daripada sinar UV.

Tambahan Untuk ‘Makanan Sel’

GLA – Menstabilkan hormon yang bertindak merangsang kesegaran dan kelembapan kulit dari dalam.

B-complex – Menukarkan makanan kepada tenaga dan memelihara sel saraf. Mmebantu dalam memproses lemak/kolestrol dalam badan.

 

Perlukan vitamin/antioksidan, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: