Pengedar Shaklee Malaysia

| Sihat | Cantik | Cergas |

Pengedar Shaklee Malaysia

Tips Amalan Hidup Sihat – Bersenam Membawa Maut!

Kesihatan kita tak ternilai. Sihat itu adalah nikmat yang paling besar. Tips Amalan Hidup Sihat ini boleh membantu kita semua untuk kekal sihat bertenaga.

Tips Amalan Hidup Sihat

Perubatan dan nutrisi adalah dua cabang yang berbeza. Ilmu perubatan moden lebih kepada merawat penyakit. Bidang nutrisi pula menyatakan vitamin lengkap sangat penting untuk tubuh kekal sihat. Sebab itu, bagi pakar nutrisi pengambilan suplemen adalah wajib. Tips Amalan Hidup Sihat yang akan dikongsi merangkumi semua termasuklan bersenam membawa maut jika berlebihan.

 

Kesihatan dan Radikal Bebas

Radikal bebas antara punca penyakit dan masalah kesihatan. Tubuh kita sendiri menghasilkan radikal bebas, hasil daripada aktiviti normal seperti metabolisma dan sebagainya. Tapi tubuh kita ada mekanisma untuk meneutralkan radikal bebas ini.

Namun jika ada banyak faktor radikal bebas yang lain, tubuh kita tidak mampu untuk meneutralkannya. Jadi kita perlu bantuan dari luar iaitu bahan antioksidan/suplemen yang boleh diperolehi daripada sumber makanan.

Sebab itu pengambilan antioksidan dan vitamin tambahan sangat penting kerana hari ini banyak faktor radikal yang boleh merosakkan sel-sel badan. Juga vitamin lain untuk melengkapkan keperluan sel-sel badan.

 

Tips Amalan Hidup Sihat - Bersenam Membawa Maut!

 

Penghasilan Radikal Bebas Dalam Tubuh Dipengaruhi:

-Kerja berat
-Senaman
-Stress/tekanan emosi

Faktor Luar Yang Menyumbang Radikal Bebas:

  • Pencemaran udara
  • Pestisid dalam makanan (makanan yang tidak sihat)
  • Persekitaran tempat kerja yang membebaskan radiasi
  • Radiasi matahari (UV)

Kesihatan Dan Senaman

Kita sering mendengar hujah, bersenam secara rutin akan mengekalkan kesihatan seseorang tanpa perlu sebarang makanan tambahan/vitamin. Cukup mengamalkan diet yang seimbang.

Kisah benar seorang pelari Jim Fixx yang berjogging setiap hari lebih 10km. Beliau juga menghasilkan buku ‘The Complete Guide on Running’ di anggap seperti Bible oleh pelari (US). Walau bagaimanapun meninggal disebabkan serangan jantung pada umur 54 tahun ketika berjogging. Jim Fixx ada menyatakan dengan senaman sahaja dia dapat kekalkan kesihatan.

Tips Amalan Hidup Sihat - Bersenam Membawa Maut!

 

Juga banyak kes individu yang meninggal di usia muda walaupun aktif dengan aktiviti fizikal. Contohnya pemain bola sepak yang meninggal ketika bermain.

Banyak pendapat menyatakan bersenam adalah ubat terbaik untuk sentiasa sihat, tetapi sebenarnya kita gunakan tenaga simpanan kita. Bersenam menyebabkan tubuh kita perlukan lebih nutrisi untuk tubuh kita bekerja.

Tips Amalan Hidup Sihat sebetulnya adalah badan kita perlukan makanan seimbang dan sihat. Kawal stress, tidur yang secukupnya dan vitamin tambahan untuk menyokong kesihatan sel. Juga senaman penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan organ.

 

7 Sebab Wajib Ambil Suplemen

1.Makanan Harian

Nutrisi dari sumber makan kita pada hari ini sudah tidak sama seperti dulu. Contoh sumber protein dari ayam pada masa sekarang terkandung hormon, untuk membuatkan ayam lebih berisi dan besar.

Sumber kalsium seperti susu segar yang diimport, juga dicucuk dengan pelbagai vaksin, antibiotik untuk cegah penyakit dan elak kerugian. Juga diproses untuk tahan lebih lam.

 

2.Tanah pertanian hilang zat.

Ada kajian atas tanah pertanian pada awal tahun 1982 lalu hilang dalam 20% nutrien. Bagaimana agaknya pada hari ini.

 

3.Air Kurang Mineral.

Rawatan air yang ditapis dan dicampurkan dengan klorin tidak lagi mempunyai mineral seperti air telaga dan sungai yang lebih bersih.

 

4.Diet Rendah Kalori.

Pilihan ramai pada msa sekarang untuk mengawal berat badan. Sebenarnya apabila kita menghadkan kalori, nutrisi juga berkurang. Kajian Dr Sonhee (dietitian) membuktikan tidak ada menu makanan yang boleh menyediakan nutrisi lengkap ikut saranan RDA, Jika ya, anda akan terlebih kalori. Maksudnya apabila hadkan kalori, nutrien pula tidak cukup.

 

5.Sumber Makanan Tak Organik.

Kajian membuktikan makanan yang bukan organik lebih rendah nilai nutrisi tapi tinggi gula. Teknologi pertanian telah menghasilkan Non-GMO bertujuan menigkatkan perolehan tanaman.

 

6.Pendedahan Toksin.

Kadar toksin semkin meningkat dalam persekitaran. Bukan hanya udara, tetapi juga dari sumber air dan makanan. Bahan kimia daripada perabot, peralatan di dapur dan alatan mencuci. Habuk dan asap kenderaan.

 

7.Penyerapan Nutrien Dalam Tubuh Makin Berkurang.

Budak-budak pula perlukan nutrien yang cukup untuk mereka membesar. Orang tua pula, kebolehan badan untuk menyerap zat makanan semakin berkurang.

Pendapat bahawa kita boleh dapatkan cukup nutrien daripada makanan memang sangat ideal secara teori. Tetapi secara praktikalnya, amat sukar untuk dilaksanakan. Kita boleh makan 2 mangkuk bayam setiap hari untuk keperluan vitamins A, C and E, asid folik dan kalsium harian, tetapi realitinya semangkuk pun kita kongsi satu keluarga.

 

Penyelesaiannya hanyalah dengan suplemen tambahan yang semulajadi. Inilah sebab pengambilan vitamin adalah wajib dan Tips Amalan Hidup Sihat sebaiknya.

Dapatkan Vitamin Semulajadi Anda Dari Yang Pakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: