Punca Blackhead Di Hidung adalah kotoron dan sebum yang tersumbat dalam liang pori. Kotoran ini boleh jadi dari bahan kosmetik atau persekitaran anda.
Selain itu kita boleh tengok, kebiasaannya mereka yang ada masalah Blackhead Di Hidung atau wajah mereka yang ada sinus. Oleh itu, selain amalkan 5 Cara Menghilangkan Blackhead Di Hidung Dengan Cepat, sila rawat resdung anda!!
5 Cara Menghilangkan Blackhead Di Hidung Dengan Cepat
Bahan-bahan semulajadi yang digunakan bukan hanya mengeluarkan kotoran bintik hitam tetapi boleh menyihatkan kulit. Inilah bahan yang mudah diperolehi dari dapur anda:
1.Cuka Epal
Ambil 2 sudu cuka dan campurkan dengan 1 sudu air.Celup dengan kapas dan sapu pada kulit seluruh muka. Gosok perlahan pada bahagian bintik hitam. Biar hingga kering dan kemudian bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka.
Cuka epal boleh menegangkan kulit muka. Dan mengurangkan sinus. Cara ini sangat bagus untuk mereka yang ada resdung. Bagi yang resdung lebih baik amalkan minum cuka epal bersama Vitamin C.
2. Soda Bikarbonat
Bancuh dua sudu soda bikarbonat sedikit air. Sapu di wajah dan urut. Biarkan seketika untuk diserap kulit. Bilas dengan air suam hingga bersih.
Soda bikarbonat berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah dan merawat masalah jerawat di muka.
3. Jus Lemon
Campur satu sudu kecil madu dalam perahan lemon. Sapu dan urut muka selama 10 minit. Bilas dengan air suam sehingga bersih.
Amalan ini bukan saja untuk hilangkan bintik hitam. Tapi boeh mengecilkan liang pori pada wajah.
4. Putih Telur
Hanya putih telur diambil. Sapu putih telur dibahagian bintik hitam pada muka. Atau lebih baik disapu keseluruh muka. Biarkan kering dan bilas dengan air suam hingga bersih.
Kebaikkan putih telur juga boleh tegangkan kulit wajah.
5. Ketulan Ais
Urut bahagian hidung atau kawasan yang bermasalah dengan ketulan ais selama 1-2 minit. Fungsi ais adalah meningkatkanpengaliran darah.
Kesemua .tips ini boleh dilakukan setiap malam sebelum tidur setiap hari. Anda boleh amalkan 1 daripada 4 cara diatas. Kemudian diikuti dengan cara no.5.
Sebolehnya konsistan selama 2 minggu, dan tengok hasilnya.
cuka epal mmg byk khasiatnya… cuma rajin dgn x je kan nk membuatnya hahaha
kan, nak konsistan tu jenuh jugak