Vitamin Shop MizzNorra

| Sihat | Cantik | Cergas |

Vitamin Shop MizzNorra

Apa Punca Tekanan Emosi Dan Kesannya

Apa Punca Tekanan Emosi Dan Kesannya

Punca Tekanan Emosi atau stres berlaku kerana gagal menguruskan emosi dengan baik dalam menghadapi sesuatu perkara/masalah. Masalah yang dihadapi pula berpunca daripada keadaan di sekeliling mereka.  Kenapa penting untuk mengetahui Apa Punca Tekanan Emosi Dan Kesannya? Pastinya untuk mencegah penyakit mental.

Apa Punca Tekanan Emosi Dan Kesannya

 

Faktor Stres Atau Apa Punca Tekanan Emosi

  1. Hubungan suami isteri yang tidak bahagia bagi mereka yang sudah berkahwin dan masalah dengan ahli keluarga
  2. Kemurungan yang disebabkan kemalangan.
  3. Masalah di tempat kerja, tidak kira sama ada diantara majikan atau rakan sekerja.
  4. Tidak boleh menerima kelemahan diri sendiri dan tidak kenal  kelebihan dalam diri.
  5. Tuntutan hidup diluar kemampuan terutamanya  kewangan untuk tanggungan keluarga.
  6. Masalah kesihatan. Contohnya mereka yang tidak bertenaga dan susah fokus dalam menyelesaikan tugas harian, ini akan menganggu prestasi akhirnya timbul masalah lain yang boleh menyebabkan stres. Contoh lain seperti masalah hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan anda rasa resah dan gelisah tanpa sebab.
  7. Atau boleh jadi kemurungan disebabkan ada masalah kesihatan yang kronik.  Gagal menguruskan emosi dalam menghadapi ujian hidup.

 

Tekanan Emosi Dan Kesannya Pada Kesihatan

Keadaan yang stres boleh meningkatkan tahap keasidan dalam badan.  Tubuh yang berasid dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain.  Termasuk menyebabkan kanser iaitu kerosakkan sel-sel dalam tubuh.

Ketika stres juga boleh menyebabkan tekanan darah yang tidak normal.  Komplikasi darah tinggi memberi kesan terhadap kesihatan jantung, otak  dan organ-organ lain dalam tubuh.

Tekanan emosi boleh menyebabkan kemurungan yang melampau, dan ditahap kritikal boleh menyebabkan masalah mental.

Apa Punca Tekanan Emosi Dan Kesannya

 

Cara Atasi Tekanan Emosi

  • Selidik puncanya iatu faktor-faktor yang menyebabkan emosi anda tertekan. Cuba selesaikan masalah tersebut dan kawal emosi anda.
  • Jika tidak mampu atasinya sendirian, luahkan kepada mereka yang boleh dipercayai. Minta pendapat dan pertolongan mereka.
  • Juga sangat penting buat pemeriksaan kesihatan untuk tahu lebih awal masalah kesihatan yang boleh menjurus kepada tekanan perasaan.
  • Dan yang paling utama bagi orang islam adalah hubungan dengan Pencipta. Redho dengan ujian yang diberikan dan sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan.

Langkah Pengurusan Stres Untuk Cegah Tekanan Emosi

Apa Punca Tekanan Emosi Dan Kesannya

 

Tekanan Emosi Dan Kesihatan Otak.

Adakah perkara ini berkait? Secara amnya, segala perbuatan,  tindak tanduk kita dikawal oleh otak.

Jika individu yang melakukan perkara diluar kawalan, iatu tanpa sedar mereka sudah dianggap tidak waras.

Otak yang sihat membantu anda lebih cergas, produktif, berfikiran terbuka dalam sesuatu perkara.  Ini sedikit sebanyak mengurangkan gejala stres dan kemurungan.

 

Tubuh Sihat Otak Pun Cergas.

Kita biasa dengar ucapan ini. Namun sejauh mana anda sedar akan kepentingannya.

Jaga kesihatan diri mampu mengurangkan risiko stres dan kemurungan. Contoh mudah boleh kita lihat, ibu yang berpantang lebih berisiko menghadapi kemurungan atau meroyan.

Ini kerana tubuh yang masih lemah selepas bersalin boleh menganggu otak berfungsi dengan sebaiknya.

 

Keperluan Otak Sihat Cergas

Otak yang sihat akan menjamin kewarasan seseorang. Mampu mengawal emosi dengan baik dan sentiasa berfikiran positif. Seterusnya mencegah sebarang tekanan emosi dan kemurungan. Mineral utama yang diperlukan saraf otak adalah:

 

Asid lemak Omega 3

Sel dan saraf otak orang dewasa terdiri daripada 60% asid lemak omega-3 (DHA & EPA).

 

Magnesium 

Sangat diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan keanjalan saraf otak supaya mesej dihantar dan diterima dengan baik. Walaupun tubuh rasa sihat tetapi fikiran tidak boleh fokus bermakna sel otak anda kekurangan magnesium. Magnesium juga berfungsi untuk menyerap mineral lain.

 

Vitamin C 

Bertindak sebagai antioksidan yang kuat, yang sangat diperlukan untuk melidungi sel dan melawan radikal bebas agar sel otak sentiasa sihat.

 

vitamin D 

Selalunya ia dikatakan untuk membantu penyerapan kalsium dan menyihatkan tulang. Tetapi bukan itu sahaja,Vitamin D diperlukan untuk pertumbuhan neurotransmiter yang sihat. Kesan kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit seperti Alzheimer dan demensia.

 

Vitamin E

Vitamin bertindak sebagai antioksidan. Juga membantu mengawal tenaga dalam badan dan mengurankan tekanan. Sangat diperlukan untuk menghantar isyarat kepada organ terutamanya mata.

 

Vitamin B complex

Membantu menjaga  neurotransmitter kekal sihat untuk memori yang baik. Bcomplex juga mengawal emosi dan kewarasan minda. Kekurangan vitamin B boleh meningkatkan risiko  Alzheimer, Penyakit Parkinson, penyakit mental, kemurungan, dan insomnia. Jenis Vitamin B yang mempunyai kesan yang paling ketara terhadap kesihatan otak ialah B2 (riboflavin); B3 (niacin), B9 (folat), dan B12 (cobalamin).

 

Perlukan vitamin semulajadi, hubungi saya untuk bantu anda.

Nama : Norra@ Norrabiatul

ID Shaklee : 912061

Whatsapp/Telegram/Telefon: 0197064120

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: