Ramai diantara kita sangat pentingkan penjagaan diri untuk kekal muda berseri. Namun dalam masa yang sama jadikan 5 Tabiat Punca Muka Cepat Tua sebagai rutin “wajib” .
5 Tabiat Punca Muka Cepat Tua
Makanan & Minuman Bergula
- Gula putih adalah makanan parasit dalam tubuh. Parasit boleh menyebabkan penyakit dengan merosakkan tisu-tisu badan.
- Molekul gula berbentuk pentagon/heksagon yang tajam dan boleh merosakkan dinding sel sikit demi sedikit.
Berdendam & Marah
- Dendam akan mengeluarkan hormon stress. Hormon ini membuatkan tubuh anda lebih berasid yang boleh memudaratkan kesihatan.
- Otot muka sentiasa tegang dalam keadaan marah, pengaliran darah pada wajah akan terganggu.
Tidak Bersenam
- Senaman membantu lancarkan pengaliran darah, memecah lemak dan mengeluarkan toksin. Manfaatnya organ tubuh termasuk kulit akan dapat cukup nutrisi untuk kekal awet muda.
- Senaman akan merangsang sel untuk mengeluarkan antioksidan semulajadi dalam tubuh. Antioksidan adalah agen anti-penuaan.
- Pernafasan lebih baik atau oksigen yang masuk kedalam tubuh lebih banyak ketika bersenam.
Menekup Muka
- Tidur meniarap atau menekup muka dalam tempoh yang lama akan mengurangkan oksigen kedalam tubuh.
- Pengaliran darah pada bahagian muka akan terganggu.
Nutrisi Tak Seimbang
- Menu harian yang diambil lebih karbohidrat dan protein. Dan sangat kurang serat. Keadaan ini akan memerangkap toksin. Proses detoks semulajadi dalam tubuh jadi kurang berkesan.
- Sedangkan tubuh kita perlukan mineral daripada sayur dan buahan lebih daripada karbohidrat dan protein.
- Untuk kekal awet muda kita perlukan antioksidan yang tinggi, ia boleh diperolehi daripada buahan dan sayuran. Jadi betulkan diet harian mampu mengekalkan seri wajah.
Saya pasti 5 Tabiat Punca Muka Cepat Tua ini selalu dilakukan oleh kebanyakkan kita. Tanpa sedar amalan kecantikkan yang kurang berkesan disebabkan tabiat ini.
Amalan Kecantikkan Yang Paling Penting
- Jaga makan
Ya, ini perkara paling penting. Pemakanan kita punca segala penyakit. Tubuh badan yang tidak sihat akan menampakkan wajah kita tak bermaya dan lebih tua. Lebihkan makanan sihat dan air kosong!!
- Bersenam
Apabila usia meningkat, wajah anda akan kelihatan lebih tua dari usia jika tidak bersenam. Bersenam akan mengekalkan fungsi organ seseorang. Kulit adalah organ terbesar, jadi untuk kekalkan fungsi kulit untuk kelihatan muda, perlulah konsistan bersenam.
- Suplemen
Kulit dan otot muka yang tegang anjal perlukan kolagen. Kelembapan kulit pula dengan GLA. Vitamin C melindungi sel kulit dari radikal bebas. Dan pelbagai nutrisi lain untuk memelihara struktur kulit kita. Jadi cara terbaik untuk mengoptimumkan keperluan nutrisi, hanyalah dengan suplemen.
Makanan harian kita tidak mampu membekalkan kesemua nutrisi ini. Untuk cukupkan kesemua nutrisi ini, tubuh kita akan menerima kalori yang lebih.
Penjagaan Muka Yang Betul.
Tak dinafikan ini juga penting, namun kebanyakkan kita sudah peka dengan keperluan penjagaan kulit muka kan. Kita hanya bincangkan 5 Tabiat Punca Muka Cepat Tua. Jadi tinggalkan tabiat ini, amalkan penjagaan muka yang betul anda pasti muda dari usia.
Cara Merawat Wajah Kusam – Tips Kulit Sihat Cantik Dari Dalam & Luar
Kene rajin bersenam